February 28, 2014

Journal : Preparation to Solemnization

Bismillah.

Getting married adalah impian semua orang. Dan yang paling sibuk dah pasti lah bakal pengantin perempuan. Sebab banyak perkara yang perlu kita kendalikan untuk wedding preparation. Nak share jugak pengalaman mengendalikan majlis sendiri ni. Hope boleh jadi sumber inspirasi untuk yang baru nak melangkah ke alam rumah tangga.

Dalam apa yang kita buat, jangan lupa to have fun!

Actually, i start to plan for my majlis dah agak lambat, since i baru dapat kerja. Dan masih baru dalam merancang hal-hal kewangan ni. But Alhamdulillah, all went well. Nanti kita share pasal bajet ya.
Here's my journal.

1) Dokumen
Boleh baca dengan lanjut disini.
Senarai pendek:

i) Ambil borang dari JAWI / download dari pautan (sini)

ii) Ujian Saringan HIV
~ Senarai klinik yang menjalankan ujian saringan (sini)

iii) Kursus Pra-Perkahwinan
~ Senarai tempat yang mengendalikan kursus Pra-Perkawinan (sini)
~ Tempat kami:
Pusat Kursus Pra-Perkahwinan Mahligai Firdaus,
Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

iv) Surat Perakuan Bujang
~ Untuk lelaki shj dan boleh ditaip sendiri, or minta salinan dari Bahagian Human Resource. Pastikan diperakui oleh Pengurus tempat bekerja.

v) Pengesahan dari Kariah
~ boleh dapat dari tok kadi kawasan. Kalau nak bernikah luar kawasan pun kena minta pengesahan dari tok kadi kariah juga.

vi) Pengesahan dari JAWI
~ Bila siap semua di atas, sila hantar ke Pejabat Agama. Bayaran Pemprosesan RM25 dan paling penting, kena tunggu sampai Borang siap. Sebab nama anda akan dipanggil dari bahagian yang berbeza. Kalau anda takde, maksudnya borang anda tak kan bergerak dari kaunter pertama.
~ Bila dah siap, anda akn diberi salinan lengkap berwarna hijau bernama Borang Perakuan Nikah.

vi) Borang Perakuan Nikah
~ Hendaklah diserahkan kepada tok kadi yang akan menikahkan anda. Sebab dia pun kena tulis dalam buku dan set kan masa untuk nikahkan anda.

2) Wedding Details
well, baru nak masuk untuk detail-detail lain yang harus diberi perhatian.

i) Catering
~ Catering adalah solusi untuk masalah makanan, cuba cari yang boleh bagi harga berpatutan. Yang paling penting, makanan tu sedap.
~ Pastikan have good bargain dan pilih menu yang paling berbaloi dengan harga
~ Kalau boleh, minta sekali dengan menu ringan, cth macam cendol, aiskrim
~ Kalau tinggal di kawasan rural, mungkin boleh merasa lagi tradisi masak bersama. Semua pun bekerja sama tolong masak untuk kenduri kita, jimat banyak kos sebenarnya.
~ Dan pastikan Person-in-charge telah diberi duit yang mencukupi untuk menjalankan tugasnya.

ii) Khemah
~ Ada macam-macam bentuk khemah masa ni. Yang paling pasti, khemah paling elegan untuk majlis malam is khemah lutsinar, dan harga pun agak mahal kalau nak dibandingkan dengan jenis yang lain.
~ Tapi untuk majlis siang, boleh je pilih piramid or arabic tent.
~ Jangan lupa minta kipas industri kalau saiz tetamu ramai, atau mungkin cuaca pada hari kejadian teramat panas.
~ Scallop atau tiada scallop:
Scallop tu digunakan untuk hiasan pada khemah, dibalut dengan kain mengikut citarasa kita. Biasanya harga scallop +RM100, ada dua warna
~ Sarung kerusi atau tiada
Kerusi yang dibalut sudah tentu namapk lebih menawan dari yang tidak dibalut. Dan kos balutan pun perlu diambil kira sekali.
~ Tapak khemah
Kalau khemah diletakkan di kawasan yang mudah lembap, cthnya padang. Jika keadaan hujan, dah tentu da masalah becak. Menangis la tetamu yang datang dengan kasut tumit tinggi 5 inci tu.

