February 28, 2014

Journal : Preparation to Solemnization

Bismillah.

Getting married adalah impian semua orang. Dan yang paling sibuk dah pasti lah bakal pengantin perempuan. Sebab banyak perkara yang perlu kita kendalikan untuk wedding preparation. Nak share jugak pengalaman mengendalikan majlis sendiri ni. Hope boleh jadi sumber inspirasi untuk yang baru nak melangkah ke alam rumah tangga.

Dalam apa yang kita buat, jangan lupa to have fun!

Actually, i start to plan for my majlis dah agak lambat, since i baru dapat kerja. Dan masih baru dalam merancang hal-hal kewangan ni. But Alhamdulillah, all went well. Nanti kita share pasal bajet ya.
Here's my journal.

1) Dokumen
Boleh baca dengan lanjut disini.
Senarai pendek:

i) Ambil borang dari JAWI / download dari pautan (sini)

ii) Ujian Saringan HIV
~ Senarai klinik yang menjalankan ujian saringan (sini)

iii) Kursus Pra-Perkahwinan
~ Senarai tempat yang mengendalikan kursus Pra-Perkawinan (sini)
~ Tempat kami:
Pusat Kursus Pra-Perkahwinan Mahligai Firdaus,
Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

iv) Surat Perakuan Bujang
~ Untuk lelaki shj dan boleh ditaip sendiri, or minta salinan dari Bahagian Human Resource. Pastikan diperakui oleh Pengurus tempat bekerja.

v) Pengesahan dari Kariah
~ boleh dapat dari tok kadi kawasan. Kalau nak bernikah luar kawasan pun kena minta pengesahan dari tok kadi kariah juga.

vi) Pengesahan dari JAWI
~ Bila siap semua di atas, sila hantar ke Pejabat Agama. Bayaran Pemprosesan RM25 dan paling penting, kena tunggu sampai Borang siap. Sebab nama anda akan dipanggil dari bahagian yang berbeza. Kalau anda takde, maksudnya borang anda tak kan bergerak dari kaunter pertama.
~ Bila dah siap, anda akn diberi salinan lengkap berwarna hijau bernama Borang Perakuan Nikah.

vi) Borang Perakuan Nikah
~ Hendaklah diserahkan kepada tok kadi yang akan menikahkan anda. Sebab dia pun kena tulis dalam buku dan set kan masa untuk nikahkan anda.

2) Wedding Details
well, baru nak masuk untuk detail-detail lain yang harus diberi perhatian.

i) Catering
~ Catering adalah solusi untuk masalah makanan, cuba cari yang boleh bagi harga berpatutan. Yang paling penting, makanan tu sedap.
~ Pastikan have good bargain dan pilih menu yang paling berbaloi dengan harga
~ Kalau boleh, minta sekali dengan menu ringan, cth macam cendol, aiskrim
~ Kalau tinggal di kawasan rural, mungkin boleh merasa lagi tradisi masak bersama. Semua pun bekerja sama tolong masak untuk kenduri kita, jimat banyak kos sebenarnya.
~ Dan pastikan Person-in-charge telah diberi duit yang mencukupi untuk menjalankan tugasnya.

ii) Khemah
~ Ada macam-macam bentuk khemah masa ni. Yang paling pasti, khemah paling elegan untuk majlis malam is khemah lutsinar, dan harga pun agak mahal kalau nak dibandingkan dengan jenis yang lain.
~ Tapi untuk majlis siang, boleh je pilih piramid or arabic tent.
~ Jangan lupa minta kipas industri kalau saiz tetamu ramai, atau mungkin cuaca pada hari kejadian teramat panas.
~ Scallop atau tiada scallop:
Scallop tu digunakan untuk hiasan pada khemah, dibalut dengan kain mengikut citarasa kita. Biasanya harga scallop +RM100, ada dua warna
~ Sarung kerusi atau tiada
Kerusi yang dibalut sudah tentu namapk lebih menawan dari yang tidak dibalut. Dan kos balutan pun perlu diambil kira sekali.
~ Tapak khemah
Kalau khemah diletakkan di kawasan yang mudah lembap, cthnya padang. Jika keadaan hujan, dah tentu da masalah becak. Menangis la tetamu yang datang dengan kasut tumit tinggi 5 inci tu.

