December 12, 2014

Bakso. The Best in Town.

Bismillah.

Its already end of 2014.
Masa berlalu sangat pantas. Dan its almost a year of living in a new life,
Well, my work went just as it is.
Its been long dah berenti menaip nih.
Haha. Btw, I found the best bakso in town.
Actually dah lama jumpa, but still the best jugak.
We all selalu je lepak kat sane gi makan bakso.



October 29, 2014

Pengalaman Latihan Industri di Honda Malaysia

Bismillah.

Tetiba rasa macam nak berkongsi pengalaman latihan industri dengan Honda.
Walaupun sebenarnya, dah berkarat.
Alright.
Details I am about to share might be outdated, but masih boleh
digunakan sebagai guideline.
Dan mungkin terpakai untuk syarikat-syarikat lain sekali.
Step by step to LI di Honda;

1) Submit Resume
~ Perkara penting dalam Resume :-
Gambar passport > Attach kan sekali gambar passport kita yang cantik tu
Mini Transcript > Salinan keputusan exam by Semester, kalau boleh
dapatkan yang bercop dari Hal Ehwal Akdemik
Cover Letter > Untuk beritahu apa sebab kita apply LI dengan Honda,
lagi mengancam ayatnya lagi bagus. Tapi kena lah stay humble.
~ Masa sesuai untuk hantar resume?
Minimum 3 bulan sebelum tarikh LI (kecuali kalau kes istimewa, minimum 1 bulan)

2) Follow-Up
~ Sangat lah penting, sebabnya, ramai yang apply untuk LI di Honda.
Jadi, kemungkinan besar untuk terlepas pandang tu sangat lah tinggi.
(Jangan risau, rekod anda akan sentiasa disimpan oleh Honda)
*Kalau tak percaya, listing yang apply LI sangat lah panjang (-_-)
~ Cara paling cepat untuk dapatkan status ialah dengan menelefon.
Tips:
Greetings (wajib ada!)
Nyatakan sebab menelefon
Tanyakan status
Waktu menunggu (Berapa lama boleh dapat jawapan)
~ Follow-Up tu sebolehnya sebulan sekali. Janganlah setiap minggu ye adik-adik.

3) Hadir untuk temuduga (Jika terpilih)
~ Temuduga akan dijalankan selepas proses pemilihan.
~ Panel akan terdiri dari:
> Manager
> Senior Executive
> HR Executive
~ Jangan datang lambat. kalau terlambat juga,
please inform pegawai Honda lebih awal.
(Manalah tahu tetiba je jem teruk kat Lebuh AMJ tu)
~ Mulut mesti manis.
Kalau tugas adik nanti kena sapu lantai, cakap "ya, saya akan sapu"
Bukan sebab mengampu, tapi rata-rata nya, kita perlu bersihkan
workstation kita sendiri.
~ Hafal semua berkaitan Honda :-
> Sejarah ringkas - tak perlu lah tahu sampai berapa lama masa
diambil untuk buat kilang
Konsep 5S : seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke
Konsep Kaizen
Bidang tugas yang dipohon
*tips untuk Procurement:
- to procure parts related to manufacturing of a Honda car
- ensure that parts are available at lowest cost possible but with highest quality
- at the same time, to maintain good relation with suppliers & vendors
> Sediakan 5 years plan
- pastikan adik-adik include both personal & professional stand.
- cth:
Professional > akan menjawat jawatan Senior Executive in Procurement
Personal > Will have a house.

4) Preparation : Mental & Fizikal
Kenapa bunyi macam kejam je, hihi
~ Working Hour for Honda is 12 hours
~ 5 days working
~ 15 minutes for Breakfast, 40 minutes for Lunch & 15 minutes for tea break
~ Be in uniform all the time
~ Sesi Taiso every morning

Kalau dah prepare untuk semuanya, baru boleh mulakan LI di Honda.
Cara untuk memohon:
1) Hantar Resume melalui email
2) Hantar terus ke Pondok Pengawal Honda / by pos
3) Melalui Faks

