November 29, 2011

Nommy

Hari niy nak cerita pasal Kit-kat burgler .
[ kat cerita Lilymu :P ]
Haha . Taklah . Nak cerita pasal Kit-kat chunky .
Kit-kat bersaiz obes ini memang sedap .
Sebab yaya suke wafer kat dalam je .
Cokolat dye masih sama dan xde beza dengan kit-kat saiz slim .
Beza paling obvious ialah kit-kat yang niy hanya ada 1 stick .
Dan sangatlah bersaiz obes .
X percaya ? Tengok gambar .
 
Ha . Sapa nak ? :3
Betul kata yaya . Kalau dapat makanan .
Semuanya sedap !

. . . 

Kalau korang terel dan ada mata yang mengagumkan .
Cari kucing kat dalam sampah-sarap niy .
Kalau mampu cari satu .
Kalau hebat , cari dua ekor .
Pandai kucing niy menyorok taw .
* Hint : Kucing telinga hitam  dengan kucing oren .
Hahah . Cari sampai dapat taw .

Dawai Kokot

Fasa Empat

Azyllea sudah dimaklumkan oleh Nani tentang En Akmal . ' Apa lagi lah si stepler tu ' , omel Azyllea lantas mengambil noteboook dan ke bilik Akmal . ' Panjang unur. Saya ingat awak nak bercinta dengan tandas . Lama sangat kat dalam tu . ' , perli Akmal . Angin satu badan Azyllea . Manusia jenis apa lah kau ni , bebelnya dalam hati sambil tersenyum kelat . ' Ada apa En Akmal cari saya ? ' ' Saya nak hantar awak pergi konvensyen di Jakarta minggu depan . ' ' Untuk apa En Akmal ? ' ' Seminar Kepelbagaian Pemasaran . Awak pergi dengan Nani . Bawa usul syarikat sekali . Faham ? ' Hai . Senang hati saja kau arahkan aku . Mentang-mentang lah kau lebih lama . Azyllea malas menjawap panjang . Dia hanya menganggukkan kepala . ' Surat ada pada Nani . Saya dah minta HQ emelkan pada dia . Jadi , kalau tak ada soalan . Bolehlah awak balik ke bilik awak . ' ' Saya akan usulkan soalan kemudian En Akmal . Terima kasih ' , lalu Azyllea bangun dan keluar dari ruang En Akmal .

Tengahari ini Azyllea habiskan dengan Maryam , teman rapatnya . Kepala Azyllea masih tak keruan disebabkan tugasan luar . Bukan Azyllea tidak biasa , tapi hatinya marah bila diperli begitu . Maryam sejak tadi perasan gelagat Azyllea lalu menegur temannya itu , ' Lea , kau masih fikirkan hal pejabat ya ? ' ' Ah , maaflah Mar , aku mengelamun tadi ' ' Ada masalah dengan Akmal ? ' ' Aku kena pergi Jakarta minggu depan . Stepler tu la punya pasal . Langsung tak aman hidup aku . ' ' Haha , kau ni Lea . Kan itu arahan bos . Bolehlah kau bekerja sambil melancong sekali-sekala kan . Fikir positif lah sayang . ' , ujar Maryam menyejukkan hati Azyllea . ' Memanglah Mar . Tapi aku . . ' ' Cool ok . Aku pun pernah macam kau . Kena hantar sampai Korea sebab make-up . Kau ingat kan waktu tu aku menangis macam mana ' , gelak Maryam . Azyllea tersengih . ' Tak mahu aku bayangkan . Kelakar . Haha ' ' Tahu pun . Eh , makan lah . Lepas ni nak jelajah Sogo pulak . Kena ada tenaga . ' Azyllea mengangguk . Sudahnya , petang itu Azyllea pulang dengan beg penuh ditangan . Nasiblah pulang ke rumah sewa bukan kerumah mama . Kalau tak , mahu sakit mata tengok mama menjeling . Selesai mandi dan solat isyaq Azyllea mula menguap , badannya letih semacam . Tak lama selepas itu , Azyllea terlelap .

November 26, 2011

Selamat Tahun Baru

 Salam Hijrah 1433 !
Yay . Sudah tahun baru .
Kne ada azam baru jugak .
So azam tahun niy . . . . .
[ Belum habis fikir lagi lah :3 ]
Yang pasti , jum reramai puasa on Asyura day .
And on the next day or the day before .
[ Asyura means the 10th day of Muharram ]

Ha , yang lain tu da bace doa awal tahun ke belum ?
Hehheh .

May Allah bless always with me through out the year .
Center of inner peace <3

DP [ Default Picture ]

Satu perkara yg kelakar pasal Default Picture .
Yaya sendiri pun suka letak DP yg yaya
rase da tiut tahap cipan tegolek .
Tapi bila org komen . Yaya suka delete .
Lagi-lagi kalau komen macam niy .
' Comelnya DP '
' I like DP yu :p '
Neway , I came across sorang fesbukers niy .
And status dye sangat catchy :3
Ahahaha . Betul jugak kan .
Kalau nak reply macam niy .
' mane ade cantek , huduh jep '
Baek jangan letak DP macam tu .
Hohohoh . Btw .
Fesbuk skang da xde privacy macam dulu .
Banyak kowt gamba x sopan kat sane .
Rosak mate ai :(
Jadi , utk sume fesbukers .
Amalkan tips yaya oke :)

Tips keselamatan :
- Elak dari approve orang x dikenali .
- Check dulu info , pics beliau .
- Mutual friends itu penting .