February 08, 2014

Kita ke Bali - Day 4

Bismillah.

Our last day here! Bangun lambat sikit untuk sarapan. Hari ni kitorang start journey lambat sikit, barang pun belum kemas lagi. Kitorang stroll again sekitar kawasan hotel and sightseeing tengok orang Bali punya aktiviti pagi. Dalam tengahari, Nyoman datang and we head straight to,
Kirrin Coffee Factory
Kali ni memang factory yang besar. Hasil diorang ni dieksport merata dunia. Dan kitorang pun tak terlepas untuk beli kopi. Sebab bau dia sangat wangi. A quick tour dalam kawasan kilang tu, kitorang dah faham macam mana susah nk pilih kopi yang baik. Ada 3 jenis kopi yang dijual kat sini. Kopi putih, hitam dan luwak. Kitorang beli kopi putih, 6 bag at Rm120. Saja nak try apa rasa kopi ni.

Seterusnya, kitorang ke pusat membeli-belah yang baru kat Denpasar.
Krisna Mall
Kat sini, ada segala macam souvenir untuk bawa balik Malaysia. Dari sekecil FM sampai lah ke baju dan kain batik. Ada kain pario yang corak cantik. Tapi kitorang borong keychain la paling banyak. Lain-lain hiasan tu just untuk mereka yang ada display rack je. Ada beli few t-shirts dan baju tidur. Lepas tangan rasa berat, sebab barang banyak, baru kitorang beratur kat kaunter pembayaran. *hahah Masuk dalam tempat ni, kena lekat sticker.

And pukul 5, kitorang dah ada kat Ngurah Rai Airport. Flight kitorang kol 7 arini. Lepas say goodbye kat Nyoman, kitorang pun terus cari makanan, sebab super lapar. Berlapuk kejap kat Airport tunggu flight. Ah, nak jadi cerita, lepas check-in, ade lah agak 4 kali announcement made mention that boarding gate bertukar. Dari elok-elok Gate 6, turun Gate 4, then suruh kitorang pergi Gate 9, at the end, Gate 10.
*Geram
Lepas tu, masa nak take off, ada misscommunication dengan tower dan kitorang x depart on time. Well, kena lah tunggu giliran. Landasan jem teruk hari niy. Apa kau rasa bila flight front tyre dah naik tapi lepas tu break emergency. Konfem jantung rasa macam nak tercabut kan. Kesudahannya, pukul 9 baru flight depart. Dan sampai LCCT pun dah after midnight. Nasib baik ada bas lagi untuk balik rumah.

What a journey to Bali.