iii) Photographer
~ Zaman sekarang, semua pun dah hire photographer untuk mengabdikan kenangan majlis perkahwinan. To play smart, selalu eye-on promotion yang dikeluarkan oleh photographer. Tak salah jadi stalker kejap, untuk dpatkan offer terbaik.
~ Andai bajet tak berapa tinggi, boleh cari photographer amatur, yang baru berjinak dalam karier gambar. Sometimes, diorang punya gambar lagi cantik dari profesional cameraman.
~ Tak kisahlah promo apa, Promo Merdeka, Promo Raya, Promo Tahun Baru ke, biasanya harga yang ditawarkan jauh lagi murah dari pakej biasa. Cuma terpulang pada selera masing-masing.
~ Jangan lupa untuk secure deposit kalau dah berminat dengan photographer tu, nanti taklah berebut dengan orang lain.
~ Pengalaman tuan tanah disini.

iv) MUA (Makeup Artist)
~ Alright, yang niy paling penting utk kaum hawa. Biasa lah, kalau bukan jenis pakai make-up pun tetap akan berbedak juga untuk hari bersejarah kan.
~ Jadi, kalau adda kawan-kawan yang pandai make-up, boleh la minta tolong
~ Tuan tanah gunakan khidmat Roshima. I totally fall in love with her work since zaman bertunang lagi.
~ Selain tu, ramai lagi MUA yang bagi offer best punya. Kalau pandai cari, boleh dapat yang lebih murah dari RM100.

v) Persalinan
Baju, seluar, kain, tudung . . . .

a) Baju Pengantin & Veil
~ Ah, baju pengantin. Ini terpulang pada individu sebenarnya. Ada yang gemar beli siap, ada yang custom tailor.
~ Sebenarnya, kalau beli siap pun lebih mudah. Baju siap beads dan veil, complete dengan anak tudung boleh dapat dengan harga kurang dari RM250. Tak percaya? Survey kat Jln TAR. Konfem dapt!
~ Atau yang lebih suka custom tailor, bukan apa, kata tuan tanah, bukan selalu. Tapi kena bersedia la menghadapi dugaan fitting baju ni.
~ Kalau rajin, boleh survey kat Bangunan Mara, sebelah Pertama Complex. Ada banyak kedai tailor kat sana.
~ Ada kes, akak tailor bagitaw, ada sorang pengantin niy, bila dah siap baju dan veil, dia tak mampu nak bayar. Maklumlah, lagi dekat nak ke majlis, lagi banyak bajet lari. Harap takde lagi kes macam tu.
~ Pokok pangkal, ukurlah baju dibadan sendiri.
~ Di samping kesibukan membeli baju sendiri, janganlah lupa pada baju pengantin lelaki.

b) Kasut & stokin
~ Sebagai pengantin yang akan konfem nebes, sila cari kasut yang selesa. Tak guna kalau kasut 5 inci tapi pakai sekali seumur hidup.
~ Dan kalau boleh, pakai lah stokin. Sebab apa pakai stokin? Err, satu, tapak kaki pun aurat jugak, kedua, segan lah kalau orang tengok kaki ada cagu, well unless kalau kaki bersih mulus gebu lah. Cuma lebih menawan kalau ada stokin.
~ Kasut ni tak perlu beli berjenama sangat, yang penting, penampilan menarik dan selesa dipakai. Itu lebih penting kan.

c) Compliment wear
~ Apa tu pakaian pelengkap? Cth nya macam, scarf / anak tudung, pakaian dalam yang selesa, korset, baby pin, peniti pin, kerongsang kecil hinggalah yang besar and apa-apa lagi yang termasuk dalam senarai.
~ Pelengkap ni yang memastikan keselesaan anda sepanjang majlis, believe me, carilah yang selesa.

