Azyllea sudah dimaklumkan oleh Nani tentang En Akmal . ' Apa lagi lah si stepler tu ' , omel Azyllea lantas mengambil noteboook dan ke bilik Akmal . ' Panjang unur. Saya ingat awak nak bercinta dengan tandas . Lama sangat kat dalam tu . ' , perli Akmal . Angin satu badan Azyllea . Manusia jenis apa lah kau ni , bebelnya dalam hati sambil tersenyum kelat . ' Ada apa En Akmal cari saya ? ' ' Saya nak hantar awak pergi konvensyen di Jakarta minggu depan . ' ' Untuk apa En Akmal ? ' ' Seminar Kepelbagaian Pemasaran . Awak pergi dengan Nani . Bawa usul syarikat sekali . Faham ? ' Hai . Senang hati saja kau arahkan aku . Mentang-mentang lah kau lebih lama . Azyllea malas menjawap panjang . Dia hanya menganggukkan kepala . ' Surat ada pada Nani . Saya dah minta HQ emelkan pada dia . Jadi , kalau tak ada soalan . Bolehlah awak balik ke bilik awak . ' ' Saya akan usulkan soalan kemudian En Akmal . Terima kasih ' , lalu Azyllea bangun dan keluar dari ruang En Akmal .
Tengahari ini Azyllea habiskan dengan Maryam , teman rapatnya . Kepala Azyllea masih tak keruan disebabkan tugasan luar . Bukan Azyllea tidak biasa , tapi hatinya marah bila diperli begitu . Maryam sejak tadi perasan gelagat Azyllea lalu menegur temannya itu , ' Lea , kau masih fikirkan hal pejabat ya ? ' ' Ah , maaflah Mar , aku mengelamun tadi ' ' Ada masalah dengan Akmal ? ' ' Aku kena pergi Jakarta minggu depan . Stepler tu la punya pasal . Langsung tak aman hidup aku . ' ' Haha , kau ni Lea . Kan itu arahan bos . Bolehlah kau bekerja sambil melancong sekali-sekala kan . Fikir positif lah sayang . ' , ujar Maryam menyejukkan hati Azyllea . ' Memanglah Mar . Tapi aku . . ' ' Cool ok . Aku pun pernah macam kau . Kena hantar sampai Korea sebab make-up . Kau ingat kan waktu tu aku menangis macam mana ' , gelak Maryam . Azyllea tersengih . ' Tak mahu aku bayangkan . Kelakar . Haha ' ' Tahu pun . Eh , makan lah . Lepas ni nak jelajah Sogo pulak . Kena ada tenaga . ' Azyllea mengangguk . Sudahnya , petang itu Azyllea pulang dengan beg penuh ditangan . Nasiblah pulang ke rumah sewa bukan kerumah mama . Kalau tak , mahu sakit mata tengok mama menjeling . Selesai mandi dan solat isyaq Azyllea mula menguap , badannya letih semacam . Tak lama selepas itu , Azyllea terlelap .