Info:
Elaun LI adalah RM500 sebulan
~ Boleh dapatkan duit lebih dengan cara submit Kaizen
~ Ada macam-macam makanan dekat Kantin
*Makanan Jepun pun ada. Paling febret, laksa.
*Sarapan masih boleh dapat dengan RM2.
~ Ada locker & changing room
*tak semua boleh dapat Locker. Nasib-nasib je.
~ Datang dengan baju biasa, NO uniform.
Kasut bertutup saje, sandal tak boleh!
Parking biasa nya pukul 8:15 dah penuh.
*Kalau datang lambat, alamatnye jauh la parking. Kalau hari hujan,
lagi susah nak cari parking (-_-)
Uniform Honda kaler Putih.
*Masa daftar LI, akan dapat 2 pasang. Dobi Honda biasanya privilege untuk
pekerja Honda. Tapi boleh je kalau nak hantar jugak.
~ Boleh makan kat luar hanya hari Jumaat.
*sebab rehat 2 jam \(^-^)/
~ Suasana Office
*Toleh kiri kanan selalu sebab bos-bos akan memerhati, hewhew
~ Penting! Susah nak minta perlepasan keluar dari Honda!
*Lagi-lagi kalau kes kena ke kampus untuk siapkan thesis, No way.
Kalau dapat pun, susah hati je nak keluar. Hahaha.
>>Pengalaman ni. Kalau nak jumpa pensyarah, baik jumpa hujung minggu.
Atau kalau ada plan untuk bercuti, kena inform sebulan lebih awal
dengan bukti nyata (tiket kapal terbang), tak layan kalau surat ibu bapa ni. Hihi.
Report! Report! Report!
*Kena sediakan Laporan Harian. Jumaat kena minta pengesahan bos
(ada yang kena minta hari-hari)
~ Intern meeting
*Perjumpaan dengan intern yang lain. Sharing knowledge dan prepare
untuk final presentation for Honda.
*Well, kalau ada department meeting pun kena join tau.
Final Presentation!
*Kena present depan bos, haha. Part ni la ketaq lutut. Dah tahu dah bos
macam mana rupa dan gaya.
Kalau kena tanya pape, pepandai la jawap.
*Diorang sangat suka kalau kita selalu refer kat diorang
untuk betulkan apa-apa yang tak sempurna.
*Pensyarah kita pun akan join sekali. Atas jemputan by Honda uolls.

Person in-charge untuk LI:
Nor Idayu Sakhari
Honda Capital Development
Honda Malaysia Sdn. Bhd.
Hicom Industrial Park Pegoh, P.O. Box 70,
78000 Alor Gajah, Melaka
E-mail: noridayu.sakhari@honda.net.my
Tel: 06-5591810
Fax: 06-5591462
H/P: 012-6438797

Info sampingan:
~ Rumah sewa
> Boleh dapat kat area Simpang Empat
> Rate sewa - RM400 - RM450 sebulan
~ Bas balik KL, boleh dapat kat pekan Alor Gajah.
> Bas Metro tiket harga RM9

Rasanya dah share segala knowledge yang ada.
Kalau ada nak tanya, jangan segan.
Drop a question & i'll help answer.

*Boleh percayakan blog ni sebab penulis pun pernah LI kat Honda.*

#Just for sharing.

October 28, 2014

Si Geboo

Bismillah.

Ah, tak sedar dah masuk 24 umur orang tu.
Walaupun dia masih perasan muda.
Apa-apa pun, Selamat Hari Lahir!
Jadi anak solehah dan semoga dimurahkan rezeki selalu.
Hadiah tahun ni?
Biasa-biasa je.

Jelajah dunia with oversize teddy.
#Comelgila

October 26, 2014

Time for Skytrex-Adventure

Bismillah.

Pernah try tak Skyrex Adventure?
Memang menguji ketahanan upper body.
Lebih lagi pada yang tak nak bersenam macam tuan belog nih.
Bacaan lanjut pasal Skytrex, bole dapat dari sini.
Dan pastinya, silalah book masa anda untuk aktiviti ni.
Best!

Hokey, step-step camna nak join?

~ Kena Booking Online kat website Skytrex-Adventure.
Amaran :

"There is a weight and height restriction for the activities. Please make sure that all participants are not more than 100 kg and are not less than 140 cm tall."

~ Harga package as per follow:

Ok. Ada 3 stage berbeza bergantung pada kemampuan kita.
Untuk kanak-kanak, preferably ambillah Little Adventure.
Bukan yang paling senang ye, boleh tahan mencabar jugak.

~ Boleh check masa dan slot available dalam website Skytrex-Adventure.

