November 29, 2011

Nommy

Hari niy nak cerita pasal Kit-kat burgler .
[ kat cerita Lilymu :P ]
Haha . Taklah . Nak cerita pasal Kit-kat chunky .
Kit-kat bersaiz obes ini memang sedap .
Sebab yaya suke wafer kat dalam je .
Cokolat dye masih sama dan xde beza dengan kit-kat saiz slim .
Beza paling obvious ialah kit-kat yang niy hanya ada 1 stick .
Dan sangatlah bersaiz obes .
X percaya ? Tengok gambar .
 
Ha . Sapa nak ? :3
Betul kata yaya . Kalau dapat makanan .
Semuanya sedap !

. . . 

Kalau korang terel dan ada mata yang mengagumkan .
Cari kucing kat dalam sampah-sarap niy .
Kalau mampu cari satu .
Kalau hebat , cari dua ekor .
Pandai kucing niy menyorok taw .
* Hint : Kucing telinga hitam  dengan kucing oren .
Hahah . Cari sampai dapat taw .

Dawai Kokot

Fasa Empat

Azyllea sudah dimaklumkan oleh Nani tentang En Akmal . ' Apa lagi lah si stepler tu ' , omel Azyllea lantas mengambil noteboook dan ke bilik Akmal . ' Panjang unur. Saya ingat awak nak bercinta dengan tandas . Lama sangat kat dalam tu . ' , perli Akmal . Angin satu badan Azyllea . Manusia jenis apa lah kau ni , bebelnya dalam hati sambil tersenyum kelat . ' Ada apa En Akmal cari saya ? ' ' Saya nak hantar awak pergi konvensyen di Jakarta minggu depan . ' ' Untuk apa En Akmal ? ' ' Seminar Kepelbagaian Pemasaran . Awak pergi dengan Nani . Bawa usul syarikat sekali . Faham ? ' Hai . Senang hati saja kau arahkan aku . Mentang-mentang lah kau lebih lama . Azyllea malas menjawap panjang . Dia hanya menganggukkan kepala . ' Surat ada pada Nani . Saya dah minta HQ emelkan pada dia . Jadi , kalau tak ada soalan . Bolehlah awak balik ke bilik awak . ' ' Saya akan usulkan soalan kemudian En Akmal . Terima kasih ' , lalu Azyllea bangun dan keluar dari ruang En Akmal .

Tengahari ini Azyllea habiskan dengan Maryam , teman rapatnya . Kepala Azyllea masih tak keruan disebabkan tugasan luar . Bukan Azyllea tidak biasa , tapi hatinya marah bila diperli begitu . Maryam sejak tadi perasan gelagat Azyllea lalu menegur temannya itu , ' Lea , kau masih fikirkan hal pejabat ya ? ' ' Ah , maaflah Mar , aku mengelamun tadi ' ' Ada masalah dengan Akmal ? ' ' Aku kena pergi Jakarta minggu depan . Stepler tu la punya pasal . Langsung tak aman hidup aku . ' ' Haha , kau ni Lea . Kan itu arahan bos . Bolehlah kau bekerja sambil melancong sekali-sekala kan . Fikir positif lah sayang . ' , ujar Maryam menyejukkan hati Azyllea . ' Memanglah Mar . Tapi aku . . ' ' Cool ok . Aku pun pernah macam kau . Kena hantar sampai Korea sebab make-up . Kau ingat kan waktu tu aku menangis macam mana ' , gelak Maryam . Azyllea tersengih . ' Tak mahu aku bayangkan . Kelakar . Haha ' ' Tahu pun . Eh , makan lah . Lepas ni nak jelajah Sogo pulak . Kena ada tenaga . ' Azyllea mengangguk . Sudahnya , petang itu Azyllea pulang dengan beg penuh ditangan . Nasiblah pulang ke rumah sewa bukan kerumah mama . Kalau tak , mahu sakit mata tengok mama menjeling . Selesai mandi dan solat isyaq Azyllea mula menguap , badannya letih semacam . Tak lama selepas itu , Azyllea terlelap .