vi) Pelamin
~ Hal pelamin ni tetap diambil kira dlm hal majlis perkahwinan. Pelamin dalam bahasa mudahnya terdiri dari satu hingga tiga panel atau lebih, ada yang menggunakan overlay, dan macam-macam bentuk hiasan.
~ Untuk standard pelamin dalam rumah, mungkin hanya menggunakan pelamin satu panel, dan dewan standard 3 panel.
~ Untuk majlis, kami gunakan overlay, sebab trend ni sangat in sebenarnya. Hasilnya sangat flowy dan nampak cantik bila ditiup angin. Boleh tengok kat sini.
~ Range harga pelamin, paling murah RM500, try google!

vii) Hantaran
~ Perkara paling pening. Sebab masa dah suntuk untuk fikirkan hantaran apa lagi nak diberi. Biasa kalau dah hantar dulang masa bertunang, kuranglah beban untuk majlis nikah.
~ Tapi beringat jugak, kita tetap kena keluarkan duit untuk siapkan dulang.
~ Secara mudah, cuma ambil kiraan 3 balas 5. Well, perempuan hantar 5 dulang. Apa yang dihantar dalam 5 dulang tu;

a) Cincin untuk Pengantin lelaki
Cincin pengantin lelaki tak boleh beli sebarangan. Lelaki muslim diharamkan memakai emas. hatta emas putih sekalipun. No is NO. Jadi, solusi yang ada, sama ada belikan untuk bakal suami dari range cincin Platinum hingga ke Silver.

b) Coklat berbentuk masjid
Ada yang kata bentuk macam Taj Mahal, harga lebih kurang RM100

c) Biskut Famous Amos
Free 30g pada hari Selasa.

d) Coklat Ferrero Rocher
Coklat lagi! Beli sebab masa tu sale Chinese New Year. Dapat less sampai 50% untuk setiap item. Yay!

e) Kek Secret Recipe
Untuk kek ni, memang tak boleh nak mengelak kalau dah beli Secret Recipe. Harga sebiji kek RM80+. Kalau tempah Ombre cake kat kenalan, sampai Rm250. Kan bagus kalau pandai buat sendiri.

viii) Doorgift
~ Bila hal yang lain settle, ni lah masa nak fikir pasal doorgift.
~ Ini terpulang pada individu, kalau zaman dulu-dulu, gunakan telur untuk buat bunga telur. Tapi sekarang, orang letak sumi dalam bungkusan bunga telur.
~ Ada yang bungkus gula-gula, bungkusan coklat dan keropok. Macam-macam ragam.
~ Kalau ada bajet lebih untuk doorgift, boleh sediakan rantai tasbih atau Surah Yassin, ada pakej RM3, sila stalk fb.

ix) Kad Jemputan & Banner
~ Dalam kesibukan, jangan lupa pula untuk edarkan kad jemputan kahwin.
~ Sebenarnya, kad jemputan ni, kasil survey di internet, boleh dapatkan harga RM0.50 sekeping. Tapi ini bergantung pada jumlah tetamu kita sebenarnya.
~ Kalau tetamu kita anggarkan dalam 1000 orang termasuk tua muda belia remaja dan kanak-kanak, kita hanya perlukan 2/3 sahaja kad jemputan.
~ Melainkan kalau jemputan kita terdiri dari keluarga kecil, lebih banyak lah kad kena print.
~ Jangan lupa pos kan kad untuk kawan-kawan yang jauh dimata, kenalan lama (bukan kekasih lama ye).
~ Bila nak hantar untuk cetak kad kahwin, sila jangan lupa tanya tentang banner. kalau kita cetak kad dengan dia, pastilah dia takkan hesitate untuk offer korang buat banner sekali. Kan lebih jimat tu.

Well, rasanya itu je yg terfikir di kepala buat masa niy. Kita cerita pasal How to Budget pulak dalam entry seterusnya. Feel free to ask kalau ada yang merisaukan kepala pasal soal berumahtangga ni. Insyallah, ada penyelesaiannya.

February 10, 2014

Wedding List #29 [Review : Baju Nikah & Reception]

Bismillah.