Untuk tahu slot mana yang masih available, boleh cek dari nombor dalam kurungan.
Contohnya:

Maksudnya, ada 4 slot yang masih kosong untuk pukul 12:00 pm.
Jadi, boleh lah selit-selit.
No worries, payment can be made direct from Online Banking.
No Credit card necessary.

~ Early prep:
1) Sports attire (complete dengan kasut sukan)
2) Drinking water
3) Towel comel untuk lap peluh
4) Kalau risau tapak tangan calar, beli lah glove advance daripada Skytrex

Ah, cerita punya panjang.
Skytrex-Adventure Shah Alam
Taman Botani Negara Shah Alam,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55106922

Info: Taman Botani @ Bukit Cerakah, sama je

Dan, once you at Taman Botani.
Boleh beli Entrance Ticket di kaunter, RM3 je.
(p/s: Boleh cuba masuk Rumah Empat Musim, paling glemer di Taman Botani)
Then, boleh cari bas bewarna Kuning Kehijauan.
Khas untuk Skytrex sahaja.
Sementara menunggu bas bergerak, boleh la berborak dengan orang kiri-kanan.
Jangan terkejut, mat saleh pun ramai join aktiviti macam ni.

~ On-site prep:
1) Terus ke kaunter Skytrek.
Things to alert:
- Penerangan ringkas
- Check-in (tandatangan jer)
- Isi borang (untuk info waris)
- Tuntut glove (kalau dah beli online)
- Beli air (kalau lupa bawa botol)
- Beg untuk botol (tak perlu pegang-pegang nanti)
2) Ke kaunter Harness.
- Serah borang yang isi tadi
- Urusetia akan bagi harness sesuai untuk berat anda
- Terus minta bantuan dari Urusetia yang bersedia diluar kaunter untuk pakaikan harness.
3) Prep-Station
- Perhatian penuh macam mana nak kendalikan harness.
- C is open and U is close.
4) Ke station anda!!
Finally! Boleh apply apa yang baru belajar tadi.
Paling penting adalah, sabar menanti giliran.
Amaran:
Pastikan sekurang-kurangnya 1 hook masih attached to cable.
(sayangi nyawa anda)
5) Always remember to keep an eye on;
- how many people are on each platform
- what tools to use at each obstacle

Jika mengalami masalah, jangan malu bertanya pada urusetia.
They will surely help.
Jadi, all the best!
Should try. Memang terbaik!!

October 20, 2014

Aisha Umaira

Bismillah.

My niece @ the first granddaughter.
Nama retis : Ecah
Umur da masuk dua tahun.
Maklong dye? Em, rahsia (^.^)
Ni gambar masa baru-baru melihat dunia.

Gambar tahun ni.
Dah mengembara dengan basikal.

Comel je dengan fountain kiri kanan.
Happy Birthday!!

Membesar jadi anak yang solehah taw <3 p="">

October 09, 2014

October Baby

Bismillah.

Happy Birthday!
May Allah bless you.
Dimurahkan rezeki & Panjang Umur.

Your first birthday as a husband.
\(^-^)/

October 03, 2014

Rindu Lagi!

Bismillah.

Eh, boleh pulak tetiba teringat ngan makhluk protozoa ni.
Rindu sangat dengan makhluk kecik tu.
Tapi dah tak boleh nak bela, sebab rumah baru ni panas sangat.
Ingat lagi tak, hamster yang terkahir tu meninggal sebab kepansan.
(-_-')
Jadi, rasanya tak sanggup nak rasa bersalah macam tu lagi.
Tapi, seriously, I miss them.

September 09, 2014

September, hope you went by fast

Bismillah.

The feeling you have when something itching your mind,
but there's no room to express.

Channels, we look up for spaces we can use to let it go.
Then, there's obstacle.
Resulted to us thinking to just keep it inside.
Lock it deep down.

They don't understand you.
Only He did, cause He created you.

Been out of mood lately, feeling so tired like sleep could have done any better.
Ah, this weekend leaving for Pulau Pinang again.
Its been 100th wedding invitation this year.
Hahaha, ramai sangat yang kahwin tahun ni.
Ok, tak taw nak membebel apa.
Even though I've got soo many things running inside my head.
Tapi tak boleh express, rasa macam kosong je pun ada.

#one holiday please :)

August 13, 2014

Day Passes by In August

Bismillah.