November 26, 2011

Selamat Tahun Baru

 Salam Hijrah 1433 !
Yay . Sudah tahun baru .
Kne ada azam baru jugak .
So azam tahun niy . . . . .
[ Belum habis fikir lagi lah :3 ]
Yang pasti , jum reramai puasa on Asyura day .
And on the next day or the day before .
[ Asyura means the 10th day of Muharram ]

Ha , yang lain tu da bace doa awal tahun ke belum ?
Hehheh .

May Allah bless always with me through out the year .
Center of inner peace <3

DP [ Default Picture ]

Satu perkara yg kelakar pasal Default Picture .
Yaya sendiri pun suka letak DP yg yaya
rase da tiut tahap cipan tegolek .
Tapi bila org komen . Yaya suka delete .
Lagi-lagi kalau komen macam niy .
' Comelnya DP '
' I like DP yu :p '
Neway , I came across sorang fesbukers niy .
And status dye sangat catchy :3
Ahahaha . Betul jugak kan .
Kalau nak reply macam niy .
' mane ade cantek , huduh jep '
Baek jangan letak DP macam tu .
Hohohoh . Btw .
Fesbuk skang da xde privacy macam dulu .
Banyak kowt gamba x sopan kat sane .
Rosak mate ai :(
Jadi , utk sume fesbukers .
Amalkan tips yaya oke :)

Tips keselamatan :
- Elak dari approve orang x dikenali .
- Check dulu info , pics beliau .
- Mutual friends itu penting .

November 24, 2011

Silence

Break the silence .
Since its the best killer .
[ pain killer . kill kill etc ]
Tapi kalau blogger senyap guane plop ?
Hahaha . Tu maknenye dye malas nak update lohs .
Betol dop . [ yaya jawap : correct ! ]

. . .

Having a messy weekend .
Lotso test and rejected presentation .
Many more to come .
May my weekend blessed with love .
I miss being home . :(

p/s : i have something great going on my mind .
But afraid to let it out .
Need some shoulder-lending here . :3

" Screw your past but don't let it screw you . "

November 22, 2011

Apa suda jadi ?

 Ha . Ape jadi .
Reading list ilang ?
Ahaha . Suda google2 utk jwpn .
Org cakap mslh teknikal je niy .
Harap yu wil get back soon .
Kalaw x macam mane nak tawu
latest news dpd my blogger team . :3
Mood : Demm yu . :)
[ Stalking temporarily unavailable ]

November 21, 2011

Lunch :)

Taw x ape niy ?
Teka lah . Teka lah . Heheh .

Ini namanya Nasi Ayam Penyet .
Hahah . Sedap wey . :3
Serius x tipu . Heheh .
Bole dapat mende niy kat depan Masjid Al-Azim Melaka .
Kedai D'Nyiru name dye .
Nak rate , bagi 3.5 / 5 .
Sebab kena ngan tekak .
Tapi x taw la tekak org lain camne . Ngehe~

November 19, 2011

My last 6 weeks

Paling best [ padahal x best ] .
Ade banyak test yu . De 2 presentation .
De 3 eseyment . Pstu study week n exam .
Final da nak dekat . Tapi stil ponteng kelas lagi .
Teruk je prangai . Hahah .
Nearest 1 , mgu depan ade 3 test .
Test 1st Int Economy & Banking .
Pastu de 2nd test Etnik . Huuhuh .
Rase macam nak terjun dlm sungai j .
Mandi kat air tejun . Musti sedap kan .
Bole jugak refresh otak .
Btw , hjung minngu niy .
Azeerah Nadia anak En Harun tengah bwat kenduri kawen .
Maaf bebanyak x dapat dtg yeh jira .
Doakan kaw bahagia sampai hujung nyawa .
Rindu si gemok ini . :)

p/s : Agak jeles lah bile member ramai da kawen .
Tade yg nak masuk minang ke . :p

November 18, 2011

Blissful Friday

Kelebihan Jumaat .
Hari kelahiran Nadi Adam a.s

Allah s.w.t telah menciptakan bumi diisi dengan
gunung-ganang , lautan dan tumbuhan .
Allah s.w.t turut menciptakan [ manusia ] untuk menghuni bumi .
Malaikat khuatir manusia lalai dalam beribadah kepada
Allah s.w.t dan merosakkan bumi dengan pertengkaran .
Allah jelasnya berfirman :

' Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan
Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan
Bani Adam atas bumi-Ku . Bila Aku telah menciptakannya
dan meniupkan roh kepada nya , bersujudlah kamu
di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan
dan bukan sebagai sujud ibadah , karena Allah s.w.t
melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya . '

Maka lahirlah Nabi Adam a.s dari segumpal tanah liat kering dan
lumpur hitam lalu ditiupkan roh kedalam jasadnya .
Iblis tidak mahu sujud memberi hormat kepada ciptaan Allah s.w.t ini .
Kemurkaan Allah s.w.t menyebabkan Iblis dan pengikutnya
dilaknat dan diusir keluar dari syurga .
Iblis telah menjadi penghuni kekal neraka sejak itu
dan berjanji akan menyesatkan keturunan Adam a.s
sehingga menjadi penghuni neraka bersamanya .
Allah s.w.t kemudiannya telah menjadikan Hawa sebagai peneman dan
memberi kebahagiaan kepada Adam a.s
Menurut ulama , Hawa telah diciptakan dari tulang rusuk kiri
Adam a.s ketika sedang tidur .
Ketika terjaga , Hawa telahpun berada disampingnya .
Allah berpesan kepada Adam a.s :

' Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga ,
rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya ,
rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang
terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu .
Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar ,
dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya .
Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini
yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk
orang-orang yang zalim . Ketahuilah bahawa Iblis
itu adalah musuhmu dan musuh isterimu , ia akan berusaha
membujuk kamu dan menyeret kamu keluar
dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan
yang kamu sedang nikmat ini . '

Ham Star

Heheh . Last one for tonyte .
Hamster febret yaya .
Nama : Winter Hamster @ Phodopus sungorus .
Nama  lain : Siberian Hamster @ Djungarian hamster .
[ Banyak pulak name kaw niy . Ish ]
Saiz hamster jenis niy , paling besar is separuh dpd Syrian Hamster .
Specialty : boleh pregnant dengan pantas .
[ paham x niy? Hohoh . ]
Ekceli Winter boleh pregnant lagi walupun selepas seminggu bersalin .
[ p/s : jauhkan husband & wife tu sampai
anak dye pndai makan sendiri . :p ]
Ciri istimewa Winter : Ade 1 garisan tengah pada badannyer .
Kaler gelap dpd bulu badan yg lain .
Kalau musim sejuk , biasanya bulu yang lebih gelap [ garisan tengah ]
akan gantikan hampir keseluruhan warna bulu badan yg lain .
Tapi sebab Melesia niy panas , kejadian niy x mungkin berlaku . :p
Winter hamster ade dua jenis .



Normal Winter Hamster
Ade 3 jenis dominan: Agouti , Pearl & Sapphire .



Dwarf Winter Hamster
Kebanyakan Dwarf hanye berkaler Agouti .
Half size normal winter .
Alolo . Kish kish . :)

Ham Star

Next , kite kenal pulak ngan Hamster jenis lain .
Nama : Roborovski @ Desert Hamster @ Phodopus roborovskii
Hamster jenis niy adelah yg terkecil skali .
Mcm mane nak kenal hamster jenis niy ?
Dye de misai panjang-panjang .
Pastu kaler bulu dye agak golden .
Kalau kena air , kaler bulu dye seakan-akan ada dua tona kaler .
[ ala-ala dye rambut gitu ]
Tapi perut kaler puteh . Ahaha .
Makhluk niy lari laju giler kalau kena kacaw .
Agak x reti nak panjat cage macam yg lain .
Pastu dye susah nak pregnant . :)

Comel kaann dy .
Credit gamba : Daily Cute ~

Ham Star

Ohohoh . Hari niy kite belajar pasal hamster .
Makhluk kecil berbulu yang comel . Serupa macam tikus tapi lebih comel .
Hahaha . Kenapa yaya suka hamster ?
Sebab dye makan ape je yang yaya bagi .
Gentle betul hamster niy .
Walaupun bagi kek oren pun dye makan .
Pastu berebut-rebut pulak .
Rasa macam makanan tu sangat dihargai .
Heheh . Hamster niy ada banyak jenis taw .

