February 07, 2019

Zoo Negara - Bawa Anak Jalan

Bismillah

Hujung minggu kita ke Zoo Negara.
Actually setiap tahun jugak datang zoo.
Kenalkan anak dengan haiwan yg ada.
Almaklumlah duduk tengah bandar ni, cengkerik pun tak kenal.
Yang kenal tu lipas, cicak, tikus. Hahaha.

Harga entry ke zoo as per 2019 is RM95 (package 2 adult + 1 child).
Include panda.
Kalau beli separate, per adult is RM45.00, per child is RM18.00.
Kalau x silap, child above 3 dah kena bayar.

Kali ni dapat tengok panda 3 ekor.
Tengah tidur. Sedap la dia bilik ada air-cond.
Mak dia pula motif datang zoo semata nak tengok arapaima.
Ni kalau mak ada tanah, memang mak bela sekor dua.
Apa tah comel sangat arapaima tu.
Dari membawa anak tahun 2015, bawa sampai sekarang.
Suka sangat tengok arapaima.
Dak rambut kiting kesayangan mak.

February 02, 2019

Balik Kampung

Bismillah

Balik kampung sebab makyong mintak. Hihi.
Teringin nak balik kampung tengok sawah.
Maka mak pun bawak perut.
Jalan x jem, almaklumlah bukan musim cuti dan bukan hari raya.
Anak paling hepi sebab jumpa kampung.
Luas sangat tanah, hulu hilir dia lari.
Kejar ayam itik makwan.

Seronok nya tengok hijau kiri kanan.
Takde asap rokok, takde bangunan tinggi.

January 31, 2019

Happy Birthday Princess

Bismillah

Selamat ulangtahun kelahiran sayang.
Anak dah 3 tahun. Makin besar dah dia.
Harini, mommy bawa bejalan sampai Putrajaya.
Sebab hantar maksu kau jumpa kawan dia.
Kita pun melawat la Putrajaya sekali.

Masuk dekat Wetlands Park.
Antara interesting area dekat Taman Wetland adalah;
1) Flamingo Pond & Swan Lake
2) Lookout Tower
3) Nature Interpretive Centre
Ada train yg kita boleh naik untuk tour sekitar taman ni.
Overall, it is very good untuk child development.
Bawa anak tengok nature. Tapi nyamuk dia, nauzubillah.


Then balik semula ke KL, kita head to Selayang.
Sbb mommy ada cod hadiah untuk anak.
Sebuah kereta Ferrari. Hahaha.
Mak pun tak mampu pakai Ferrari.
Belikan kereta untuk anak, since dia dah tak takut nak drive.
Dari kejauhan dia tanya, kereta siapa?
Sampai rumah, dia dulu try.
Eksaited letak kereta dia on charging.
Hihi. Anak oh anak.

Malam baru kita potong kek.
As requested, kek Didi rainbow untuk HZ.
Sedap, sebab dia layer dengan cream cheese.
Jadi kek nya macam masam-masam manis gitu.
Besar dah anak iol. Tak lama lagi da nak jadi kakak.
Semoga dalam lindungan dan jagaan Allah selalu.
My love.

January 19, 2019

Makan - D'Kayangan Grill & Barbeque Steambot

Bismillah

Sempena Tahun Baru, adik ipar kami belanja makan.
Kedai ni makan murah, per head adult RM30,
kanak-kanak above 4yo RM12.50.
Boleh pilih sup ayam or tomyam.
Ada banyak pilihan makanan laut, daging dan ayam perap.
Kebetulan datang untuk makan tengah hari, so kurang customer.
Mummy drive dengan HZ, sampai 2 3x sesat lah.
Angkara maps tak boleh load, tak dapat connection.
Akhirnya mummy sampai juga dengan anak berdua.
Haha. Dedy kerja sebab gi makan hari Sabtu.
Overall makan agak untung, kalau jenis yg mengulang makan macam-macam.
Next time boleh datang dengan family mil pulak.
Location dia dekat dengan Stadium Shah Alam.