iii) Photographer
~ Zaman sekarang, semua pun dah hire photographer untuk mengabdikan kenangan majlis perkahwinan. To play smart, selalu eye-on promotion yang dikeluarkan oleh photographer. Tak salah jadi stalker kejap, untuk dpatkan offer terbaik.
~ Andai bajet tak berapa tinggi, boleh cari photographer amatur, yang baru berjinak dalam karier gambar. Sometimes, diorang punya gambar lagi cantik dari profesional cameraman.
~ Tak kisahlah promo apa, Promo Merdeka, Promo Raya, Promo Tahun Baru ke, biasanya harga yang ditawarkan jauh lagi murah dari pakej biasa. Cuma terpulang pada selera masing-masing.
~ Jangan lupa untuk secure deposit kalau dah berminat dengan photographer tu, nanti taklah berebut dengan orang lain.
~ Pengalaman tuan tanah disini.

iv) MUA (Makeup Artist)
~ Alright, yang niy paling penting utk kaum hawa. Biasa lah, kalau bukan jenis pakai make-up pun tetap akan berbedak juga untuk hari bersejarah kan.
~ Jadi, kalau adda kawan-kawan yang pandai make-up, boleh la minta tolong
~ Tuan tanah gunakan khidmat Roshima. I totally fall in love with her work since zaman bertunang lagi.
~ Selain tu, ramai lagi MUA yang bagi offer best punya. Kalau pandai cari, boleh dapat yang lebih murah dari RM100.

v) Persalinan
Baju, seluar, kain, tudung . . . .

a) Baju Pengantin & Veil
~ Ah, baju pengantin. Ini terpulang pada individu sebenarnya. Ada yang gemar beli siap, ada yang custom tailor.
~ Sebenarnya, kalau beli siap pun lebih mudah. Baju siap beads dan veil, complete dengan anak tudung boleh dapat dengan harga kurang dari RM250. Tak percaya? Survey kat Jln TAR. Konfem dapt!
~ Atau yang lebih suka custom tailor, bukan apa, kata tuan tanah, bukan selalu. Tapi kena bersedia la menghadapi dugaan fitting baju ni.
~ Kalau rajin, boleh survey kat Bangunan Mara, sebelah Pertama Complex. Ada banyak kedai tailor kat sana.
~ Ada kes, akak tailor bagitaw, ada sorang pengantin niy, bila dah siap baju dan veil, dia tak mampu nak bayar. Maklumlah, lagi dekat nak ke majlis, lagi banyak bajet lari. Harap takde lagi kes macam tu.
~ Pokok pangkal, ukurlah baju dibadan sendiri.
~ Di samping kesibukan membeli baju sendiri, janganlah lupa pada baju pengantin lelaki.

b) Kasut & stokin
~ Sebagai pengantin yang akan konfem nebes, sila cari kasut yang selesa. Tak guna kalau kasut 5 inci tapi pakai sekali seumur hidup.
~ Dan kalau boleh, pakai lah stokin. Sebab apa pakai stokin? Err, satu, tapak kaki pun aurat jugak, kedua, segan lah kalau orang tengok kaki ada cagu, well unless kalau kaki bersih mulus gebu lah. Cuma lebih menawan kalau ada stokin.
~ Kasut ni tak perlu beli berjenama sangat, yang penting, penampilan menarik dan selesa dipakai. Itu lebih penting kan.

c) Compliment wear
~ Apa tu pakaian pelengkap? Cth nya macam, scarf / anak tudung, pakaian dalam yang selesa, korset, baby pin, peniti pin, kerongsang kecil hinggalah yang besar and apa-apa lagi yang termasuk dalam senarai.
~ Pelengkap ni yang memastikan keselesaan anda sepanjang majlis, believe me, carilah yang selesa.

