Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

October 05, 2015

Lasagna

Bismillah.

Mengigau nak try buat lasagna.
Sebab kalau beli pun kena cas paling murah RM10 sebekas.
Jadi, this time nak try buat sendiri.

Actually, hari tu gugel terjumpa satu resepi mudah ni.
So, sharing dari tuan belog > sini

Bahan-bahan yang diperlukan :

(A)
Prego Sos Tomato
Cendawan butang
Daging / Ayam Kisar
Bawang
Black pepper & Oregano

(B)
Susu Segar / Full cream
Planta
Tepung gandum
Keju Cheesdale

(C)
Kepingan lasagna San Remo
Keju Mozarella / Pizza Topping Emborg

Langkah-langkah :
1) Buat Sos Tomato
~ Bawang besar hiris dadu
~ Cendawan butang hiris halus
~ Tumis bawang merah hingga layu
~ Masukkan daging / ayam kisar. Masak hingga warna berubah taw
~ Masukkan setengah botol. Kalau beli yang kecil, terus masukkan semua ya
~ Masukkan cendawan yang dihiris nipis tadi
~ Tunggu sebati. Jangan lupa masukkan sedikit serbuk oregano, garam & black pepper
~ Ketepikan

2) Buat Sos Keju
~ Panaskan planta 2 sudu dalam kuali
~ Masukkan 2 sudu tepung gandum. Pada awalnya mungkin akan
berketul tapi terus je kacau hingga sebati
~ Masukkan susu segar 200ml
~ Bila bahan sebati, masukkan 2 keping keju cheesedale
~ Jangan lupa masukkan sedikit garam

3) Susun-susun
~ Rebus kepingan lasagna hingga lembut dan tos
~ Lapiskan dalam loyang pembakar
~ Letakkan Sos Tomato, Kemudian Sos Keju & Pizza Topping / Keju Mozarella
~ Lapiskan lagi dengan kepingan lasagna dan seterusnya hingga memenuhi loyang tadi
~ Lapisan paling atas sekali mestilah Keju Mozarella / Pizza Topping

4) Bakar !
~ Bakar pada suhu 180 celcius, selama 40 minit
~ Biarkan sejuk seketika dan makan !

Tuan tanah tak sempat snap gambar sebelum
Bila dah separuh makan baru tersedar. Hahaha

Secara overallnye, resepi ni paling mudah nak ikut.
Dan hasilnya memang tak mengecewakan.
Sedapnya makan.

March 04, 2015

Un-boxing My New Camera

Bismillah.

Kita beli Action Camera !
Beli through Lazada. RM170.
Biar gambar berbicara.







Contoh gambar.
Not bad la untuk camera kecik macam ni.
Hahaha.


October 29, 2014

Pengalaman Latihan Industri di Honda Malaysia

Bismillah.

Tetiba rasa macam nak berkongsi pengalaman latihan industri dengan Honda.
Walaupun sebenarnya, dah berkarat.
Alright.
Details I am about to share might be outdated, but masih boleh
digunakan sebagai guideline.
Dan mungkin terpakai untuk syarikat-syarikat lain sekali.
Step by step to LI di Honda;

1) Submit Resume
~ Perkara penting dalam Resume :-
Gambar passport > Attach kan sekali gambar passport kita yang cantik tu
Mini Transcript > Salinan keputusan exam by Semester, kalau boleh
dapatkan yang bercop dari Hal Ehwal Akdemik
Cover Letter > Untuk beritahu apa sebab kita apply LI dengan Honda,
lagi mengancam ayatnya lagi bagus. Tapi kena lah stay humble.
~ Masa sesuai untuk hantar resume?
Minimum 3 bulan sebelum tarikh LI (kecuali kalau kes istimewa, minimum 1 bulan)

2) Follow-Up
~ Sangat lah penting, sebabnya, ramai yang apply untuk LI di Honda.
Jadi, kemungkinan besar untuk terlepas pandang tu sangat lah tinggi.
(Jangan risau, rekod anda akan sentiasa disimpan oleh Honda)
*Kalau tak percaya, listing yang apply LI sangat lah panjang (-_-)
~ Cara paling cepat untuk dapatkan status ialah dengan menelefon.
Tips:
Greetings (wajib ada!)
Nyatakan sebab menelefon
Tanyakan status
Waktu menunggu (Berapa lama boleh dapat jawapan)
~ Follow-Up tu sebolehnya sebulan sekali. Janganlah setiap minggu ye adik-adik.

