December 13, 2018

Kaktus Hadiah Pengantin

Bismillah

Eh budak ni menikah 1hb Dec lepas.
Dia honeymoon dekat Cameron.
Pastu belikan kita kaktus 6 biji.
Thank you pengantin baru, moga cepat dapat baby.
Hihi.

November 30, 2018

Baby Lagi?

Bismillah

Sebenarnya, sejak kemalangan bulan lepas.
Ada rasa dalam hati yang dalam perut tu ada baby.
Tapi tidak la kami buat ujian ke apa.

Kata orang, ujian tu datang dengan rahmat.
Mungkin betul ni rahmat Allah nak bagi.
Dan sebetulnya, ada minor surgery bulan ni.
Tapi Allah tulis cantik dah.
Tunda lah surgery kita dan fokus pada baby ni.

Betul juga kata Fasha, bila dah anak seterusnya.
Boleh rasa ada tendangan dan benda bergerak-gerak dalam perut.
Eh, rupanya ada anak lagi.
Alhamdulillah.

Farewell Anak Buah - Lagi

Bismillah

Hujung tahun, lagi dua orang nak tinggalkan team.
Alasan yg sama, ada isu dengan bos.
Adoila bos ni pun.

Ni adik2 fresh grad, mudah nak terima arahan.
Langsung x susah nak manage.

Susah jugak kan bila dapat bos takmau back-up anak buah.
Haih.

November 22, 2018

Ujian - Penchala Link

Bismillah

8/11
Sebab kecuaian sendiri, kereta makan penghadang jalan.
Pagi yang indah seperti biasa.
Gigih seterika baju dan drive ikut speed limit.
Nak jadi cerita, at one part of Penchala Link.
Rasa kereta steer kekanan and langgar divider kanan.
Automatik nya tangan terus steer stering kekiri, stering lock.
Dam, bamm!! langgar divider kiri.
Maka, berhenti lah kita ditepi jalan itu.
Istighfar banyak2 dan fikir safest way to get our of car.
Kalau x keluar bahaya sebab orang x perasan kereta berhanti.
Double signal light dah jem.
So keluar ikut passenger site.
Sambil call rumah, sambil waving kearah pengguna jalan raya yg lain.
Nak jadi cerita, kita call husband 100 kali pun x berangkat.
Then call fil, dia pulak off call kita.
Call mil pulak, nasib angkat.
Adik ipar la yg datang tolong. Buat report polis dan panggil towing.
Sambil2 tu, peronda polis pun dah sampai,
Dia tolong towing kedepan.
Lepas towing sendiri sampai, kita ke balai buat repot.
Dan kena saman RM300 sebab cuai.
Kereta terus hantar ke bengkel.
Runner akan uruskan dengan balai Kuala Lumpur.

Hari2 seterusnya, kita tumpang kereta orang.
Ingat nak grab aje, tapi masyallah RM20 one way.

Kereta siap in two weeks, sebab x banyak kereta pending.
Bengkel tukar kan pintu satu side dan cat sampai belakang.

Sekian.

November 14, 2018

Jari Journey - A Week Before

Bismillah.

Sambungan dari sini.

Kali ni datang dengan Grab dari rumah.
So, xperlu cari parking. Good side ok.

Then bila sampai giliran, jumpa Dr pakar.
And perjumpaan paling pendek sekali setakat ni.
Straight inform dia on my current condition.
And dia consult dengan Dr dekat belakang.
Then, we end the meeting.

Dia ada mention, in your situation.
We cannot do the operation sebab need to do whole body bius.
Its not recommended.
So, will arrange some other time after you are through.
And dia bagi tarikh temujanji baru.

Maka, we put this on hold dulu.
Next year, maybe?

October 20, 2018

Makan Angin Melaka

Bismillah

Well, kami dengan Melaka berpisan tiada.
Every year mesti ada ke Melaka.
Reason? Coconut Shake, Keria dan Yong Tau Fu.