vi) Pelamin
~ Hal pelamin ni tetap diambil kira dlm hal majlis perkahwinan. Pelamin dalam bahasa mudahnya terdiri dari satu hingga tiga panel atau lebih, ada yang menggunakan overlay, dan macam-macam bentuk hiasan.
~ Untuk standard pelamin dalam rumah, mungkin hanya menggunakan pelamin satu panel, dan dewan standard 3 panel.
~ Untuk majlis, kami gunakan overlay, sebab trend ni sangat in sebenarnya. Hasilnya sangat flowy dan nampak cantik bila ditiup angin. Boleh tengok kat sini.
~ Range harga pelamin, paling murah RM500, try google!

vii) Hantaran
~ Perkara paling pening. Sebab masa dah suntuk untuk fikirkan hantaran apa lagi nak diberi. Biasa kalau dah hantar dulang masa bertunang, kuranglah beban untuk majlis nikah.
~ Tapi beringat jugak, kita tetap kena keluarkan duit untuk siapkan dulang.
~ Secara mudah, cuma ambil kiraan 3 balas 5. Well, perempuan hantar 5 dulang. Apa yang dihantar dalam 5 dulang tu;

a) Cincin untuk Pengantin lelaki
Cincin pengantin lelaki tak boleh beli sebarangan. Lelaki muslim diharamkan memakai emas. hatta emas putih sekalipun. No is NO. Jadi, solusi yang ada, sama ada belikan untuk bakal suami dari range cincin Platinum hingga ke Silver.

b) Coklat berbentuk masjid
Ada yang kata bentuk macam Taj Mahal, harga lebih kurang RM100

c) Biskut Famous Amos
Free 30g pada hari Selasa.

d) Coklat Ferrero Rocher
Coklat lagi! Beli sebab masa tu sale Chinese New Year. Dapat less sampai 50% untuk setiap item. Yay!

e) Kek Secret Recipe
Untuk kek ni, memang tak boleh nak mengelak kalau dah beli Secret Recipe. Harga sebiji kek RM80+. Kalau tempah Ombre cake kat kenalan, sampai Rm250. Kan bagus kalau pandai buat sendiri.

viii) Doorgift
~ Bila hal yang lain settle, ni lah masa nak fikir pasal doorgift.
~ Ini terpulang pada individu, kalau zaman dulu-dulu, gunakan telur untuk buat bunga telur. Tapi sekarang, orang letak sumi dalam bungkusan bunga telur.
~ Ada yang bungkus gula-gula, bungkusan coklat dan keropok. Macam-macam ragam.
~ Kalau ada bajet lebih untuk doorgift, boleh sediakan rantai tasbih atau Surah Yassin, ada pakej RM3, sila stalk fb.

ix) Kad Jemputan & Banner
~ Dalam kesibukan, jangan lupa pula untuk edarkan kad jemputan kahwin.
~ Sebenarnya, kad jemputan ni, kasil survey di internet, boleh dapatkan harga RM0.50 sekeping. Tapi ini bergantung pada jumlah tetamu kita sebenarnya.
~ Kalau tetamu kita anggarkan dalam 1000 orang termasuk tua muda belia remaja dan kanak-kanak, kita hanya perlukan 2/3 sahaja kad jemputan.
~ Melainkan kalau jemputan kita terdiri dari keluarga kecil, lebih banyak lah kad kena print.
~ Jangan lupa pos kan kad untuk kawan-kawan yang jauh dimata, kenalan lama (bukan kekasih lama ye).
~ Bila nak hantar untuk cetak kad kahwin, sila jangan lupa tanya tentang banner. kalau kita cetak kad dengan dia, pastilah dia takkan hesitate untuk offer korang buat banner sekali. Kan lebih jimat tu.

Well, rasanya itu je yg terfikir di kepala buat masa niy. Kita cerita pasal How to Budget pulak dalam entry seterusnya. Feel free to ask kalau ada yang merisaukan kepala pasal soal berumahtangga ni. Insyallah, ada penyelesaiannya.