Rindunye nak travel :(
Rindu nak planning & ada arah nak belanja duit.
Nak simpan awal-awal tak reti.
Tapi, susah da nak travel pn sekarang.
Lagi pulak dah dua kali keluar tahun niy, tambah yg akan datang niy masuk 3 kali keluar negara.
Tapi still rasa nak keluar lagi.

# suka tengok negara orang walaupun budaya lebih kurang sama.
# target seterusnya, world wide

July 18, 2014

Jumaat dan MH17

Bismillah.

#MH17 enroute from Amsterdam to Kuala Lumpur.

Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan berita pesawat MH17 yang terputus hubungan jam 10:15pm malam semalam. Pesawat yang dijangka tiba di KLIA 6:10am, Jumaat 18-Julai-14 itu membawa sejumlah 280 penumpang dan 15 krew.




Up to date, senarai mangsa MH17 mengikut negara

Dan sedikit info tentang pesawat MH17

Hanya mampu mendoakan yang terbaik utk Malaysia Airlines dan keluarga mangsa. Innalillah

Fi Amanillah, may all of us dibawah lindungan Allah.
#Salam21Ramadhan

July 16, 2014

Buffet Ramadhan

Bismillah.

Ah, sedar tak sedar, dah masuk hari ke 15 puasa.
Kejap je pejam celik dah habis 2 minggu puasa.
Dan macam biase, waktu Ramadhan ni la ramai yg berbuffet utk berbuka.
Semalam, sempena cuti umum Nuzul Quran, kitorang ber-buffet lah.
Antara variety yg ditawarkan, Nasi Minyak / Nasi Putih dengan 20 jenis lauk-pauk, ayam, daging, hingga ke seafood, semua ada.
Paling hebat, bila seleksi air minuman, ada lebih kurang 9 balang berlainan jenis dan 1 air panas.
Memang berbaloi-baloi makan buffet, tapi hanya sesuai utk yang boleh makan banyak.
Sebab kalau yang makan sikit tu, rugi lah datang buffet kan.

Harga sekepala dewasa : RM20.90
Restoran : Tuuu Dia Pak Tam
Alamat : Jalan 2/10, Bandar Baru Selayang, Selangor, Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia
Bacaan penuh disini

#makanmakanmakan

July 06, 2014

Things are Different

Bismillah.

The time you realize that you cannot retrieve what you have in past.
#Salam Ramadhan

July 02, 2014

Salam Ramadhan

Bismillah.

I don't know apa simboliknya, but last year, my Ramadhan post in on the 4th.
Same goes to today, the 4th Ramadhan.
Best month ever. And this month, Im here with IBM.
Alhamdulillah, dipermudahkan sepanjang 3 hari bekerja ni.
Perkara utama dalam bulan puasa ni, mestilah kena ada niat.
Niat berpuasa:

Dan, kerajinan utk beribadah. Paling senang, solat terawih.
Bukan calang orang yg rajin terawih ni. Ada je halangan nye.
Masa tu la nak tengok drama, masa tu jugak la ade kerja lain.
Dapat buat yang ringkas pun cukup, tapi kalau dapat buat lebih, berlipat ganda lah ganjarannya.
Rajin ke tak je :)

Dan yang paling happening sepanjang Ramadhan, mestilah bazar Ramadhan.
Boleh kata semua jenis makanan pun ada dekat bazar, dan ramai lah jugak orangnye.
Kalau datang lepas pukul 5:30 petang, memang macam tin sardin la nak lalu.
Lagi pulak, bila ada orang kat depan jalan slow-slow.
Lapar taw kita yang duduk belakang dye niy.
Yang niy, bazar Jln Kuching. Silalah melawat!

Semoga dalam kemeriahan ni, kita saling mengingati yang susah.
Dan selalu beramal utk kebaikan.

Salam Ramadhan!

June 27, 2014

Wedding List #30 [Review : Wedding Album]

Bismillah.

Well, finally dapat semua wedding album. Dan perasaan agaka kecewa, mungkin terlalu overestimate kot dengan kualiti album tu. Actually, we have both side on photographer, dan its easy to work with my photographer. But his one deliver much more quality than mine.

This is my experience with my photog. I think its normal untuk photographer tu ambil masa yg lama utk siapkan album kita. And ya, kadang-kadang I feel marah jugak, sebab satu je album nya. But then, reconsider dan I know I'm not the only customer.

