May 05, 2014

Misi Kain Cotton - Day 4

Bismillah.

Hari terakhir kt HCM, pukul 10 baru aku nak bangun. Tak peduli pun semboyan yang bunyi pagi-pagi tu. Mengantuk sangat. Dan rasa macam dah sayang je nak tinggalkan katil tu. Hari ni memang plan nak keluar tengahari. Terus check out. Lambat je tangan nak bergerak. Sumpah sangat malas.

Sebelum keluar, sempat lagi snap gambar sikit. Buat kenangan kat HAD. Akak receptionist hari ni rajin senyum. Lega bukan akak yang hari tu. Dah dapat balik passport, yay! Sementara tunggu transport, aku pun menyempat lagi bergambar dengan semua yang ada kat situ.

On the way to Ben Thanh,
*kenapa selalu sangat Ben Thanh ni muncul dalam blogpost aku? Sebab tu kira town kat HCM, ada bus station, ada pasar yang besar, banyak kedai makan, pusat pasar malam dan macam-macam lah. So when ever transiting to HCM, you'd sure visit Ben Thanh.
aku sempat ucapkan selamat tinggal kat bangunan tepi jalan. Lepas ni serius takkan nampak lagi rumah yang selim-melim amcam kat sini. Well, memandangkan sume orang Vietnam rata-rata bersaiz kecil. Aku datang sane, rasa macam besar sangat je. Agaknya apa rahsia diorang kecil eh.
*isk isk

Jejak kaki kat Cho Ben Thanh, kitorang mulakan misi dengan makan tengahari. Perasan tak aku tak skip waktu makan. Sebab aku memang hantu makanan. Wajib makan! Ok, makanan hari ni, kitorang singgah kat kedai bertentangan dengan Hajah Basiroh. Kedai Basiroh ni, kurang sedap pada aku. Tapi tu hak semasing. Kat kedai depan tu, aku order Pho, Kuetiaw. Nak try makan pho kat kedai ni pulak.

Rasa boleh tahan, tapi abang yang jaga kedai tu lagi bolehh tahan. Sweet je muke merah-merah.
*Ni bukan aku yang cakap ok
Kitorang pun makan dengan lahapnye, sebab kemungkinan besar sampai malam kitorang tak makan. Pastu yang paling aku hepi, makanan tu paling murah kitorang makan sejak datang HCM ni.
*rasa cam nak lempang diri sendiri lelaju

Masa borak-borak dengan abang tu, dia ada lah bagitaw pasal dia ada buat tour ke Mekong. Dijamin halal punya. Kitorang dah terlepas pun. Padan dengan muka sebab tak tanya dulu. Last round shopping kat Cho Ben Thanh, aku sempat sambar dua pasang kain untuk buat jubah. Warna turqoise tu menarik perhatian tapi aku tengah kira gak nak buat baju apa. Sebab kain tu macam over sangat kalau buat jubah, nanti segan la nak pakai pegi solat terawih. Ada banyak kedai sekitar Malaysia Street, dengan nama macam kenal, cth:

Telekung lycra kat sana dah evolve dengan lace border pun, harga RM30. Ada jugak kurung moden yang bertingkat-tingkat, harga RM120. Kalau kat KL, harga lebih kurang RM200 dah tu. Sesuai sangat untuk orang yang nak meniaga. Gambar dalam Cho Ben Thanh waktu takde orang. Sebab takde orang, aku rasa ramai rakyat Malaysia dah balik da. Kalau tak, penuh je dengan muka orang kita dalam nih.

Sempat lagi shopping t-shirt untuk pakai sendiri. Asyik beli untuk orang je, kesian la diri sendiri yang takde ape. Dalam jam 4, masing-masing pun dah kering duit Dong. Kecuali yang sorang ni, setiap not dia simpan lagi. Dari paling besar sampai lah palin kecil. Korang jangan ingat die tak shopping. Dia paling banyak berhabis, sebab pakai duit RM. Duit Dong sampai tak berusik lah.