Memula kita kenal-kenal dengan Syrian Hamster .
@ nama lain : Golden Hamster .
Nama Saintifik plak : Mesocricetus auratus
Hamster jenis niy boleh membesar sampai penuh tapak tangan .
Kalau beli kat petshop .
Harge dye rm8-rm10 seekor .

 

Hamster jenis niy sangat gebu .
Tapi bukan febret yaya . Ohoho .
Credit gamba : mestilah Daily Cute . :)

November 16, 2011

Cheer Team ~

Nombor 5 dan 6 jatuh kepada :
 
 
Si Ashraaf niy sekolah lagi .
So beliau sangat jarang online .
Neway , wish yu all the best dalam pelajaran .
& selamat cuti sekolah . :)

 Next , kita cita pasal org seberang laut .
Blog ni lebih banyak cerita pasal personal tuan empunya .
Paling banyak is kisah cinta .
Jadi , kami wish cinta kamu kekal sampai akhir hayat .
 

Pin :
Hajat hati nak buat entri pasal Followers tersayang .
Ekot turutan yeh . Semua sekali insyAllah .
Sila klik pada image .
Anda akan diteleportasi terus ke blog kumpulan cheer yaya .

November 15, 2011

Educational Trip [ cont ]

On 25th October .
We have been to MITI which stand for
Ministry of International Trade and Industry
 And next to MIDA ( Malaysian Investment Development Authority ) .
Updated pics . :3
 Bersama CEO MIDA & anak buahnyer yang tolong semakkan gamba .

Depan KBM tersayang . :)
Encik rambut puteh menjadi rebutan Myah Jelyta & Umi Farhana .
Heheh .

November 14, 2011

Cheer Team ~

Sambungan senarai :
Lalala ~

3] Eeda

Haa . Dye niy da rehat kejap dari berblog .
Nak STPM dy cakap .
Good luck darl . Do your best taw !
Suke background dye <3

4] Zey Kacak

 
Lagi sorang blogger yang sedang berehat .
Tapi masih dalam senarai kumpulan cheer yaya oke .

Pin :
Hajat hati nak buat entri pasal Followers tersayang .
Ekot turutan yeh . Semua sekali insyAllah .
Sila klik pada image .
Anda akan diteleportasi terus ke blog kumpulan cheer yaya .

SEGMEN : Blogwalking Sampai Gila


Syarat-syarat :
1. Masih waras tapi sudi menjadi gila dengan sukarela .
2. Wajib follow blog miera
3. Buat entry bertajuk "SEGMEN:Blogwalking Sampai Gila"
dan letak banner serta linkkan entry .
4. Dah siap tinggalkan link entry tersebut di ruang komen.


Miera nak 50 bloggers tegar sahaja .
So cepat-cepat okeh . :3

Dawai Kokot

Fasa Tiga


Erp ! " Alhamdulillah " . Kenyang perut senang hati . Azyllea tidur di rumah orang tuanya hari ini . Nasi kerabu mama memang tiada bandingan , komen Azyllea dalam hatinya . Dalam ketenangan , Azyllea mencapai talefon bimbitnya dan mendail nombor Maryam . Gadis tinggi itu kini sudah mula bekerja di Gedung Sasa Bukit Bintang . Fikirannya masih menerawang tentang rumah Maryam dikampung . Hatinya bagai ditarik-tarik untuk melawat kembali rumah itu . " Hello Lea ! Apa khabar ? Lama kau diam . Dah nikah ke ? " Maryam ketawa . " Ah kau , siapalah yang nak kan aku . Kau tu lainlah . Tinggi lampai putih gebu . Eh , Mar kau habis kerja pukul berapa esok ? Aku nak ajak kau shopping . Beg tangan aku sudah makan zaman . " sambung Azyllea . " Macam kau lah . Tengahari aku habis . Bolehlah kau belikan aku Gucci sebiji . " Pantas Azyllea mengatur pertemuan dengan Maryam . Kebetulan Maryam sudah berpindah dan bekerja di Kuala Lumpur . " Lea , aku nak balik kampung hujung minggu ni . Kau nak ikut ? " " Alaa . Kenapa kau balik ? Aku kena hantar Abang Ady lah . Dia nak balik oversea . Rugi lah . Aku memang nak balik rumah mak . " " Takpelah Lea , aku sampaikan salam . Aku balik pun sebab ada orang nak merisik . Rugi lah kau tak dapat teman aku . " " Hah ? Siapa yang nak merisik kau tu ? Kurang ajar dia . Haha " " Ala , kau kenal sangat orang ni Lea . Nanti esok kita cerita panjang ok . Aku baru sampai rumah ni ." " Oh , Ok . Janji kau cerita . Aku jealous ni ." " Ye la Lea . Aku gerenti cerita punya . " Maryam menamatkan talian meninggalkan Azyllea terpinga .