Ah, anyhow, I am bit disappointing for the result. It should have be better than this. It looks totally out from professional look, sangatlah simple dan I cannot bare looking at it. Although inside, the story telling is good, dan I love how they arrange the pictures, and when it comes towards the end, feel disappoint again. They leave too many blank pages. Oh ya, then i remember, I'm paying RM1,850 only. ONLY, but enough to make me feel its expensive enough.

No point of taunting, result was made. And things I can do is, to reprint new album for my self. Know what, sometimes, we do feel like we can do much better than other people but we don't have the time & correct contact.

#Will update all album soonest.

June 26, 2014

Heavy Flu Dan Saya

Bismillah.

Just updating current news for the day.
Meeting telah berjaya di cancelkan. So boleh la on9 kejap.
Oke. Recently takde pegi mana-mana yang havoc pun.
Cuma menjadi rakyat jelata yang baik, duduk rumah.
Sebab x mampu nak berjalan bagai bila hidung ni srot-sret.
Ya, getting heavy flu. Feel like almost having fever. Tapi still standing.
Dan amsih ke pejabat menjalanai rutin harian. Hahaha.
Tetiba menggunakan bahasa melayu dengan hampir 80% accuracy.
Sangatlah pelik ya.

#Gambar Note3 buat motivasi untuk terus bekerja dengan jaya.

June 16, 2014

Masalah Sign-in Yahoo Account

Bismillah.

Pada jam 1 pagi yang mulia ni, bergaduh dengan Yahoo kejap.
Sebab all my access has been revoked dan I am very angry.
I don't remember changing password for past few months.
Dan secret question pun memang bukan soalan yang susah.
Akaun ni created on 2013, tapi soalan cepumas diorang is,
Where you go for honeymoon?
Date created May, 2009.
Ehh, hello incik Yahoo. Kaye pulak saye pegi honeymoon mase saye tgh belaja ye.
Pastu alternate email, pun same jugak.
Tak boleh nak log in. Apelah halnye incik Yahoo mempermainkan saye.
Sampai hati incik Yahoo. Walaupun saye stress,
saye tetap berusaha untuk melepaskan diri dari masalah ni.
Dan incik yahoo punya FAQ langsung tidak membantu.
tulis macam berharap incik Yahoo baca :'(

Well, in case sesiapa yang mengalami masalah sama.
Step pertama:

Step kedua:
Sila pilih jawapan. Dalam kes ni, tuan tanah mengalami masalah password :)

Step ketiga:

 
Sila masukkan emel id yang nak di-reset password.

Step keempat:
Skrin incik Yahoo akan tunjuk 3 options, bergantung kepada akaun tu, seperti;
1) Alternate email
2) Reset password through phone number
3) Enter verification code (nak check korang manusia ke tak, hihi)

Korang ikut je lah ape incik Yahoo ni buat ye.
Dan kena ingat apa soalan rahsia yang korang letak masa create akaun dulu.
Nasib la tuan tanah letak soalan simple je.
Good luck ye!

#seb bek da selesai. Alhamdulillah :)

June 04, 2014

Wordless Wednesday

Bismillah

June 03, 2014

A Day I won't Forget

Bismillah.

Best afternoon ever, dapat call dari front desk.
'Ms Alya, we have a bouquet for you. Please help to collect from 19th floor'

Dengan muka senyum sengih. Jalan pun macam orang mabuk laut. Aku pun datanglah front desk. Ahh, berbunga-bunga hati macam bunga ros 12 tangkai ni. So sweet. Really, aku tak sangka benda ni betul terjadi. Tapi memang betul la untuk aku bunga tu. (^0^)

Pesanan yang datang sekali dengan bunga tu berbunyi macam ni,
'Be strong and you will always have me to lean on'
Demm, sweet kuasa dua. You know just the time I was in deep trouble. THANKS!

I LOVE YOU!
I LOVE YOU!
I LOVE YOU!

# gambar selfie dengan bunga, tapi kena crop :3

June 02, 2014

Kisah Encik Monopod

Bismillah.

Since monopod ni sangat lah trend. Aku pun dengan segera menjoinkan diri. Well, sebenarnye tak lah kemaruk selfie sangat. Just untuk buat kerja jadi mudah je. Kita kan takde DSLR. Susah nak amek selfie reramai. So solutionnye adelah monopod. Tapi buat masa ni belum nak guna lagi. Sebab aku takde nak pegi memane pon. Ini Monopod & Shutter nye.