Luggage kitorang yang besar gedabak tu dikutip semula dari menumpang. Kesian dia. Sebab dah bosan, (padahal duit dah habis) terus kitorang berangkat ke Airport. Sebenarnya aku cam pelik jugak, kenapa customer yang kena bayar parking kat airport. Gambar sepanjang perjalanan, bangunan kerajaan rasanya ni.

 
Motif gambar yang last tu, nak bagitahu kat HCM ada lane khas untuk pemandu motor. That's why diorang dok belah kanan korang je selalu. Sampai kat airport, kitorang cari port baik dan melepak. Aku sempat berjalan-jalan lagi meronda Tan Son Nhat tu.

 
Cantik betul orkid kat dalam airport ni. Banyak gambar orkid je aku snap. Flight kitorang pukul 9 malam. Dalam pukul 7 baru ramai yang datang beratur kat depan kaunter. Dan semua pun muka melayu je, macam HCM dah kena invaded by us. Tak sedar dah nak balik KL.

Masuk dalam flight, tunggu makanan. Nak makan malam. Lapar! Dinasihatkan untuk pre-order makanan sesiap. Sebab masa balik tu mesti lapar gila. Tu pun aku nak beli Maggi cup lagi, nasib lah attendant cakap tak boleh buat. Terus kecewa sebab tak dapat makan Maggi.
*Lepas makan tido

Jejak kaki balik Malaysia, sakit mata aku tengok LCCT. Semak samun sangat. Tahu lah dah nak pindah KLIA2, tapi at least maintain la kebersihan semua. Lepas ni kalau naik Air Asia lagi, kena pergi KLIA2. Kutip beg dan cabut.

Sampai rumah pukul 3 pagi, terus mandi dan tidur. Memang jet lag betul. Nasib dah apply AL hari Selasa.

# Perjalanan ke HCM, 4 hari 3 malam ditanggung sepenuhnya oleh diri sendiri. Tiket Air Asia dah beli masa bulan Februari. Selamat untuk solo traveller dan ladies. Tapi berhati-hati dengan snatch theft. Untuk kemudahan, boleh cari penginapan di area Ben Thanh. Public transport sangat pantas. Kalau mampu, bole sewa motor. Makanan halal sangat mudah dicari sekitar pasar, tapi mahal. Jangan lupa untuk try Kopi Susu.

Overall, perjalanan kitorang memang awesome! Next trip, aku belum plan habis lagi. Bye!
# Oh, abaikan tarikh kat gambar tu sebab dia laju satu hari.

May 04, 2014

Misi Kain Cotton - Day 3 Part 2

Bismillah.

Lepas dari Coconut Candy making, kitorang semua menapak lagi sampai satu jeti kecil. Well, its our next pit stop.
Boat Ride
Boat tu sangat comel. Besar dan boleh muatkan satu kompeni bas. Bila pakcik mula hidupkan enjin, derummm, bunyi je aku taw dah. Kitorang nak lalu Sungai Mekong ni. Sungai ni sangatlah besar. Merupakan nadi negara dan bersambung sehingga 5 buah negara lain. Kalau nak lari masuk negara orang lain, bolehlah cuba guna sungai ni.

Tapi nanti kalau kena tahan, jangan cari aku.
*Hihihihi
Menyempat je snap gambar awek Jepun ngan awk Korea tengah cari tempat duduk. Takde kaitan pun padahal. Sepanjang perjalanan, ada banyak lagi bot besar yang membawa pelancong macam kitorang. Ah, lupa nak cerita, dalam bas ni, ada lebih kurang 12 orang Malaysia. Semua perempuan. Mane tak rase macam nak balik kampung je.

Pemandu Pelancong macam biasa lah, bagi penerangan pasal sungai. Kitorang mengelamun. Tengok sungai, nampak masa depan. Tapi gelap je. Fikir pasal duit Dong dah nak habis sebab shopping tak ingat dunia.

Pit stop seterusnya,
Lunch Break

Kat sini, aku jumpa banyak tanaman. Macam kebun tapi dah dikomersilkan. Kemas dan tersusun rapi. Well, sebenarnya kami ada jumpa satu mamat ni from Chad, katanya dia Muslim. Married man and wife die from Canada, kalau tak silap la, aku lupa dah.