Untuk tahun ni, kita ada extra pax.
Sebab rakyat Kelantan turun KL.
Kami bawa sekali jalan2 Melaka.

Seronok sesekali jalan dengan kawan2.
Sebab act tourist diorang tu lagi tourist dari orang luar.
Haha. Well, its makan day.

September 12, 2018

Im Getting a House - No Objection Letter

Bismillah

No objection letter dari seller's bank.
Untuk progress seterus nya memerlukan surat ini, tujuannya untuk urusan tukar nama.
Bila seller ada tunggakan, jadi susah nak tukar nama.
Seller kena selesaikan tunggakan yg ada.
Penting sekali, tunggakan api, air, maintenance, IWK, cukai pintu dan cukai tanah.
Adalah tanggungjawap seller untuk pastikan tiada tunggakan ketika penukaran nama dibuat.

Dalam kes kami, seller ada tunggakan dengan hampir kesemua dalam list diatas.
At the end of the day, tunggakan maintenance aje dah almost RM2,000.
Hah?! Then kami sedia maklum yg seller tidak pernah tinggal disana.
Hahaha. Jadi, munasabah sangat lah kalau ada tunggakan beribu tu.

August 31, 2018

Im Getting a House - Valuation

Bismillah

Valuation Rumah.
Kenapa kena buat valuation?
Sebab nak pastikan harga pasaran terkini untuk sejenis hartanah.
Valuation update 2x setahun. Im not sure which month.
Sebab valuation itu penting is untuk kelulusan loan.
Let say, harga pasaran RM150,000, harga jualan is RM130,000.
then pembeli boleh mohon untuk loan mark-up until RM150,000.
Baki RM20,000 boleh buat untuk bayaran legal fees, atau untuk renovate.
Terpulang pada pembeli.

Dapat satu panggilan dari Valuer pada awal bulan ni.
Valuer dah terangkan detail dan arrange masa untuk buat valuation.
Since kami ada agent, valuer direct dengan agent shj.
Valuer juga dah inform harga dan bayaran dibuat.
Roughly a month, dapat sesalinan laporan dari valuer.
Oh ya, valuer ini adalah panel kpd CIMB cawangan.

July 31, 2018

Im Getting a House - SPA and 7%

Bismillah

Posting rumah lagi.
Haritu just signed LO dengan bank.
Today kita ke lawyer office utk sign SPA.
SPA itu is Sales Purchase Agreement.
Ada yg call it SNP juga, Sales and Purchase.
Ok, this is part of agreement between you and the seller and local authorities.
If at anywhere your name ada dlm SPA,
consider you own that property walaupun its for your mom etc.

Additonal, sah sehingga tarikh posting;
Syarat Permohonan Kebenaran Pindah Milik Rumah Kos Rendah (RKR) Selangor

1) PENJUAL
a) Pemilikan hartanah mestilah MENCUKUPI ATAU MELEBIHI 5 TAHUN
b) Tertakluk kepada KELULUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI
c) Pengenalan kadar fi bayaran permohonan kebenaran pindah milik:
i) Permohonan baru RM50.00
ii) Rayuan kali pertama RM50.00
iii) Rayuan kedua dan seterusnya RM100.00

2) PEMBELI
a) WARGANEGARA MALAYSIA dan berumur 18 TAHUN KEATAS
b) Jumlah pendapatan pembeli dan pasangan TIDAK MELEBIHI RM5,000.00
c) Pembeli dan Pasangan TIDAK PERNAH MEMILIKI SEBARANG RUMAH DI SELANGOR ATAU KAWASAN LEMBAH KLANG
d) Pembeli dan Pasangan hendaklah TINGGAL ATAU BEKERJA DI SELANGOR ATAU KAWASAN LEMBAH KLANG
e) Tertakluk kepada KELULUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI



July 23, 2018

Im Getting a House - Loan Letter Offer

Bismillah

Since loan is approved by Cimb.
They set up a day utk datang sign LO.
On that day, my agent and me dah buat torough reading and checking.
Make sure tanya maksud terms yg jargon.
Since kita ni rakyat biasa je x berapa nak faham bahasa bank.
So muka surat nya sangat tebal since this is Islamic loan.
Kenapa islamic? Sebab nak selamat dari azab mahsyar. Hikhik.
Ok, back to business.
From here, you will know what kind of payment term, loan term etc yang korang akan mula bayar bila dah ada kelulusan nanti.
Tu saja utk sharing kali ni.
Sorry gambar takda.