Hajat hari ni nak review complete on attire & makeup.
1] Nikah Attire


For Him

Material : Satin
Warna : Gold
Pattern : Baju Melayu
Compliment : Songket Sampin

For Her

Material : Beads Lace, Satin with Chiffon
Warna : Gold
Pattern : Dress

1] Reception Attire


For Him

Material : NIL
Warna : Cream & Maroon
Pattern : Kurta

For Her

Material : Beads Lace, Satin with Chiffon
Warna : Maroon
Pattern : Lengha

February 08, 2014

Kita ke Bali - Day 4

Bismillah.

Our last day here! Bangun lambat sikit untuk sarapan. Hari ni kitorang start journey lambat sikit, barang pun belum kemas lagi. Kitorang stroll again sekitar kawasan hotel and sightseeing tengok orang Bali punya aktiviti pagi. Dalam tengahari, Nyoman datang and we head straight to,
Kirrin Coffee Factory
Kali ni memang factory yang besar. Hasil diorang ni dieksport merata dunia. Dan kitorang pun tak terlepas untuk beli kopi. Sebab bau dia sangat wangi. A quick tour dalam kawasan kilang tu, kitorang dah faham macam mana susah nk pilih kopi yang baik. Ada 3 jenis kopi yang dijual kat sini. Kopi putih, hitam dan luwak. Kitorang beli kopi putih, 6 bag at Rm120. Saja nak try apa rasa kopi ni.

Seterusnya, kitorang ke pusat membeli-belah yang baru kat Denpasar.
Krisna Mall
Kat sini, ada segala macam souvenir untuk bawa balik Malaysia. Dari sekecil FM sampai lah ke baju dan kain batik. Ada kain pario yang corak cantik. Tapi kitorang borong keychain la paling banyak. Lain-lain hiasan tu just untuk mereka yang ada display rack je. Ada beli few t-shirts dan baju tidur. Lepas tangan rasa berat, sebab barang banyak, baru kitorang beratur kat kaunter pembayaran. *hahah Masuk dalam tempat ni, kena lekat sticker.

And pukul 5, kitorang dah ada kat Ngurah Rai Airport. Flight kitorang kol 7 arini. Lepas say goodbye kat Nyoman, kitorang pun terus cari makanan, sebab super lapar. Berlapuk kejap kat Airport tunggu flight. Ah, nak jadi cerita, lepas check-in, ade lah agak 4 kali announcement made mention that boarding gate bertukar. Dari elok-elok Gate 6, turun Gate 4, then suruh kitorang pergi Gate 9, at the end, Gate 10.
*Geram
Lepas tu, masa nak take off, ada misscommunication dengan tower dan kitorang x depart on time. Well, kena lah tunggu giliran. Landasan jem teruk hari niy. Apa kau rasa bila flight front tyre dah naik tapi lepas tu break emergency. Konfem jantung rasa macam nak tercabut kan. Kesudahannya, pukul 9 baru flight depart. Dan sampai LCCT pun dah after midnight. Nasib baik ada bas lagi untuk balik rumah.

What a journey to Bali.

February 07, 2014

Kita ke Bali - Day 3

Bismillah.

Mulakan hari ketiga dengan melawat
Taman Ayun Mengwi
Nama taman ni sebenarnya nak menggambarkan taman ni sangat cantik. Sesuai dengan tempatnya, memang cantik sebab ada elemen air dan kehijauan. Kat sini boleh nampak rumah pagan dengan atap yang bertingkat.
Ada gelanggang sabung ayam berhampiran dengan pintu masuk. Kata Nyoman, orang di Bali masih ada lagi yang mengamal sbaung ayam untuk judi. Dia pun tahu judi tu bawak padah. Seterusnya, kitorang bergerak ke perhentian seterusnya
Ulun Danu Temple
Pura Ulun Danu niy adalah pura paling ohsem sepanjang pengamatan aku. Pura ni dibina di tebing Tasik Bratan yang 1200 m tinggi dari paras laut. Angin kat atas ni memang sejuk gila, rasa macam ada dekat Genting Highland je.

Lepas sejuk gigil dok kat kawasan ni, kitorang pun bergerak ke lunch area. As usual, we served by buffet and makanan hari niy, agakkurang memuaskan. Next stop will be,
Tanah Lot Temple
Tanah Lot is most popular tourist destination in Bali. Dan aku banyak tengok gambar tempat ni on blog review. Well, pura ni terletak di persisir laut dan bila air surut, boleh berjalan kaki ke pura. Tapi at time kitorang sampai, air laut pasang dan ombak sangat ganas. Almaklumlah, tu kan Lautan Hindi.