Bila sampai menu kat tangan, mula lah perati satu-satu. Kata Pemandu Pelancong, yang free tu meal No.19 sahaja. Ha!! Terkejut beruk kau tengok menu. No.19 Steamed Rice with Fried Vegetable and Fried-Pork and Egg. Larat tekak kau nak makan? Memang aku biar je makanan tu tersisa. Mamat Chad tadi aku tengok lahap je makan, bini die orderkan makanan Vege je untuk die.

Sebab tahap ke-syubhah aku tinggi. Aku malas nak tunggu orang habis makan, so aku mula lah berjalan-jalan sekitar kawasan tu. Ada cempedak, sedap kalau goreng tu. Nampak pokok-pokok bunga kecil yang comel.

 
Lepas tu, naik bot dan berhenti kat jeti besar sebelum transit naik bas. Pit stop terakhir untuk hari ni,
Pagoda
Rumah pagan orang Budha. Aku sempat beli aiskrim sebab kepanasan tahap melampau. Pastu dah rasa bosan nak masuk kawasan rumah pagan. Ada statue Budha from past, present and future. Ada yang berdiri, duduk, dan terbaring. Macam-macam ada. Aku sempat snap pokok bunga kertas ni je, sebab rimbun sangat.

After visiting here, aku dah off camera dan tidur. Sedar-sedar dah nak sampai pekan Ben Thanh. Kitorang sampai pun masih awal, so singgah untuk makan. Dah seharian perut kosong tak terisi. Makan memng melampau betul hari ni, bil sampai 900,000 Dong. Kau mampu makan sampai ratus ribu. Aku pun telan air liur nak bayar. Susahnye nak cari makanan halal yang murah.

Petang tu, kitorang singgah pasar malam. Barang-barang souvenir lebih murah dan boleh tengok banyak pilihan. Tapi kitorang tak lama lah, sebab dah mengantuk tahap mata kena gam. Carilah taxi balik apartment. Pastu, tetiba hangin sebab pemandu taxi tu boleh pulak sesat. Agh! Patut pukul 9 dah sampai apartment. Dia punya pasal, pukul 11 kitorang sampai. Dah la dia yang sesat, pastu siap nak bising mengomel lagi. Ade aku cili gak mamat ni kang.

*Geram

Misi Kain Cotton - Day 3 Part 1

Bismillah.

Masuk hari ketiga. Pagi di HCM dikejutkan dengan bunyi semboyan. Sampai ke sudah aku tak tahu kenapa ada bunyi semboyan pagi-pagi. Kami dah berada di Ben Thanh tepat jam 7. Hari ni akan ke Mekong Delta! Akhirnya tercapai juga hasrat nak ke Mekong.

Kitorang sempat singgah di kedai serbaneka, beli air mineral dan sedikit roti untuk alas perut. Sebenarnya, trip kami ke Mekong Delta ni fully Non-Muslim package. So kemungkinan besar memang kami takkan makan makanan yang disajikan. Since bas akan datang lepas 7:30, kitorang pun merayau la sekitar kawasan tu.

Memandangkan motor pun belum banyak lagi atas jalan raya, kesempatan ni kitorang ambil untuk bergambar dengan statue famous kat Ben Thanh. Rasanya itu simbolik kemerdekaan Vietnam. Apa lagi, posing lah depan patung yang terletak di tengah-tengah roundabout.

Dan yang ni adalah Cho Ben Thanh atau Bahasa Melayu nya Pasar Ben Thanh. Sedap je posing pagi-pagi. Bas ke Mekong tiba dalam 7:45, a few pit stop untuk ambil penumpang dan last kami bertukar bas. Rupanya, bas ke Mekong Delta dan Cu Chi Tunnel adalah berbeza.

Lebih kurang pukul 8:30 baru kitorang keluar dari kawasan pekan dan mulalah perjalanan ke Mekong. Kata Tour Guide, perjalanan ambil masa dua jam. Sempat lagi kalau nak tidur ni. Sepanjang perjalanan, nampak deretan sawah padi, negara ni pengeluar beras juga rupanya. Ingatkan Kedah aje jelapang padi.