Dah try guna, tapi since gambar yang X rated, so tak boleh publish, Hahahah.

May 25, 2014

Visiting Cameron

Bismillah.

Pada hari Sabtu yang dingin, kitorang berangkat ke Cameron Highland. Its a friends trip to holiday. Sebab lepas dari Langkawi Trip last year, kitorang takde keluar beramai-ramai lagi. Plan asal nak pegi Pulau Perhentian, tapi atas dasar kemanusiaan, (ada yang tak dapat permission parent) so kitorang pegi dekat je. Well, diorang ni sume pangkat kakak-abang, tapi still ada masalah permission. Pelik je aku.

Kitorang 2 cars from KL and 1 lagi dari Pasir Mas.We gonna meet up kat Pasar Pagi. Dalam pukul 8, kitorang sampai kat Lata Iskandar. Pagi-pagi, kena angin air tejun, sejuk sampai tulang sum-sum. Tu belum mandi lagi kat dalam. Celup tangan pun dah rasa macam cerita Frozen.

Singgah sana few minutes then terus bergerak ke Brinchang. Nampak macam-macam orang pagi tu. Ada yang pakai seluar pendek je bawak motor. Gila cool. Tak sejuk ke pakcik tu eh. Perut da lapar niy sebenarnya, tunggu nak makan je lagi.

Dalam perjalanan, kitorang singgah kat Bharat Tea Plantation. Strolling around sampai bawah, selfie dengan pokok teh. Sempat lagi minum teh masala, rasa macam teh berempah. Nasib tak teruk sangat rasa rempah dia.
Next singgah kat Taman Agro Tourism, tinggi kat atas bukit. Ada satu Exora tu, x boleh nak carry berat sendiri. Sampai berasap dah tayar. Ngeri. Kat tempat ni, aku tengok kobis sangat cantik dan mekar gebu. Geram pulak rasanya. Strawberi tak berapa nak menjadi, mebi bukan musim kot. Tapi nampak roses; putih, merah, pink, kuning, Ugh! Stres tetiba sebab aku tak beli. Oh, jangan jeles. Aku dapat makan aiskrim strawberi. *hihihi

Hentian seterusnya, kitorang pegi Lavender Park. Yang paling aku geram pasal tempat ni adelah, bunga lavneder baru nak tanam. Bunga lain banyak lah. Tapi nasib baik aku suke bunga Petunia. Pastu, kitorang naik sampai atas. Ada bunga yang boleh dipetik sendiri. Harga RM2 setangkai, cantik bunga tu semua. Mekar sangat.

Best part is that, aku nampak sorang anak cina ni. Pakai baju kuning ade ribbon, kiut sangat. Aku follow die senyap-senyap pastu amek gmbar curi. *ala-ala paparazzi berjaya dah gaya aku

Next, kitorang check-in kat Desa Anthurium. Dan amek peluang untuk membuta. Kebetulan pulak petang tu hujan sampai dekat 9 malam. Rugi sangat tak dapat pergi pasar malam. *sedih

Tapi kitorang tetap keluar, pegi makan malam. Sebab masing-masing pun perut lapar. Kitorang cari makanan sikit untuk alas perut esok pagi. Pastu balik apartment.
. . . . .
The next morning, kitorang bangun awal. Tak dapat tengok sunrise tapi morning breeze sangat best. Bersiap-siap nak ke Pasar Tani. Aku sempat beli selonggok sayur untuk mak, beli jagung, beli strawberi, dan beli poncho untuk diri sendiri sebab opis ekarang sangat sejuk. I need sweater.

Afterwards, kitorng singgah lunch kat Tanah Rata and terus head to Cameron Valley. Kat sini, aku tak turun beramah mesra dengan pokok teh sebab kaki dah krem. Biase kalau sejuk sangat memang kaki aku jem cepat. So aku biarkan je orang lain turun.

By 1, we wave goodbye to everybody. sebab kan da nk terpisah. Balik pun rumah masing-masing. Till we meet again guys!

May 23, 2014

My May

Bismillah.

Things are getting better recently.
Ah, just got back from Ho Chi Minh.
Insyallah. Full review once I have some rest.
We have May fully booked with events.
Going up to Cameron Tomorrow morning.
I love this hectic life.
I'm enjoying my sleep more than I used to.
Alhamdulillah, still given breath & life.

#Tgok gambar strawberi sebelum pegi Cameron
#Peace