Kelebihan Jumaat .
Hari kelahiran Nadi Adam a.s
Allah s.w.t telah menciptakan bumi diisi dengan
gunung-ganang , lautan dan tumbuhan .
Allah s.w.t turut menciptakan [ manusia ] untuk menghuni bumi .
Malaikat khuatir manusia lalai dalam beribadah kepada
Allah s.w.t dan merosakkan bumi dengan pertengkaran .
Allah jelasnya berfirman :
' Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan
Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan
Bani Adam atas bumi-Ku . Bila Aku telah menciptakannya
dan meniupkan roh kepada nya , bersujudlah kamu
di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan
dan bukan sebagai sujud ibadah , karena Allah s.w.t
melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya . '
Maka lahirlah Nabi Adam a.s dari segumpal tanah liat kering dan
lumpur hitam lalu ditiupkan roh kedalam jasadnya .
Iblis tidak mahu sujud memberi hormat kepada ciptaan Allah s.w.t ini .
Kemurkaan Allah s.w.t menyebabkan Iblis dan pengikutnya
dilaknat dan diusir keluar dari syurga .
Iblis telah menjadi penghuni kekal neraka sejak itu
dan berjanji akan menyesatkan keturunan Adam a.s
sehingga menjadi penghuni neraka bersamanya .
Allah s.w.t kemudiannya telah menjadikan Hawa sebagai peneman dan
memberi kebahagiaan kepada Adam a.s
Menurut ulama , Hawa telah diciptakan dari tulang rusuk kiri
Adam a.s ketika sedang tidur .
Ketika terjaga , Hawa telahpun berada disampingnya .
Allah berpesan kepada Adam a.s :
' Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga ,
rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya ,
rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang
terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu .
Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar ,
dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya .
Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini
yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk
orang-orang yang zalim . Ketahuilah bahawa Iblis
itu adalah musuhmu dan musuh isterimu , ia akan berusaha
membujuk kamu dan menyeret kamu keluar
dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan
yang kamu sedang nikmat ini . '