Well, we ended our trip today dengan dinner at 5 pm. Afterwards, kitorang balik ke hotel dan rest kejap. Lebih kurang jam 7 pm, we move out to stroll around. Melawat pantai dan Denpasar town. Shopping t-shirt dan a bit souvenir. Malam di Denpasar, agak meriah dengan kelab hiburan dan kedai-kedai souvenir. We are back to hotel before midnight and went to snore.

February 06, 2014

Kita ke Bali - Day 2

Bismillah.

Second day at Denpasar. After heavy breakfast kat hotel, kitorang move on to start our itinery. We decided to try and watch Barong Dance this morning. So the first stop for today is,
Barong Dance

Tarian Barong ni sangat famous di Indonesia dan ada macam-macam versi. As quoted from Wiki,

*Barong is a lion-like creature and character in the mythology of BaliIndonesia. He is theking of the spirits, leader of the hosts of good, and enemy of Rangda, the demon queen and mother of all spirit guarders in the mythological traditions of Bali. The battle between Barong and Rangda is featured in Barong dance to represent the eternal battle between good and evil.

Elemen penting tarian ni, ada seekor singa, monyet dan orang-orang berkeris. Worth watching and kitorang sempat beli souvenir hasil bergambar dengan kakak yang pakai sexy tu. *Hahaha

Teruskan perjalanan lagi, next stop to
Coffee Factory
Since Kopi Luwak was originated from Indonesia. Jadi Indonesia adalah antara pengeluar kopi yang terkenal. Tapi kitorang tak minat sangat dengan kopi kat sini. But, they have some try out for us. Kita boleh rasa macam-macam flavor teh dan kopi kat sini.

Lepas try setiap cawan yang ada, kitorang pun beli satu paket lemon tea. Sebab it taste great masa try out tu. 1 paket kalau tak silap harganya lebih kurang Rm13. Perjalanan diteruskan lagi ke stesen seterusnya.
Kintamani Volacano
Gunung berapi Kintamani ni dah tidur lama. Dan memang sejuk betul angin kat atas sana. Kitorang cuma dapat tengok dari jauh je. Mungkin kalau pergi lagi, boleh tengok gunung berapi close up. We have lunch here dengan view Kintamani.
Terjumpa dengan sepasang couple dari Malaysia. Baru berkahwin dan datang Bali untuk honeymoon. Agaknye kenapa Bali jadi destinasi bulan madu eh? Keluar tempat makan, ada beberapa penjual yang datang offer, t-shirt 8 helai RM50. Pandai diorang guna RM. Nasib masa tu belum ada mood nak shopping. Kitorang tolak baik-baik. Then moving on to,
Tirta Empul
Rumah pagan lagi. Tapi yang ni ada sumber mata air sendiri. Dan penganut hindu akan datang untuk bersuci.
Boleh nampak air kolam ni sangat jernih. Syarat nak masuk rumah pagan, kena ikat rambut. Tak boleh bagi rambut mngerbang.

Then, kitorang pun bergerak ke famous rice bowl of Indonesia.
Tegalalang Rice Field
Penanaman padi tanah tinggi adalah komersil kat Bali. They're among pengeluar padi tanah tinggi dunia. Kawasan ni agak sempit. Jalan pun muat-muat je untuk kereta tapi ada je bas yang lalu.pemandangan memang cantik tapi sebab hari hujan. Tak dapat nak tengok kekuningan padi tu bila kena cahaya matahari.

Perkara wajib bila ke Bali, kena try out Spa diorang. Since ramai yang suggest pasal Spa Bali. Kitorang pun nak try and rasa sendiri pengalaman kena urut.
Balinese Spa Relaxing
Well, sebenarnya kitorang dah singgah satu tempat ni. Nak try spa dia, tapi full pulak. Free pn lepas pukul 5. Macam tak sempat je nanti. Nyoman bawak la kitorang pegi Spa lain. Kitorang yang tak kesah ni try je lah spa kat sane. Kitorang try amek lulur kopi. Konfem keluar nanty bau pun macam kopi je kan. Ni gambar bilik yang sengaja digelapkan.