3) Hadir untuk temuduga (Jika terpilih)
~ Temuduga akan dijalankan selepas proses pemilihan.
~ Panel akan terdiri dari:
> Manager
> Senior Executive
> HR Executive
~ Jangan datang lambat. kalau terlambat juga,
please inform pegawai Honda lebih awal.
(Manalah tahu tetiba je jem teruk kat Lebuh AMJ tu)
~ Mulut mesti manis.
Kalau tugas adik nanti kena sapu lantai, cakap "ya, saya akan sapu"
Bukan sebab mengampu, tapi rata-rata nya, kita perlu bersihkan
workstation kita sendiri.
~ Hafal semua berkaitan Honda :-
> Sejarah ringkas - tak perlu lah tahu sampai berapa lama masa
diambil untuk buat kilang
Konsep 5S : seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke
Konsep Kaizen
Bidang tugas yang dipohon
*tips untuk Procurement:
- to procure parts related to manufacturing of a Honda car
- ensure that parts are available at lowest cost possible but with highest quality
- at the same time, to maintain good relation with suppliers & vendors
> Sediakan 5 years plan
- pastikan adik-adik include both personal & professional stand.
- cth:
Professional > akan menjawat jawatan Senior Executive in Procurement
Personal > Will have a house.

4) Preparation : Mental & Fizikal
Kenapa bunyi macam kejam je, hihi
~ Working Hour for Honda is 12 hours
~ 5 days working
~ 15 minutes for Breakfast, 40 minutes for Lunch & 15 minutes for tea break
~ Be in uniform all the time
~ Sesi Taiso every morning

Kalau dah prepare untuk semuanya, baru boleh mulakan LI di Honda.
Cara untuk memohon:
1) Hantar Resume melalui email
2) Hantar terus ke Pondok Pengawal Honda / by pos
3) Melalui Faks

Info:
Elaun LI adalah RM500 sebulan
~ Boleh dapatkan duit lebih dengan cara submit Kaizen
~ Ada macam-macam makanan dekat Kantin
*Makanan Jepun pun ada. Paling febret, laksa.
*Sarapan masih boleh dapat dengan RM2.
~ Ada locker & changing room
*tak semua boleh dapat Locker. Nasib-nasib je.
~ Datang dengan baju biasa, NO uniform.
Kasut bertutup saje, sandal tak boleh!
Parking biasa nya pukul 8:15 dah penuh.
*Kalau datang lambat, alamatnye jauh la parking. Kalau hari hujan,
lagi susah nak cari parking (-_-)
Uniform Honda kaler Putih.
*Masa daftar LI, akan dapat 2 pasang. Dobi Honda biasanya privilege untuk
pekerja Honda. Tapi boleh je kalau nak hantar jugak.
~ Boleh makan kat luar hanya hari Jumaat.
*sebab rehat 2 jam \(^-^)/
~ Suasana Office
*Toleh kiri kanan selalu sebab bos-bos akan memerhati, hewhew
~ Penting! Susah nak minta perlepasan keluar dari Honda!
*Lagi-lagi kalau kes kena ke kampus untuk siapkan thesis, No way.
Kalau dapat pun, susah hati je nak keluar. Hahaha.
>>Pengalaman ni. Kalau nak jumpa pensyarah, baik jumpa hujung minggu.
Atau kalau ada plan untuk bercuti, kena inform sebulan lebih awal
dengan bukti nyata (tiket kapal terbang), tak layan kalau surat ibu bapa ni. Hihi.
Report! Report! Report!
*Kena sediakan Laporan Harian. Jumaat kena minta pengesahan bos
(ada yang kena minta hari-hari)
~ Intern meeting
*Perjumpaan dengan intern yang lain. Sharing knowledge dan prepare
untuk final presentation for Honda.
*Well, kalau ada department meeting pun kena join tau.
Final Presentation!
*Kena present depan bos, haha. Part ni la ketaq lutut. Dah tahu dah bos
macam mana rupa dan gaya.
Kalau kena tanya pape, pepandai la jawap.
*Diorang sangat suka kalau kita selalu refer kat diorang
untuk betulkan apa-apa yang tak sempurna.
*Pensyarah kita pun akan join sekali. Atas jemputan by Honda uolls.

Person in-charge untuk LI:
Nor Idayu Sakhari
Honda Capital Development
Honda Malaysia Sdn. Bhd.
Hicom Industrial Park Pegoh, P.O. Box 70,
78000 Alor Gajah, Melaka
E-mail: noridayu.sakhari@honda.net.my
Tel: 06-5591810
Fax: 06-5591462
H/P: 012-6438797

Info sampingan:
~ Rumah sewa
> Boleh dapat kat area Simpang Empat
> Rate sewa - RM400 - RM450 sebulan
~ Bas balik KL, boleh dapat kat pekan Alor Gajah.
> Bas Metro tiket harga RM9

Rasanya dah share segala knowledge yang ada.
Kalau ada nak tanya, jangan segan.
Drop a question & i'll help answer.

*Boleh percayakan blog ni sebab penulis pun pernah LI kat Honda.*

#Just for sharing.

October 26, 2014

Time for Skytrex-Adventure

Bismillah.