Paling peliknya, bila tengok ditengah-tengah sawah tu, ada kubur. Kata Pemandu Pelancong, bila seseorang tu meninggal dunia, dia akan dikuburkan di atas tanah dia. Jadi, kalau kemudian hari anak-anak cucu nak jual tanah, mereka diibaratkan jual mak atau bapa sekali. Panjang lebar Pemandu Pelancong cerita.

Siap cerita pasal harga rumah di Vietnam, struktur rumah dan lawak jenaka yang aku pun kurang faham. Pit stop pertama,
Kedai Cenderamata
Berhenti sebab toilet break. Ada cafe kecil jual kopi susu dan kedai souvenir. Scenery sangat cantik, macam taman larangan gitu. Macam Tahun Baru Cina je bila tengok tanglung merah ni.

Perjalanan diteruskan lagi, ada lebih kurang sejam untuk sampai ke Mekong. Aku dalam bas berborak tak sudah. Tak peduli pun dengan pemandu pelancong yang tengah membebel kat depan. Tak lama lepas tu, pit stop seterusnya,
Bee Farm
Kat sini, bole tengok lebah madu dengan lebih dekat. Geli tengkuk tengok sarang lebah. Nasib la tak kena sengat. Ada pokok yang serupa macam lebah kat kawasan ni. Lepas tu, kami disajikan dengan Honey Tea. Air teh'o campur ngan madu, memang manis. Siap ada sepinggan buah-buahan untuk kitorang makan.

 
Kemudiannye, ada sorang kakak tetiba berdiri tengah-tengah stage. Apa lah kakak tu nak buat agaknya kan. Then, ada 4 orang pakcik duduk dengan alat muzik. Haa, tahu dah apa yang diorang nak buat. Mesti menyanyi lagu country nih. Kitorang pun layan jer lah. Bukan main lagi kakak tu nyanyi, siap gaya taw.

Next stop,
Sampan Ride
Duduk KL takde mende camnih. Bila lagi nak rasa pengalaman naik sampan pakai topi segi tiga. Kat sini barulah rasa pengalaman camni. Cantik kan pokok-pokok yang jadi pagar sungai ni. Dan close up topi segitiga awek depan pakai. Sesuai di waktu yang panas macm ni. Risau jugak kot-kot ada buaya dalam tu. Tawakal je la.

Dalam 15 minit menyusuri sungai kecil ni, kami sampai ke pit stop seterusnya.
Coconut Candy
Ape tu Coconut Candy? Its a manisan yang diperbuat dengan kelapa. Rasa santan sangat gula-gula ni. Untung dapat rasa masa gula-gula tengah panas. Nak terbakar lidah makan. Siap tengok lagi macam mana diorang buat. Walaupun SME je, tapi ke-pro an diorang sume memang tak dapat nak lawan lah.

Ada macam-macam lagi souvenir made from kelapa kat sini. Comel-comel gitu. Bagus betul bila diorang fully utilize sebiji kelapa tu, kreatif.

To be continued . . . .

May 03, 2014

Misi Kain Cotton - Day 2

Bismillah.

Hari kedua di bumi Saigon. Subuh masuk jam 5 pagi. Dan untuk pengetahuan rakyat semua, masa tempatan di Vietnam adalah lewat satu jam dari Malaysia. Jadi kalau biasa pukul 7 baru cerah, kat Vietnam, jam 6 dah mula nampak cahaya. Pagi tu, kitorang makan nasi goreng tapau yang beli semalam. Transfer masuk dalam pinggan pastu letak dalam microwave. Senang keje kak Tipah sejak ada microwave ni (takde kaitan).