Keluar je dari rumah spa, terus badan rasa macam hidup. Dah lama tak kena urut. Aku sampai berdengkur lagi. Penat snagat la tu. Tah ape la akak tukang urut tu fikir bile tengok aku berdengkur dengan gembira. Untuk makan malam, kitorang berangkat ke
Jimbaran
Well, semua yang datang ke Bali mesti tahu that Jimbaran is seafood heaven. And tempat yang wajib pergi untuk makan malam. If datang awal, boleh tengok sunset tepi pantai tu. Tapi harus diingatkan bahawa, tanpa harga pakej, makanan di Jimbaran sangat mahal. Lagi pulak tengok tourist, lagi kena cas extra.

Kalau nak tahu, seberang laut dari Jimbaran tu adalah Lombok. Ada sesiapa yang nak ke Lombok? Boleh lah sewa bot. Disebabkan malam yang gelap dan hanya ditemani cahaya lilin, so tak dapat lah gambar seafood plate kitorang.

Then terus balik ke hotel untuk tidur. Journey sambung esok.

February 05, 2014

Kita ke Bali - Day 1

Bismillah.

Persiapan ke Bali memang berterabur. Kitorang beli tiket pun seminggu sebelum berangkat dan harga memang terbaik lah. Sebenarnya, kitorang tak plan nak pergi Bali. Mungkin awal-awal dulu ada plan nak ke Krabi atau tempat lain. Tapi bila fikir, kita masih mudah untuk dapatkan makanan kat Bali dari Krabi. That's why kitorang tukar itineri.

Sebab tak pernah jalan berdua, kitorang hire travel agensi. Agensi kitorang Poto Travel & Tours. Charge agak mahal tapi semua terjaga dan untungnya pemandu pelancong kitorang pun macam leisure je. Berborak pun masih boleh faham walaupun dialek Bali lagi pekat dari sinetron yang selalu air kat tv9.

Pagi yang indah, kitorang dah keluar dari rumah jam 5 pagi. Sebab kitorang naik bas ke LCCT. Sejuk betul dalam bas pagi-pagi tu. Persediaan ke Bali:

Luggage allowance is 15kg from Air Asia.
Passport mestilah lebih dari 6 months expiring.
Kasut yang selesa, baju cotton je cukup.
IDR secukupnya, tapi bring along jugak MYR.
Ada tax kat Airport masa nak balik, 150,000 IDR.

Sampai kat LCCT, kitorang bersarapan dulu. Makan nasi goreng je sementara nak tunggu gate buka. Then macam biasa, berselfie dengan tiang-tiang kat LCCT. Slowly kitorang complete kan cycle utk check in. Bag dua-dua dah masuk dalam kargo. So nampak macam kitorang just goyang kaki je masuk gate.

Sampai di Denpasar waktu tengahari dan sebelum turun pastikan dah isi Departure Card & Immigration Form. Pemandu pelancong kitorang dah tunggu depan pintu dengan plakad yang kelabu-kelabu. Ink marker diorang habis da kot. *hahaha

Mulalah sesi suai kenal, dan Nyoman bawak kitorang ke destinasi pertama dulu which is,
Pendawa Beach
Apa yang istimewa dengan Pendawa Beach is that, to go there, we must walk through caves. Its like a sanctuary tapi pantai nya macam tak berapa terjaga. But worth an experience untuk lalu gua.

Lebih kurang 30 minit kat sini, celup-celup kaki. Then, kami bergerak ke destinasi seterusnya,
Uluwatu
Kat Uluwatu ni, boleh nampak Hindia Ocean dan pasir pantai bewarna hitam. Lokasinya atas bukit dan memang spectacular view. Macam titanic gitew. Angin sepoi-sepoi bahasa. Nak naik atas ni, kena panjat tangga dulu. Korang akan diikat dengan kain kuning.

