October 04, 2013

Di Pagi Jumaat

Bismillah.

Pagi Jumaat ni dikejutkan dengan berita yang menyakitkan hati.
Bateri kereta kena curi.
Dengan penuh semangat ni, turun tangga sekian laju.
Ada dua orang uncle siap bagi laluan lagi masa nak turun.
Thanks uncle sekalian sebab bagi laluan.
Parking pun tempat yang biasa je sebenarnya, tak lah jauh.
Belum sampai blok lain lagi.
Tapi da nak ditakdirkan macam tu.
Try start kereta, takde bunyi.
Terus suspek bateri takde. Dann. Anda betul!
Hit the jackpot. Tengok bonet depan.
Ada kesan umpil. Dan tak boleh tutup rapat.
Jadi, kos terkumpul untuk hari ni adelah bateri baru & repair lock bonet tu.
Sebenarnya, kes hilang bateri ni tak asing da.
Last year pun dah kena sekali kat tempat parking kereta KTM Segambut.
Tapi yang niy, kat area rumah.
So, kena park dekat kawasan yang org selalu lalu lalang la lepas niy.
Sabar la labu. Ohohoh.
Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni kan.

Taknak fikir sabotaj semua. Husnuzon je.
Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada hambanya kan.
Jadi, keep cheering up. Jum sambung kerja!