June 23, 2018

Im Getting a House - Loan Approved

Bismillah

Cerita pasal loan rumah.
I dah try apply untuk various bank.
But yang bagi jawapan positif is CIMB.
Yang tak bagi jawapan pun ada juga.
But, for sure, you cannot stop at one.
Kena apply at least 3 banks.
Or same bank but different branch.

Things to get ready is:
1) Copy of your NRIC
2) Copy if your EPF statement
3) Copy of your monthly payslip (3 months)

So bank I tried on are RHB, Bank Rakyat, CIMB.
Bank Rakyat gave negative feedback.
Then RHB, no response.
CIMB, yes, but with some clause I didnt favor.

So how I end up choosing CIMB juga at last?
Gelak jap.
I have to decide, the clock is ticking.

Tapi, the best is, you should try go for more banks.
Jangan just agree with one.
And don't be too quick to satisfy.

Another part is that kena watch out DSR (Debt Service Ration)
Macam mana nak kira DSR sendiri?

Hutang Semasa + Hutang baru / Gaji Bersih x 100

So, sample macam ni:

Hutang Semasa - Kereta RM500 + Credit Card RM250
Total Hutang Semasa - RM750
Tambah akan datang Hutang Rumah - RM530

Gaji Pokok - RM2500
Gaji Bersih - RM2150 (lepas tolak EPF & caruman lain)

Maka,
(RM750 / RM2150) x 100 = 59.53%

DSR is round up to 60%, dan to be fair, (disclaimer)
Bukan semua bank accept high DSR macam ni.
It depends pada bank itu, ada yang 40%, 50%, 60%.
Depends juga pada salary scale you.
Kalau gaji lebih tinggi, tak mustahil DSR boleh jadi lebih tinggi until 70%.
Lain bank lain cara pengiraan mereka.

To be safe, sebelum masuk kan kaki dalam nak buat loan.
Boleh kita sendiri kira kelayakan DSR kita.
Maka, kita pun boleh buat precaution move when necessary.

Sekian.

June 17, 2018

Aidilfitri 2018

Bismillah

Selamat Hari Raya dari iol dan famili.
Dengan boifren.
 Dengan princess.
Baju anak cantik order online.
Lepas tu seller kata dah hantar, padahal iol x terima pun.
Lepas barang dah sampai, seller terus block iol.
Haih.

June 08, 2018

Pemergian Yang Ditangisi

Bismillah

11 weeks 2 days.
The time I have with you.

Siapa yang tak happy bila tahu dah pregnant balik.
Obviously I am too happy.
It has been 2 years plus since my firstborn.
So we did expect for another new comer.
Tapi, Allah adalah planner yang paling baik.

30-April-18
First day of Pink Book dengan KKIA and frist scan.
Age: 7 weeks
Dr ada mention, fetus is slightly smaller than age.
Supposed around 5 week 2 days.
Re-scan date provided.

15-May-18
Age: 8 weeks 5 days
Dr mention, unable to appreciate fetus.
Sebab she cannot detect heartbeat.
And again re-scan date provided.

Then, I experience series of spotted.
Sikit-sikit and warna coklat.
Off and on, hari ni ada, esok takda.
Next day macam heavy, following day takda.
Until, few days of heavy brown spot.
Then tiba-tiba ada fresh blood.
I terus refer ke GH.