Jam loceng berbunyi tepat 6 pagi . Mama pun sudah tercegat depan pintu . " Lea , bangun sayang . Solat Subuh ." Azyllea masih menggeliat . Lama tak tidur atas katil di rumah mama . Katil lama tilam empuk . Azyllea bingkas bangun dan mula bersiap ke tandas . Dapur mama sudah mula berbunyi . Sarapan untuk papa dan anak gadisnya . Hampir jam 7 pagi Azyllea turun , dan duduk di meja makan . Mama dan papa sudah hampir siap bersarapan . Papa jarang bercakap kecuali untuk perkara penting . Tapi Azyllea tahu papanya memang selalu berfikiran jauh . " Adik , pejabat papa ada kosong bahagian Marketing . Adik nak tak ? " Azyllea berhenti menghirup susu panasnya lantas mberpaling pada papa . " Adik tak ada masalah dengan company sekarang pun papa . Rasanya adik tak mahu lah pindah . " Sejak graduate , Azyllea bekerja di Bestmark . Mudah baginya untuk berada disana walaupun sakit hati dengan si stepler yang berlagak itu . Tapi selain Akmal , Azyllea tiada masalah lain . " Tapi papa simpan kan untuk adik . Mana lah tahu . Hehe " Papa tersenyum . Abang sulungnya , Ady baru turun dari tingkat atas . Segak bergaya . " Mama , papa . Ady nak keluar uruskan hal India . Banyak lagi yang belum selesai ni . Untuk majlis hujung minggu ni , mama tolong Ady uruskan ya ." " Hujung minggu ? Urusan apa abang ? ", celah Azyllea . Abangnya tersenyum lebar " Adalah . " lantas meninggalkan Azyllea terpinga .


Kerja di pejabat tidak banyak hari ini . Kebanyakan kerja marketing sudah diedar kepada bahagian yang berkenaan . Azyllea hanya datang untuk memastikan segala prototaip yang sepatutnya dihantar minggu depan sudah siap . Bukan senang untuk mendapat tender sejak kebelakangan ini . Syarikat kekurangan orang yang kreatif dan mampu berfikir di luar kotak . Azyllea bersyukur tidak terlibat dalam proses kreatif macam Nani . Tapi kadang-kadang Azyllea turut menyumbang idea . Lagi pula , Azyllea memang minat semua yang kelihatan cantik . Di pejabat , Azyllea lebih senang mengamalkan sikap harmoni dan riang sesama rakan sekerja . Selain sikap tegas yang diplagiat dari Maryam , Azyllea masih lagi seorang yang tidak terlalu ketat dalam pentadbiran . Persekitaran kerja yang selesa adalah lebih penting dan menjamin hasil kerja yang lebih baik . Itulah prinsip Azyllea dalam menjadikan pejabat sebagai tempat yang harmoni . Sesekali Azyllea ke bilik persediaan , membetulkan tudung dan berbedak . Ruang segi empatnya terkadang terlalu sejuk dan memerlukan Azyllea untuk bergerak keluar dan memantau . " Azyllea mana ? " tanya En Akmal pada Nani . " Ke tandas . " jawap Nani ringkas . " Kenapa encik ? " " Saja nak pastikan dia ada di pejabat . Panggil dia kebilik saya nanti " arah En Akmal .