Pernah try tak Skyrex Adventure?
Memang menguji ketahanan upper body.
Lebih lagi pada yang tak nak bersenam macam tuan belog nih.
Bacaan lanjut pasal Skytrex, bole dapat dari sini.
Dan pastinya, silalah book masa anda untuk aktiviti ni.
Best!

Hokey, step-step camna nak join?

~ Kena Booking Online kat website Skytrex-Adventure.
Amaran :

"There is a weight and height restriction for the activities. Please make sure that all participants are not more than 100 kg and are not less than 140 cm tall."

~ Harga package as per follow:

Ok. Ada 3 stage berbeza bergantung pada kemampuan kita.
Untuk kanak-kanak, preferably ambillah Little Adventure.
Bukan yang paling senang ye, boleh tahan mencabar jugak.

~ Boleh check masa dan slot available dalam website Skytrex-Adventure.

Untuk tahu slot mana yang masih available, boleh cek dari nombor dalam kurungan.
Contohnya:

Maksudnya, ada 4 slot yang masih kosong untuk pukul 12:00 pm.
Jadi, boleh lah selit-selit.
No worries, payment can be made direct from Online Banking.
No Credit card necessary.

~ Early prep:
1) Sports attire (complete dengan kasut sukan)
2) Drinking water
3) Towel comel untuk lap peluh
4) Kalau risau tapak tangan calar, beli lah glove advance daripada Skytrex

Ah, cerita punya panjang.
Skytrex-Adventure Shah Alam
Taman Botani Negara Shah Alam,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55106922

Info: Taman Botani @ Bukit Cerakah, sama je

Dan, once you at Taman Botani.
Boleh beli Entrance Ticket di kaunter, RM3 je.
(p/s: Boleh cuba masuk Rumah Empat Musim, paling glemer di Taman Botani)
Then, boleh cari bas bewarna Kuning Kehijauan.
Khas untuk Skytrex sahaja.
Sementara menunggu bas bergerak, boleh la berborak dengan orang kiri-kanan.
Jangan terkejut, mat saleh pun ramai join aktiviti macam ni.

~ On-site prep:
1) Terus ke kaunter Skytrek.
Things to alert:
- Penerangan ringkas
- Check-in (tandatangan jer)
- Isi borang (untuk info waris)
- Tuntut glove (kalau dah beli online)
- Beli air (kalau lupa bawa botol)
- Beg untuk botol (tak perlu pegang-pegang nanti)
2) Ke kaunter Harness.
- Serah borang yang isi tadi
- Urusetia akan bagi harness sesuai untuk berat anda
- Terus minta bantuan dari Urusetia yang bersedia diluar kaunter untuk pakaikan harness.
3) Prep-Station
- Perhatian penuh macam mana nak kendalikan harness.
- C is open and U is close.
4) Ke station anda!!
Finally! Boleh apply apa yang baru belajar tadi.
Paling penting adalah, sabar menanti giliran.
Amaran:
Pastikan sekurang-kurangnya 1 hook masih attached to cable.
(sayangi nyawa anda)
5) Always remember to keep an eye on;
- how many people are on each platform
- what tools to use at each obstacle

Jika mengalami masalah, jangan malu bertanya pada urusetia.
They will surely help.
Jadi, all the best!
Should try. Memang terbaik!!

June 27, 2014

Wedding List #30 [Review : Wedding Album]

Bismillah.

Well, finally dapat semua wedding album. Dan perasaan agaka kecewa, mungkin terlalu overestimate kot dengan kualiti album tu. Actually, we have both side on photographer, dan its easy to work with my photographer. But his one deliver much more quality than mine.

This is my experience with my photog. I think its normal untuk photographer tu ambil masa yg lama utk siapkan album kita. And ya, kadang-kadang I feel marah jugak, sebab satu je album nya. But then, reconsider dan I know I'm not the only customer.

Ah, anyhow, I am bit disappointing for the result. It should have be better than this. It looks totally out from professional look, sangatlah simple dan I cannot bare looking at it. Although inside, the story telling is good, dan I love how they arrange the pictures, and when it comes towards the end, feel disappoint again. They leave too many blank pages. Oh ya, then i remember, I'm paying RM1,850 only. ONLY, but enough to make me feel its expensive enough.

No point of taunting, result was made. And things I can do is, to reprint new album for my self. Know what, sometimes, we do feel like we can do much better than other people but we don't have the time & correct contact.

#Will update all album soonest.

February 10, 2014

Wedding List #29 [Review : Baju Nikah & Reception]

Bismillah.

Hajat hari ni nak review complete on attire & makeup.
1] Nikah Attire


For Him

Material : Satin
Warna : Gold
Pattern : Baju Melayu
Compliment : Songket Sampin

For Her

Material : Beads Lace, Satin with Chiffon
Warna : Gold
Pattern : Dress

1] Reception Attire


For Him

Material : NIL
Warna : Cream & Maroon
Pattern : Kurta

For Her

Material : Beads Lace, Satin with Chiffon
Warna : Maroon
Pattern : Lengha