28-May-18
Age: 11 weeks 2 days
At GH ePAC, Dr scan and inform.
Kantung is no more in good shape.
Its not round, its already bersegi-segi.
And, he confirm, baby dah takda lagi.
He give me date, untuk cuci rahim.
I is sedih gila yang amat.
I cannot say a word, tengok muka hubs terus nangis je.
Sebab, cuma this little time that we have dengan dia.
But I guess Allah dah tulis, its not now.
Sadly, Dr yg deliver news tu for me is kejam.
Dengan situasi emosi I macam tu, dia boleh kata.
Sorry maam, kita tak boleh bagi MC.
Sebab puan takda bleeding teruk.
So, Im robot isit, heartless?

Then the whole day I spent locking myself in room.
Kejap-kejap nangis.
That is the beginning I really understand yg I is sangat susah nak move on.
Although, kita dah dapat series of notification.
But then, all yg I refer to had failed to produce solution.
They only kata, if fresh blood then pergi hospital.
But by then, its already is too late.

31-May-18
Age: -
It was night, I dah tidurkan anak.
After bath, then I experience this series of pain.
Contraction, makin lama makin kuat.
2 3x trip ke toilet, these heavy blood clot come off.
Makin lama makin pekat.
I still ok, masih boleh bergerak.
Until, I dont remember trip keberapa.
I stayed in room.
Screaming inside out.
I just hope I can see it for the last time.
I phoned my hubs, pukul 12:00
I asked him to come home.
But after 1 hour pun dia x sampai lagi.
I phoned him again, dalam hati like serious I nak maki.
Kenapa tak balik lagi.
But I is dah takda kuasa nak cari gaduh that time.
I just said, "balik, baby nak keluar"
Just right around 40 to 50 minutes after.
The last clot come off.
And, its it.
I is dah tak boleh gerak, terus lay down.
On those blood bath, I dont care anymore.
Just the hubs arrived, and dia masuk tengok blood bath tu.
Baru nak nampak muka cuak dia.
He get me a container and I keep the fetus in.
Sempat I hold it for a while, and tengok keadaan dia.
Kecil pada mata kasar, but very big in my heart.
And this small pun I dah macam nak mati.
Agaknya yg miscarriage later in pregnancy tu macam mana lah.

After 30 mins or so, lepas dah abit kuat.
I mula tukar baju, and get some cloth packed in.
We went to GH around 3 plus morning.
Dr buat internal exam, and dia confirm no residual.
Semua dah keluar.
Nurse yg record case tu boleh pulak dia tanya soalan,
Macam mana puan tahu yang ini adalah fetus?
I is tengah brain soalan dia tu.
Misi, this is the solid form I see coming out of me.
And ada plasenta dekat sini, along side dengan fetus.
Then she just said, ok, this will be sent to lab.
If ada anything abnormal, will give you a call.
Then, since no need to stay in.
Dr inject this one med, kata nya utk kecutkan rahim.
So, we head home.

-----

I cuti 10 hari start that Friday, until next Friday.
Panggil tukang urut datang untuk urut.
And get days of rest.
Walaupun sometime, tears akan datang all of sudden.
Out of no where, tiba-tiba.
But insyallah, Ill be better in time.

In loving memory of my unborn.

June 04, 2018

Im Getting a House - Offer to Purchase

Bismillah.

Actually, around a month pun lepas viewing.
Thanks dekat owner sebab sanggup tunggu kami.
My agent dah datang ke rumah untuk hantar Offer to Purchase (OTP).
I signed them and handed over my 3% earnest deposit cheque.

Next day, my agent dah proses receipt untuk my deposit.
So i is tunggu copy OTP yg owner dah acknowledge.

What to look for in OTP:
1) Clause on your Deposit
- Should be returnable in the case of unable to obtain loan
- Should be returnable if in case owner suddenly x jadi jual

2) Signed by all Owner
- Owners should have signed the form
- Ada proofing dari your agent & Owners' agent

3) Date is correct
- From here, you have 1 month approx to obtain loan

4) Don't make cash payment to owner or Agent
- Everything in/out must be recorded & have proof of transaction

Next, sebulan untuk cari loan.
Phew~ Clock is ticking.

May 27, 2018

Im Getting a House - Viewing

Bismillah.