Giveaway "7 Days"

GA by fiq'Ra [ miss pancake ] .
Dateline 20 / 11 .
Mari tag-tag :
p/s : all the best to me . Ngee~

November 13, 2011

Cheer Team ~

Senarai yang suda mendaftar .

1]Ringkasan Hidup

Peminat tegar kumpulan cheer yaya .
Dah mendaftar sejak blog pertama .
Bagus kan peminat niy .
Kurang pasti tentang blognya yg previous .
Tapi Ringkasan Hidup dah completely changing the way he blog .
Neway , yaya wish all the best . :)
 

2] iladella48

Yang niy yaya tak dapat kesan blog beliau .
Ada sesapa taw . :(
Bila tekan image dye , kua mcm niy .
Let me know if u had start blogging again dear .

Pin :
Hajat hati nak buat entri pasal Followers tersayang .
Ekot turutan yeh . Semua sekali insyAllah .
Sila klik pada image .
Anda akan diteleportasi terus ke blog kumpulan cheer yaya .

November 12, 2011

Dawai Kokot

Fasa Dua

Berdikari menurut falsafah hidup Azyllea adalah sukar . Jauh daripada ibu dan ayah tersayang , hanya ada Maryam dan rakan seasrama yang lain . Kadang-kadang ada masanya Azyllea akan keluar outing bersama Aisha , Liyana dan Sofea . Banyak juga masa yang dihabiskan bersama tatkala mengulangkaji pelajaran . Tapi yang paling disayangi Azyllea adalah Maryam , teman sedorm . Dalam diam , Azyllea mengagumi kegigihan insan bernama Maryam itu . Maryam lahir dalam keluarga yang tidak seberapa . Rumahnya masih lagi beratap zink dan sangat panas tatkala matahari terik . Keadaan rumahnya yang uzur dan kelihatan bertampal tidak memudarkan semangat Maryam untuk menamatkan sekolah . Azyllea sering membantu apa yang perlu . Ada masa , Azyllea sendiri datang melawat dan menumpang tidur di rumah Maryam . Keluarganya kelihatan berat hati menerima kunjungan Azyllea buat pertama kali , tapi Azyllea dilayan sama seperti ahli keluarga , seolah-olah tiada frasa tetamu dalam rumahnya . Azyllea merasakan lebih hampir dengan keluarga itu . Hatinya gembira melihat keletah adik-adik Maryam . Terkadang , Azyllea turut serta dalam permainan kanak-kanak itu . Azyllea tidak mempunyai adik-beradik yang lain . Sebelumnya ada seorang abang tetapi berbeza umur hampir 15 tahun . Abangnya seorang yang serius dan sentiasa mengisi masa lapangnya dengan ilmu . Baginya , ilmu boleh hadir dalam apa jua bentuk sama ada ilmiah mahupun pengalaman . Sama dengan sikap Maryam yang gemar membaca .

" Kring . . Kring . . " , telefon Azyllea berdering memcahkan keheningan . Disambut baik panggilan itu . " Mama , ada apa ? " . " Lea balik rumah mama petang ni . Mama buat Nasi Kerabu . Balik tau . " , kata mama ringkas lantas menamatkan panggilan tanpa mendengar persetujuan Azyllea . Tersenyum Azyllea , dia memang akan pulang kerumah ibu bapanya walaupun tiada apa yang berlaku . Bagai dicita ulam mendatang , mama sentiasa tidak lupa makanan kegemaran Azyllea . " Kenyang perut aku " , ucap Azyllea lagi . Jam di pejabat sudah lama melepasi angka 5 . Azyllea masih lagi di sana , menyusun fail dan mengemas meja . Semak dibuatnya bila tiba-tiba ada tugasan yang diluar bidang . Mujur ada Nani , boleh juga minta ajarkan teks ucapan . Selesai berkemas , Azyllea lalu berangkat keluar dari kawasan segi empat ruang dia bekerja dan terus menuju keluar . Lif ditekan dan Azyllea menuju ke kawasan parkir kenderaan di tingkat bawah tanah . Doa menaiki kenderaan sudah menjadi rutin harian dan keretanya meluncur laju . Ramai yang bertanya , " Kenapa Satria Neo ? " . Azyllea menjawap selamba , " sokong jenama tempatan ! " . Pada firasatnya , cukai adalah lebih murah jika menggunakan keluaran tempatan . Lagi pula , alat ganti sangat mudah dan gaya Neo yang sporty itu menawan kalbu Azyllea .