Pagi ni, kitorang berhajat nak pergi Ben Thay Market. sebab ada review yang mengatakan kawasan ni lagi murah barang-barangnye. Kitorang pun mula lah menapak tahan taxi. Sepanjang di HCM, memang kitorang pakai taxi je. Tak reti bawak motor kan semasing. Padahal ada je motor sewa kat hotel tu. Kadar sewa motor, sangat lah murah, 70,000 Dong per day. Dan citizen HCM, adalah 80% pengguna motosikal. Tapi sepanjang kitorang kat sana, takdelah pulak nampak mat rempit.

Pagi di Ben Thay, barang memang murah. Tapi kalau nak beli borong lah. Diorang tak layan kalau nak beli selai ni. Memang ada macam-macam. Boleh jumpa topi 3 segi yang menjadi febret orang HCM. Ada macam-macam design topi keledar. Boleh jumpa corak Hello Kitty lagi. Model topi tak berbayar.

Disebabkan kecewa, aku pun memborong sampai 4 pasang baju kurung cotton. Harga dalam RM30 sepasang. Dah siap jahit, tinggal nak pakai je. Warna macam-macam pun ada, pilih je nak saiz apa. Nanti dorang tolong keluarkan. Lepas tu kitorang balik ke Ben Thanh untuk lunch sebab dah tengahari.

Makan tengahari hari ni, aku decided untuk try Pho (Pronounced: Fer). Well, Pho ni pun dapat iklan meluas. Paling best mestilah Kuetiaw Pho. Nama Melayu, kuetiaw sup. Dalam sup, ada hirisan daging. Dan sup hari ni memang sedap sangat.

Kat Ben Thanh, kitorang sambung bershopping. Survey semua kedai yang ada, sebab nak tengok harga berbeza ke tak. Ada satu kedai berhampiran dengan Saigon Pink Hotel, yang jual baju kurung siap RM28. Demm! Kain pasang cotton 4 meter, harga RM24. Aku beli lagi 3 pasang.

Lepas satu kedai, melawat kedai lain pulak. Boleh katakan sederet barisan tu ada dalam 15 kedai. Semua jenis kedai kain kami masuk. Bila bosan, masuk balik dalam Pasar Ben Thanh. Agak-agak bosan sebab sesat selalu, keluar balik ambil udara luar. Sambil-sambil tengok gelagat orang HCM.

Ada kakak jual souvenir niy, kendong anak sambil menjual. Kitorang dah beli sedozen penanda buku dari dia. Bila kitorang melepak luar pasar, dia dah tawaf sampai 4 5 kali sekeliling pasar tu. Dan tak terlepas offer kat kitorang beli lagi. Tiap kali die nak offer, die mesti teringat kitorang da beli dari die. Terus senyum kambing akak tu.
*saje letuw

Satu phrasa paling aku tak boleh lupa, penjual kt dalam pasar Ben Thanh cakap 'tak kuntung la kakak'. Kalaulah dia taw kuntung tu apa. Senak perut aku gelakkan dia. Paling azab sekali kalau dah masuk pasar ni, penjual niy sume akan paksa jugak kaw beli. Paling best bila diorang dah pegang tangan kaw. Setiap apa yang ada kat kedai dia offer. Kalau dah beli stau, dia akan offer untuk jual yang lain pulak. Nak lari pun susah oii. Bukan main ketat lagi die pegang tangan kita.

Dan seperti semalam, aku jadi pelanggan setia abang kopi. Sedap buat basahkan tekak yang kering di hari yang panas ni. Harga satu cup kopi adelah 20,000 Dong, lebih kurang RM3 kot.

Cite pasal makan malam, tetibe rasa nak try Nasi Lemak kat HCM pulak. Same tak dengan nasi Lemak KL agaknya. Emm, boleh lah. Tapi kalau aku buat lagi berlemak kot. Seperti biasa, tapau untuk sarapan pagi esoknya. Lepas makan, mestilah sambung merambangkan mata dalam Pasar Ben Thanh. Tah berapa kali keluar masuk pasar tu. Ada je benda nak dibeli. Petang sikit, kami jelajah pekan Ben Thanh untuk mencari pakej Tour to Mekong. Bila sampai hotel malam tu, memang banyak sangat lah hasil tangkapan. Tangan sampai terseliuh habis sebab berat sangat barang yang dibawa.