Alhamdulillah.
You knew how much i talked about having a house before owning a car.
So here we are.
Ada satu unit nearby Sri Damansara.
Its up for sale.

Ada beberapa perkara to consider when you went for viewing.
(Disclaimer)
Tapi this all terpulang pada individu, sebab keperluan kita lain-lain.
Beberapa perkara tu seperti:

1) Keadaan rumah
Adakah rumah in good condition? Ada crack anywhere? Ni kena betul-betul semak sebab kita tak mahu ada negative cashflow bila dah beli nanti. Contoh yang bukan masalah besar tu macam cat x cantik. Yang ni nanti spend sikit la untuk cat semula. Then keadaan wiring dalam rumah tu, selamat atau tidak. And jangan lupa cek sekali water pressure. Bila rumah dah tinggi ni ada risiko susah nak dapat air. Takkan uol nak turun ulang-alik bawa tong air kan.

2) Syarat
Maksud sy disini is apa syarat yang datang sekali dengan rumah tu. Adakah rumah tu dijual 'as is basis' atau ada perabot yang dinyatakan sekali. Ada seller yg nak bagi sekali air-cond, nak bagi sofa mahupun kabinet dapur. Ha, ini semua kena rekod ye. Rekod adalah bertujuan taknak kena tipu lepas dah dapat kunci.

3) Sekatan yang ada
Setiap orang ada keperluan berbeza. Ada yg suka freehold. Ada yg no problem dengan leasehold. Pada kami, leasehold pun no problem. Sebab bukan senang-senang kerajaan nak ambil semula tanah tu untuk tujuan pembangunan. Perlu ada notis dan perlu ada pampasan. Jadi, usah risau. Untuk rumah kos rendah, memang akan ada limitation. Ada banyak syarat untuk jual beli. Rumah kos rendah biasa nya 650 sft kebawah, 700 sft sederhana rendah, dan atas 750 sft dikira kos sederhana (kalau salah tolong betulkan).

4) Agent atau tidak
Pada kami, better gunakan ejen. Since kita pun x berpengalaman dalam hartanah. Pastikan cari yg berdafter ye. Dengan ada nya ejen ni, deposit kita lebih terjamin. Dan best part is, kita boleh refer tentang rumah tu anytime. Tapi terpulang, ada je yg suka direct owner. Boleh dpat harga murah lagi, kot.

--------------------------------

Hasil viewing kami:
- Like i is seriously suka rumah ni
- Ada balkoni !
- Ready to move in condition
- Tenant jaga toilet elok-elok, bersih
- Ruang legar besar, boleh park Kancil sambil buka pintu
- Dekat dengan lif
- Maintenance fees yg rendah

So, kita masuk fasa berfikir ye.
Nak ke taknak?

April 24, 2018

Farewell Anak Buah

Bismillah.

Dukacita dimaklumkan anak buah dua orang dah nak resign.
Dah dapat kerja lain katanya.
Lagi sorang pulak kata stress dengan bos.

Since dah dekat nak last day, kami celebrate dengan makan2 di Chillis.
Semoga future endeavor anda berdua diberkati Allah.

Sedih la hilang tangan sebelah.

Jari Journey - Klinik Pakar

Bismillah.

Sambungan dari sini.
Lawatan kali ni, x pergi jauh.
Sebab klinik pakar betul-betul dekat bangunan baru.
Near entrance HKL.

X susah nak cari, cuma nak parking je la terlalu jauh.
Kena menapak, and sampai sesat dalam wad which i have no idea what.

Lepas dapat nombor giliran,
Terus jumpa Dr nya, and still sama la.
Dia belek-belek jari and tengok what can be done.
Since all data dah record dalam fail.
So x susah la untuk dia nak refer.

Then, dia bagi tarikh untuk operation.
Which is November dan a week before operation untuk consultation.
Same time, isi permohonan untuk socso.
Since extender yg kena beli tu cost around RM1k plus.

