December 02, 2019

Melaka - Ladies Day Out

Bismillah

Trip Melaka dengan mak dan adik-adik.
All ladies, lelaki tinggal rumah jaga anak.
Rancangan nya nak ke macam-macam tempat.
Eh, boleh pulak banyak yg tutup hari Ahad.
Kesimpulannya, lepas ni mak mesti datang lagi.
Semata-mata kerana keria dan coconut shake.
Melaka tak panas the whole day.
Sejuk, berangin saja.
Cuma, yg menyakitkan hati adalah.
Lebuhraya PLUS yg jem dari Melaka bawa ke Seremban.
Bertabahlah mak.
Sampai rumah pukul 2 pagi.
Walaupun keluar dari Melaka pukul 6 petang.
Masyalllah.
Ini Encore, Impression City.
New development dekat Klebang.
Angin kuat sangat, dan nice spot untuk bergambar.
Walaupun kedai asam pedas viral banyak nya masih belum buka.
Mak still makan asam pedas yg sedap dekat Kota Laksamana.
Sekian dari mak.
aka Driver for the day.

Oh, boleh pulak nak keluar sepanjang hari tapi mak lupa charge penuh.
Nasib lah pam susu mak mampu bertahan sampai pukul 9 malam.