April 06, 2016

Dah Kena Masuk Kerja !!

Bismillah.

Alaaa, kejap nye masa.
Malas betul kena bangun pegi kerja.
Kalau lah mampu, nak cuti tanpa gaji je sebulan lagi.
Hmm, tapi apakan daya.
Alrighty, 1-Apr start kerja.
Rasa nak nangis tinggal budak kecik kat rumah.
Cukup ke susu? Dia x nangis ke?
Although tinggal dengan nenek dia.
Tapi risau tu still ada lagi.
So far, 1st day tinggal dengan nenek.
Dia punya grumpy, sampai taknak tido.
Sikit nangis. Untung Hana ada nenek yg jaga.
Kalau tinggal kat pengasuh, lagi risau kot.
Wuuu.

Persiapan pegi kerja sebagai ibu yg menyusu:
1) Cooling Bag
Beg susu ni kalau boleh beli yg ada lapisan tebal,
sebab nak simpan susu bia elok.
Pastikan dlm beg susu ada ice box, in case office takda peti ais.
Ice box boleh isi air dan freeze sampai beku.
2) Alatan Pam Susu
Ada macam-macam jenis. Pilih yg sesuai dgn badan.
Sebab baby ni ada macam-macam gaya menyusu.
Pilih yg paling hampir, supaya susu pun x terkejut.
3) Botol / Pek Simpan Susu
Aih, dah pam susu, nak simpan mana.
Kena masuk dlm bekas yg sepatutnya lah, kan kan.
4) Breast Pad
Yang ni sesuai kalau baru-baru masuk opis.
Susu ada tindakan reflect, so kadang-kadang boleh keluar susu.
Walaupun baby dekat rumah.
Tengok tu, kuatnya ikatan ibu anak.

Banyak barang-barang diatas, aku beli masa berpantang haritu.
Online shopping sudah.
My fav baby store: Marissa_shoppe@instagram
Laju dan pantas sgt servis nya.

March 25, 2016

Berpantang Ke?

Bismillah.

Kisah berpantang dengan mak mertua.
Most of ud, kalau ditanya pasal berpantang ni, mesti nak duduk dengan mak,
Sebab itu mak kita kan. Kita dah biasa dengan dia.
Takde malu-malu.
Tapi, the thing is, my mommy working.
Its not school holiday jadi dia kerja.
But well, berpantang dengan MIL pun ok what.
Tapi x boleh la nak mengada macam pantang dengan mak,
My mak mertua, gigih orangnye.
Pagi2 rebus air akar kayu apa tah, buat mandi.
Siap tangas lagi. Mana nak dapat org bertangas lagi skrg.
Walaupun dia macam x cukup tangan tapi, dia amatlah gigih.
Aku pun kagum, macam ni mak laki aku.
So those days went by, paling x boleh lupa.
MIL bagi makjun. Makjun yg berbentuk sebiji bola ping pong.
Rasanya sampai ke mati boleh ingat kot.
Pahit ya rabbi.
Dr sebiji bola pingpong tu, aku pecahkan jadi 8.
Itu masa mula-mula kena telan makjun tu lah.
Lepas da 5 6 biji, 1 hari sebiji ok.
Dah pandai sikit, terus mix dengan air.
Tutup hidung, telan sekaligus.
Pastu telan air masak laju-laju.
Sebab pahit tu, memang x kan hilang dgn kadar segera.
MIL kata, dia dulu 2 biji kena telan sekali.
Tak boleh minum air. Aku 'errr' X mampu weh.

Makjun ok, bukan coklat.
Pagi lepas mandi, lepas tangas, pegi urut badan, tungku.
Masa ni la nak lelap, berkeruh tido.
Sedap badan kena urut, tungku pun suam-suam je.
Part last sekali, kena bungkus.
Bengkung sekali perut sampai ke peha.
Kenapa? Sebab nak bagi perut tu kempis cepat sikit. Hewhew.
Takde lah, pakai bengkung sebab tanak angin-angin sepui bahasa masuk perut.
Cepat sikit sihatnye.
Actually, masa pantang ni x elok makan ikan masin.
Sebab nnty miss V berbau, tapi ada sesetengah kita kan ikut je cakap org tua.
Sampai lah, klw ada peluang, terus minta mknn lain.
Pantang adalah masa yg paling banyak utk bersama baby.
Tengok keletah baby, dia nangis, dia senyum, ketawa.
Kadang-kadang rasa mcm baby ni macam rasa dia dlm perut lagi.
2 bulan pantang tu macam kelip-kelip.
Kejap sangat, dah kena prepare nak masuk opis balik.
Kalau gigih, kena simpan stok susu awal-awal lagi.
Tapi jenis main-main mcm aku, 2 minggu nak masuk kerja, baru sibuk.
Jangan macam tu ok.
Banyak pantang larang kalau betul ikut org tua punya pantang.
Walaupun zaman moden ni, jangan ambil remeh hal pantang.
Sebab, badan kita tu je satu. Takda ganti.