November 11, 2011

Dawai Kokot

Fasa Satu
 
Setajam dawai kokot , tapi segalanya masih terbuku dihati . Menanti masa untuk memaku tepat pada sasaran . " Sedangkan kertas yang tebal mampu aku jadikan sahabat baik . Inikan pula antara aku dengan dia . " , kata kokot itu bangga . Secara teorinya , dawai kokot berfungsi sebagai tulang belakang untuk stepler . " Boleh digunapakai juga . Mati boss kalau aku takde . " , kokot semakin berlagak . Tidak pedulikan semua yang hadir dalam dewan besar itu . Masih bercanang untuk menjadikan dirinya sebaik stepler . Sesekali hadir dalam dirinya ," Mampukah aku ? " . Tapi ditolak jauh pemikiran itu memandangkan kelibat boss yang tak jauh beza dari dirinya . Mungkin tidak pernah difikirkan , orang yang jauh beza pendidikan dengannya mampu merampas kedudukan yang selama ini kokot itu idamkan . Hatinya bengkak , sakit hati memikirkan kekayaan dunia yang semakin menjauh tatkala bossnya si stepler itu merangkul anugerah bertubi-tubi saban tahun . Apakan daya , kokot masih lagi kokot , orang bawahan .

" Azyllea ! " jerit En  Akmal . " Apa yang kamu buat ? Mana teks ucapan saya ? Bukankah kamu sepatutnya hantar pagi tadi ? " Urgh ! Bertubi-tubi soalan . Dalam kelat , Azyllea bangun menundukkan sedikit kepalanya , " Maaf En Akmal . Saya akan hantar sebentar lagi . " " Alasan . Lagi-lagi alasan . Kamu jangan sampai saya humban kamu dari syarikat ! " , herdik En Akmal . Malu Azyllea dibuatnya , satu pejabat dengar . Kumpulan si gedik sudah mula menjuih-juih bibir , mengumpat . " Ah , stress . ", bentak hati Azyllea . Bukan sengaja dia mencari alasan , tapi teks ucapan itu bukan kerjanya . Itu tugas si kerani gedik yang Akmal simpan . Hanya tahu bising , bodek dan ampu . Azyllea masih lagi mengomel , jemarinya ligat mencari fail . Entah mana disimpan teks ucapan itu . Hatinya gelisah memikirkan En Akmal yang bila-bila masa saja akan datang semula ke biliknya . Lantas dia mencari dalam folder pejabat . " Mungkin disini . . . Ahaa ! Bagus . Aku jumpa kau . " , lantas menghantar arahan mencetak dari komputer . Lega hati Azyllea . Tapi itu baru 30% darinya . Herdikan En Akmal masih belum berpenghujung . Azyllea lantas meletakkan helaian kertas teks ucapan itu ke meja kerani En Akmal . Malas mahu jejakkan kaki dalam ruang si stepler berlagak itu .

En Akmal bukan sesiapa pada Azyllea , sepupu jauh dan hampir tidak mengenali antara satu sama lain . Akmal punya kedudukan dan harta , Azyllea punya keluarga bahagia . Ayah dan ibu yang amat memahami . Dulu , Azyllea pernah bersekolah rendah dengan Akmal . Tapi tidak lama , ayah ibu Azyllea telah menghantarnya ke sekolah asrama penuh bermula tingkatan satu . Pengasingan yang lama itu berjaya menghasilkan segenggam ijazah ditangan Azyllea . Dia anak kebanggaan Ayah dan ibunya . Puas ditahan rindu untuk pulang kerumah tatkala pertama kali menjejakkan kaki jauh dari rumah . Tapi perasaan itu tidak lagi menjadi beban setelah Azyllea memulakan penggal kedua . Dia bahagia bersama rakan-rakannya , lagi-lagi Maryam . Maryam dan Azyllea tidak dapat dipisahkan sejak mula-mula mendaftar di Sekolah Syed Al-Attas . Punyai kamar yang sama dan lokar bersebelahan , Azyllea dan Maryam menjadi kawan rapat semenjak itu . Walaupun Maryam tidak mampu menjejak kaki ke pengajian tinggi , sokongan padunya kepada Azyllea banyak membantu . Bagi Azyllea , Maryam tegas dan mampu berdikari . Azyllea pula , anak manja yang kini belajar berdikari . . .