January 07, 2014

Wedding List #11 [Borang Perakuan Nikah]

Bismillah.

Alhamdulillah. My borang nikah dah settle.
Nak cerita sikit steps niy.
Hanya terpakai untuk penduduk KL yang akan bernikah dengan orang KL.

1) Ambil borang kat Jabatan Agama Islam @ JAWI.
Alamat: Pusat Islam, opposite Masjid Negara.
Masuk kedalam & park kereta at visitor car park.
Naik atas dan cari eskelator.
Memule, masa pakgad cakap, naik tingkat tiga, mak hai tingginya.
Lepas dah masuk Pusat Islam, rupanya sebelum naik eskelator.
Itulah Ground Floor. Diulangi, Ground Floor!
[Semua sebab permukaan tanah kat Pusat Islam adalah berbukit]
Hohoh. Naik eskelator, tadaaa. Sampai dah tingkat Dua.
Dari eskelator tu, ambil kanan dan terus ke Bahagian Perkahwinan.
Cari pintu belakang Library, dan naik tangga ke tingkat Tiga.
Ambil nombor dan tunggu giliran ya.
Borang-borang akan diberi oleh petugas di kaunter.
Sila tanya kalau ada kemusykilan, sebab kita niy berlainan kes nya.
Ambil borang free ajer.
Borang 1
Memohon kebenaran untuk bernikah (2 salinan)
Borang HIV
Kebenaran untuk menjalani ujian saringan HIV.
Borang Mastatutin
Untuk yang menetap di KL (berasal dari luar).
Borang PengesahanWali
Kalau wali tak menetap di KL.
Borang Wakalah
Mewakilkan wali.
Jangan risau, petugas akan tandakan bahagian senarai semak.
Jadi, kalau keliru, boleh check semula :)
Kebiasaannya, pihak lelaki akan selesaikan bahagiannya dulu.
Perkara lain yang dikepilkan bersama:
~Sijil Pra-Perkahwinan Asal & Salinan.
~Dua salinan IC.
~Surat perakuan bujang bagi lelaki.
~Keputusan saringan  HIV.

2) Ujian Saringan HIV
Boleh buat di mana-mana Klinik Kerajaan sahaja.
Senarai Klinik & contact number boleh dapat dari pautan JAWI.
Untuk kami, yang paling hampir is Klinik Jinjang :)
Takde temujanji necessary, terus datang je.
Pagi dari pukul 8:00 hinggan 12:00.
Dan petang dari 2:00 hingga 5:00.
Masa yang diambil untuk tnggu giliran = sangat pantas.
Tapi, masa yang diambil untuk tunggu keputusan = 1 jam ++.
Jadi, sabarlah ye menunggu di klinik.
Bolehlah pegi makan dulu, hehe.

3) Kursus Pra-Perkahwinan
Pada masa ni, kursus perkahwinan boleh dibuat di mana-mana.
Tapi pastikan memang sah dan berdaftar dengan Jabatan Agama taw.
Last time, kami buat di Wangsa Maju.
Kursus akan dibuat selama dua hari.
[Satu hari setengah je sebenarnya, on weekend]
Bayaran: RM80 per person.
Makanan: Ditanggung.
Jadi, tugas anda, duduk dediam dan beri perhatian.

4) Surat Akuan Bujang
[untuk lelaki sahaja]
Boleh buat sendiri, @ minta salinan dari HR.
Pastikan dapat pengesahan majikan ya.

5) Pengesahan dari Kariah
Sebagai contoh, Yaya orang Parlimen Batu.
Jadi, ada beberapa masjid dalam kawasan Batu.
Pilih satu yang ada Jurunikah.
Set time & date, jumpa beliau dan minta pengesahan.
Biasenye yang niy, minta abah yang buatkan pun boleh.
Sebab perempuan seganlah, jumpa tok kadi. Hewhew.

Yay! Hampir siap.
Last but not least. Kena lah sahkan borang yang dah diisi niy.
6) Terus ke JAWI
Tunggu nombor giliran dan serahkan borang pada petugas.
Kalau nak cepat siap, datang pagi pukul 8:00 taw.
Dan jangan lupa bawa duit, sebab kita kena bayar processing fee RM25.
Akhirnya, dapatlah borang yang berwarna hijau macam contoh niy.

Dengan pengesahan niy, anda sudah boleh bernikah bila-bila masa.
Oke, camne, senang kan sebenarnya.
Tapi sebab kita takde pengalaman, dan bahan rujukan pun kurang.
Jadi serabut sikit. Jangan pening-pening oke.