Hampir 45 minit melalui MRR2 , Azyllea tiba di Taman Megah . Maklumlah , keadaan trafik yang tidak memberangsangkan pada waktu petang . Semua orang dalam perjalanan pulang ke kediaman masing-masing . Haluan Neo sudah tamat dan Azyllea memberi salam lantas masuk kerumah . Setelah meletakkan beg tangannya , Azyllea lantas ke dapur . Mama masih sibuk menyediakan juadah makan malam . " Ada apa yang boleh Lea bantu mama ? " , tanya Azyllea . " Eh , sayang mama . Bila sampai ? Mama tak sedar Lea ada dirumah . " Azyllea senyum , " Mama kalau jiran sebelah panggil pun mama tak sedar . Maklumlah , rumah macam istana Michael Jackson . Hehe . " gelak Azyllea . Lebar senyuman mama , " Lea tolng potongkan dasing bakar . Mama letak dekat tepi ketuhar tadi . " . Azyllea mula bersedia dengan papan landas dan pisau , " sedia bertugas , puan ! "

November 11, 2011

Arkus Comel

Credit to : Daily Cute .
Gambar Arkus yang semestinye comel .
Hahahah . :)
 Jumbo Guinea . Ahahaha . Cyan dye kne buli .
 Cak ! Nyorok yeh kat sane . Pandai niy .
 Nom nom nom . Dye makan pegaga ke tuh ? Hahahah .
 Alahai . Kiutnye bile dye buat muke taktaw pape niy .
Alamak , kantoi gf ade skandel laen. Hahaha .
Hari ini hari entry Arkus . Yay !

Guinea Pig

Mari berkenalan dengan Guinea Pig ~
[ Sila abaikan nama belakang itu yah :p ]
Nama Melayu : Arkus .
Tak glemer la name Arkus . Tak Amerika . Hohoho .
Makhluk berbulu ini adalah spesis rodent .
Tak berasal dari Guinea dan takde kaitan dengan pig okeh .
Kalau ikutkan , Arkus niy bukan spesis original .
Mungkin hasil campuran dari beberapa baka lain sampai menghasilkan Arkus .
Antara sedara- mara Arkus :

1] American @ English short hair .
Senang jumpe , senang jage , senang dapat cucu . :)

2] Peruvian
Rambut panjang berkilat sampai tutup muka & boleh cecah 50cm .
Boleh jadi mop . wink*

3] Silkie @ Sheltie
Rambut panjang tapi x tutup muke . Kualiti rambut lebih bagus dari Peruvian .

4] Texel
Rambut kerinting macam perm . Susah nak dapat cucu . Haish .

5] Abby
Ada banyak pusaran pada badan . Kekadang sampai 9 .
Peramah & senang nak jage . Like !

6] Rex Breed
Rambut pendek sekata . Lebih besar dari baka lain & macho .
Hahaha~

7] Teddy
Bulu macam Rex tapi lebih lembut . Ada misai yang panjang dan lurus .
Wah ! posing kemain~

8] Hairless
Tak tahan panas . Tak sesuwai dok Melesia . Lebih terdedah kepada luka .
Antibodi tak kuat niy . Ish ish .

9] Coronet
Ada 1 pusaran atas kepala & warna berbeza dari bulu lain pada badan .
Kne grooming selalu .
Secara personal , sangat suka tengok Texel .
Rambut kerinting yu . Tak pernah nampak . Hohohoh .
Guinea Pig @ Arkus comel kan .
Rasa nak picit-picit je .
Tapi ada sesetengah country yang buat Arkus niy jadi makanan .
Diorang kata sedap . Hahaha . Cubalah .
Credit kepada : Buzzle.com