Ok, the thing is, Dr explain macam ni.
I bagi dua option dekat you.
One is, kita operate dua kali.
And another is, operate sekali but i matikan jari you dalam keadaan bend.
Which one you prefer?
Of course la i nak jari tu elok semula kan.
So, he continue explain.
Ada satu urat yang x berguna dekat tangan kita.
And i have them. So dia akan gunakan urat tu untuk joining later.
But in the meantime, dia kena buat 1st operation untuk locate dekat mana tendon tu atm.
Since kes da lama, yr tendon boleh jadi dah sampai near elbow.
( ok, jauh nye tendon tu nak pegi )
Then dia akan letak extender, untuk join kan end to end.
I wont be able to move my finger lagi masa ni.
Then, after 3 months, kita akn remove extender ni.
And this is the time kita akn guna this useless urat.
Untuk cantum.
( i belum nampak logic dia, but ok )

Cut short, lepas dia explain panjang-panjang ni.
Dia pesan jangan lupa datang seminggu sebelum nak operation.

Ok, sambung next time.

March 25, 2018

Ada Taman Baru Dekat Selayang - 99 Wonderland

Bismillah.

Gais, ada taman baru la dekat kawasan ni.
99 Wonderland Park nama nya.
I dah lama usha tempat ni, since dia dalam construction lagi.
Last time tempat ni lombong tau.
Lombong depan pasar borong.
Mesti semua pun tahu dah macam mana rupa dan bau asal dia.
But they really did good job dalam conserving.
And tempat tu terus jadi cantik kebaboom.

Ekceli, I thought tempat ni is only for the condo people.
Ada Lakeview Condo dekat sana.
And of course la they all ada direct access to the park.

Then, yg rakyat biasa ni masuk ikut main entrance.
Fee murah aje, RM8 dewasa and RM5 untuk kanak-kanak.
Tapi ni park fee ye, x termasuk Cruise dan buggy ride.

Dalam taman ni ada macam-macam.
Our favorite is Bird Island.
Sebab baby suka duck feeding.
And satu lagi is Golden Waterfall.
Sebab ada dolphins.
You can see alot things here.
Ada Kiosk makanan, food court and entertainment zone.
Animal pun ada banyak.
Swan, Ostrich, Deer, Snake house & hatchery room.
Sometimes, they'll elt you play with small fluffy animals.
Like rabbit, or racoon.

And oh, ada T-rex.
Hahaha, tapi kami x dekat pun.
Baby jauh lagi dah menangis tengok.

Ok, tu je.
Jemput la datang sini.

March 20, 2018

Jari Journey - Orthopedics

Bismillah.

Sambungan dari sini dan sini.
Moh le kita ke klinik pakar.
Dulu, masa zaman jadi warden.
Tempat ni adalah klinik harian.
Tapi now dah tukar jadi bahagian orthopedic rupanya.

Lepas duduk punya lama, dekat pukul 1 lebih baru dia panggil masuk.
Dr lelaki lagi.
Habis dia belek jari aku, tengah mencari punca.
Dia tanya, kenapa lambat sangat awak refer sini.
I jawap, ada ank kecil Dr, siapa pulak nak jaga.
Then dia bebel-bebel like kenapa x duduk dekat kejiranan dia la.
Kalau x boleh dia terus refer kepada his senior.
Kita pun duduk tepi angguk-angguk je la.

Dah lama sangat ni duduk sini Dr nya, penat tahu dak.
Then dia bagi tarikh untuk appointment jumpa pakar urat.
Bulan depan kena melawat lagi la kita.

February 27, 2018

Jari Journey - Klinik Kesihatan

Bismillah.

Kisah asal di sini.

So, untuk kesekian kali nya.
Akhirnya, sampai juga ke Klinik Kesihatan ni untuk kes jari.
Bila refer pd Dr, he straight inform that.
He couldn't do anything much since this is luar bidang dia.
But he get me a referral letter, so that i boleh proceed ke klinik pakar.

He did mention, dia concern kalau jari i ni kena arthritis.
Sebab it cannot bend.