Cantik kan pantai. Kalau terjun ni memang sampai bawah tinggal tulang je. Sangatlah tinggi. Selain view yang cantik, ada macam-macam statue kat sini. Well, ini kan rumah pagan, mestilah banyak je. Lepas tu, Nyoman bawa kitorang ke station seterusnya,

The GWK Park
GWK stand for Garuda Kencana Wisnu. Actually dorang plan nak buat statue Wisnu sitting on a Garuda. It said to become one of the world most biggest statue. Taman kat tanah tinggi ni sangat cantik. Penuh dengan kehijauan dan laman dia memang luas. Sangat sesuai untuk Garden Wedding taw uolls.

We are having our first dinner at Bali. Buffet meal and makanlah berapa banyak yang kau nak. Tapi yang best is ayam goreng diorang. Or maybe sebab aku suka ayam goreng kot. So mana-mana pun sedap. Soon after dinner, we are leaving for Kecak Dance. Haa, kau faham apa tu kecak dance? Bunyinya macam niy, Kecak kecak kecak. *Hahaha

Its actually depict a battle from the Ramayana and was developed since 1930s. It is performed primarily by men. Quoted from Wiki.

Then from here, kitorang terus ke penginapan at 18th Royale. Check in dan terus go check out hotel room. Kat sini diorang tak simpan passport kita. Bilik cosy, sesuai untuk berdua. Toilet include bath tub, dan most important is, ada wi-fi.

Alright, time to rest and charge our gadgets.

February 02, 2014

The Day #4

Bismillah.

[The Reception]

Dated today, 2nd February 2014.
At Dewan Sri Siantan Selayang, Batu Caves.
Majlis going on nicely. And thanks to semua yg hadir memeriahkan majlis.
Couldn't thank you more.



#Currently tunggu pics from OP :)
. . . . . . . . . . . . . . . 

February 01, 2014

The Day #3

Bismillah.

Small reception at in-laws.
By Asar we already in next outfit.
The night theme, pink & turquoise.
Have plenty games and kena buli. Hihi.

Kena tol depan rumah.
Then try on red saree. Agak susah nak cari the right pattern.

#Embrace the tradition
. . . . . . . . . . . . . . . .

The Day #2

Bismillah.

Sekitar small reception at homestay.
Like the dais. Love the color. Envy the contrast.

My pink family :)

The arch & khemah.

. . . . . . . . . . . . . . . . 

The Day #1

Bismillah.

'Hari kejadian, saat status berubah'

Bangun pagi, solat subuh & mandi sunat.
Ohh, mengantuknya~
Dalam jam 8, sudah mula berhias.
Normally, makeup akan ambil masa sampai 2 jam.
Tapi pagi niy agak celaru sikit.
Alhamdulillah dapat finish on time.
Yaya sudah sangat risau :)
Jam 9:15, bersiap ke Masjid Wilayah.
[Tak sempat sarapan pun, minum mineral water seteguk dua]
The thing I like the most on my solemnization is the dress.
Sangat flowy & create gorgeous image.
Family we all gathered in the hall.
Yaya duduk bersimpuh atas Ottoman Rounded Pillow.
[Ugh, tak selesa duduk bersimpuh.]
Berapa kali tah bertukar kaki.
Everybody getting ready.
Ustaz Salleh Ud-Din memulakan majlis.
Dan kena soal [Mentang-mentang la tu kawan baik dia]
Hahaha. Soalan yg mudah tapi image dalam kepala agak kabur saat nak menjawap.
Pass the question, tok kadi mulakan acara lafaz.
[Nervous agaknya incik Md Thalha]
Lafaz yg pertama . . . stuck in the middle.
Lafaz yg kedua . . .  salah perkataan.
Lafaz yg ketiga . . . Alhamdulillah.
Selamat diijab kabulkan dengan teman baik sejak sekolah menengah.
Tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu.
Bercampur baur. Sedih gembira terharu.
Selesai solat sunat, proceed with acara batalkan wuduk.
Kami bertukar cincin.
Dan sesi bergambar.
Paling sedih bila sampai giliran utk salam mama :(
Rasa sedih nak tinggalkan kenangan.
Tanggungjawap dah bertukar tangan.

. . . . . . . . . . . . . . . . . .