Symptom arthritis is:
- Joint pain
- Swelling
- Stiffness
- Loss of motion

So far, bottom two memang ada.
But my finger x sakit, and x bengkak.
So lepas dah cerita kisah nya, Dr pn rasa tendon putus.
Masa rawatn dulu, Dr perawat tu lupa nak jahit sekali.
Ok, x lawak tau.

Sekarang, memang my left thumb dead macam tu.
Cannot move, cannot bend.
Pressure point dia pun dah berubah, and i hardly see my finger print lagi.
So, Dr suggest terus ke Orthopedic.

February 18, 2018

Weekend with Big Family - Edisi Port Dickson

Bismillah.

Trip family besar kali ni ke Port Dickson.
Dapat sewa banglo Maybank, Blue Lagoon.
Since ada aunty yang kerja dengan Maybank.

Lepas room arrangement, mula dengan sesi bbq.
Sesi makan la sudah tentu.
Ada ayam bakar, ikan bakar plus sotong bakar.
Some Nasi Goreng with Sosej dan Nugget.

Lepas semua done, they all ke pantai.
Nak fishing katanya.
But then 11 pm plus dah balik, hubs kata air surut teruk sangat.
So, kita karoke in house je lah sampai bosan.

Hari esoknya, ibu-ibu dekat dapur tengah berperang dengan kuali.
Yg muda-muda dah pegi mandi laut.
Since masih pagi, matahari pun belum teruk terpacak lagi.
Air laut bersih sangat.
Until you can see your feet.
Ni bukan selalu dapat tau, lebih lagi laut belah Port Dickson.

Baby dah memang lupa daratan when it comes to sea water.
Mak dia tolong teman dan mandi sekali.
Lepas tengahari baru start kemas barang.
Kena balik dah, esok kerja.
Trip kali ni sangat leisure.
X pening kepala pasal nak game aktiviti semua.
Habis kan masa sama-sama is good enough.

Till next time.

February 11, 2018

Uzair x Unisa - Groom Side

Bismillah.

In this month, we finally sort out wedding reception.
Its small, but fair enough la.
Sebab belah lelaki ni biasa x fancy dah.
Cukup apa yg ada aje.
Cakap pasal hari ni, ada satu kejadian yg paling diingati.
Lupa bawa kunci rumah.
And whole family mil dah ke Melaka.
Maka, kami pun mereput depan pagar.
Hadoi.

Maklang bagi hadiah kat Baby la.
Thank you !

January 31, 2018

My Baby Turns 2

Bismillah.

Anakku sudah dua tahun.
Tahun ni x grand ye baby.
Kita sambut dekat rumah je.
Kek minion, order last minit.
Nasib ada yg sudi buat kan.

Happy Birthday Sayang!
Jadi anak yg solehah.
We love you.

January 02, 2018

Langkawi Lagi - Day 3

Bismillah.

Amaran! Entri panjang.

From here.

Harini nak balik dah woi.
Bangun pagi untuk sarapan.
Then lepak tepi pantai, like never gonna see pantai anymore.
And we spent our morning with chatting.
Baby dah main pasir, harini x boleh mandi laut lagi.
Sebab nanti beg berat.

Since dah kemas barang dari last night.
Kami dah bersiap awal and turun pergi bilik family.
Sementara tunggu semua siap packing.
Kita santai-santai lagi.
Lepas check out, kami ke airport.
Kali ni check-in awal.
But, dapat half je seat yg bersusun elok.
Lain semua selerak balik dah.

Masa boarding, naik lambat sikit.
Sebab que dah panjang bersusun masa they inform on departure tu.
Naik-naik pulak, sekali salah seat.
Bila owner dia datang, dah kena bangun.
Er, tu salah sendiri la. Salah tengok.

Then cari my original seat.
Itu pun dah ada orang.
And guess what?
I tengah berdiri dengan anak tengah-tengah hallway tu.
Dem you people.
Ramai foreigner dalam airplane pun.
China people i guess.

Then my hubs dah bangun offer seat.
I decline and kata, no no, let them resolve.
Ini bukan salah kita.

So Im still standing there.
Sampai stewardess datang and ask my situation.
She told ada seat dekat belakang.
And I was like asking her back.
Are you sure its not occupied?
She says, for time being, you may seat here.
Ok lah, i pun duduk dengan baby.

Baru nak settle down, then stewardess datang balik.
She told me, we have vacant at hot seat.
I tell her, my baby need her seat.
And happens to be memang ada two seat yg kosong.

So, we move in front.
Hot seat, and my baby dapat her own seat.
Ok, now i can rest in peace.
The uncle at end row sangat baik.
He treat my baby pun elok ja.
Baby tu, pasang seat belt, buka katalog AA.
Then dia tertidur!
Dia boleh tidur time flight tengah nak naik.
Dah la mummy x boleh nak pegang.
Kepala dia lentok kiri kanan dah.

Once seat belt sign off, baru dapat pegang dia elok-elok.
Siap dia bagi kaki lagi dekat uncle hujung tu.
Nasib la uncle tu ok.

Overall, thank you kak stewardess AA yg prihatin.
And to the uncle also.
And shame on you people who steal people's seat for your convenience.

Tobat lepas ni kalau nak kemana-mana dengan AA.
Memang book hot seat terus.

Ok, Langkawi done.
Balik rumah sambung napping.

January 01, 2018

Langkawi Lagi - Day 2

Bismillah.

Amaran! Entri panjang.

From here.

Second day at Langkawi.
Happy New Year!

Overlooking morning sea, we had our sarapan.
Makanan standard, local cuisine.
Nasi Lemak, Nasi Goreng, Toasted bread.
And few choices of cereal and drinks.

My baby dah standby tepi pantai, nak mandi laut.
Daddy dia temankan. Mummy duduk jadi lifeguard je,

Today's event is ke Gunung Mat Cincang.
We are out around 11 am.
30 mins journey and dapat parking dekat.
Ramai dah balik i guess, esok kerja wey.
Since not many people around, kita santai-santai je la.
Suggest family mil untuk naik cable car.
But kata nya too expensive, so they decline.
Ok, takpe. Ada alot things lagi around.
But sadly, they didnt go to any of those.
Just stay sana for some bumper car ride.

On the way back, kita singgah to Telaga Harbour.
Of course la ada banyak kepal persiaran, yacht mewah.
Cantik, the view of course.
I dengan anak dah buat ice-cream break.
Panas wey.

Lepas ni kita pusing Kuah pulak.
Singgah tengok Dataran Lang.
Snap gambar sini-sana.
And ice-cream break lagi, hihi.

Lepas tu baru masuk kat dalam.
Pi tengok apa-apa yg ada untuk shopping.
Singgah Haji Ismail Group jap.
And i beli set teh untuk dedua emak i.
Harga satu set dalam RM65 inclusive of teko air.
Lama tu pilih, sebab nak buat hadiah raya sekali.
Puas round Kuah town, kita balik le ke Cenang.
Balik bilik dan rehat kejap.

Dinner time kita keluar semula.
Habiskan shopping dekat Pantai Cenang.
And nak tau tak, seller baju semalam dah takde.
Wey, nasib la i insist juga nak pergi tukar.
Kalau x, buta-buta je kena tipu.

Hari ni kita makan Shellout.
Menyesal try.
Baik singgah kedai thai lagi, boleh juga makan tomyam.
Perut kenyang, kita singgah dekat Coco Valley.
And kedai sebelah nya juga, The Zon.
Shopping coklat dah tentu.
Tengok juga kuali periuk belanga.
Tapi sebab belum ada dapur sendiri ni, kita tengok je la.
Then, kami menyempat beli Luggage.
Saiz medium. Murah wey.
Harga dalam RM120.
Tak tau la tengah sale ke apa.
Tapi kami beli juga sebab penat la bawa beg banyak-banyak.

Lepas tu usung beg balik bilik.
Kemas-kemas barang untuk balik esok.