December 02, 2019

Melaka - Ladies Day Out

Bismillah

Trip Melaka dengan mak dan adik-adik.
All ladies, lelaki tinggal rumah jaga anak.
Rancangan nya nak ke macam-macam tempat.
Eh, boleh pulak banyak yg tutup hari Ahad.
Kesimpulannya, lepas ni mak mesti datang lagi.
Semata-mata kerana keria dan coconut shake.
Melaka tak panas the whole day.
Sejuk, berangin saja.
Cuma, yg menyakitkan hati adalah.
Lebuhraya PLUS yg jem dari Melaka bawa ke Seremban.
Bertabahlah mak.
Sampai rumah pukul 2 pagi.
Walaupun keluar dari Melaka pukul 6 petang.
Masyalllah.
Ini Encore, Impression City.
New development dekat Klebang.
Angin kuat sangat, dan nice spot untuk bergambar.
Walaupun kedai asam pedas viral banyak nya masih belum buka.
Mak still makan asam pedas yg sedap dekat Kota Laksamana.
Sekian dari mak.
aka Driver for the day.

Oh, boleh pulak nak keluar sepanjang hari tapi mak lupa charge penuh.
Nasib lah pam susu mak mampu bertahan sampai pukul 9 malam.

November 29, 2019

Im Getting a House - Documents

Bismillah

Selepas selesai semua urusan, kami jumpa peguam untuk urusan serahan dokumen.
Lawyer pun dah terangkan satu-satu.
Salinan SNP, Salinan Loan.
Salinan Geran Tanah, Salinan bil-bil.
Jadi, proses seterusnya, mak kena tukar nama pada bil.
Bil api, Bil maintenance, IWK, Cukai Tanah dan Cukai Pintu.
And, ada tunggakan IWK yg perlu mak selesaikan.
Jadi, entry seterusnya adalah untuk proses tukar nama pada bil.
Dan deposit yang perlu.

November 23, 2019

Im Getting a House - Final Reimburse & Serahan Kunci

Bismillah

Since hutang pada bank penjual dah selesai bulan lepas.
Bank kami pun dah selesaikan baki pada penjual.
Jadi, penjual dah boleh tutup buku.
Alhamdulillah.
Even ada lambat sikit dapat info, sebab person-in-charge kami cuti.
Tapi, kami dah dapat news dari bank dulu.
Hihi.

Jadi, kami dan agent set date untuk serahan kunci.
Vacant possession ni memang kami minta rumah kosong.
Sebab nya, mudah kami nak semak defect yang ada.
Jumpa dengan seller, panjang juga borak nya.
Dia pun dah ambil masa 5 tahun untuk proses jual rumah ni.
Sebab nya, 3 tahun saja tunggu untuk dapatkan strata title.
Wow!
Yang kami tunggu 20 bulan ni pun dah macam-macam siri depression.
Inikan pula sampai 3 tahun, just untuk jual rumah.
Tambah lagi dengan syarat Selangor untuk rumah kos rendah.
Masyallah.

Ekceli, mak dah stalk seller ni dalam fb sejak dari mula nak beli rumah.
Haha.

November 17, 2019

Jalan-jalan Dengan Anak

Bismillah

Harini kita pegi tengok daddy.
Saja nak menyibuk.
Dah la kena bawa sampai dedua princess.
Kiri kanan, lenguh tangan mak.
HZ nak datang tengok daddy.
Sebab kelmarin daddy hantar gambar taman bebola.
Taman bola tu dah la kesukaan dia.
Mak belum download gambar whatsapp pun dia dah tahu.
Terus dia mintak nak datang.
Sebagai memenuhi permintaan anak,
maka mak pun bawa la anak berdua ke Wangsa Walk Mall.
Sambil tengok daddy, HZ sempat naik train.
Sempat beli jajan, makan kek coklat.
Time nak balik, hujan lebat pulak kat luar.
Nasib baby pun x cranky sampai balik rumah.
Mak dengan MS.

November 05, 2019

Our Yearly Staycation

Bismillah

Our yearly stay-cation finally here.
Actually this year langsung x plan nak datang sini.
Since ada macam-macam masalah since awal tahun.
Then bila fikir balik, this is a self-reward.
Penat setahun, mesti kena let it go.
And HZ sangat suka tempat ni.
So, mak pun carilah promo.
Harga yg tidaklah merobek dompet mak yg memang kosong ni.
Kali ni masuk Ahad, sebab rasa nya dah hujung tahun.
Ramai yg nak cash-out voucher Matta Fair.
So taknak berebut parking lagi.

Sesampai nya disana, HZ tanya mak.
Kenapa bukan bilik yg biasa.
Mak just jawap, sebab HZ dah besar.
Kita pun dah 4 orang.
Tak boleh masuk bilik yg comel tu.
Dia tanya lagi,
Mak, yg petak atas lantai tu mana?
Takde sayang, sebab yg ni atas taman.
So tak boleh tengok laut.

Kemain anak mak, kecik-kecik lg ingat detail.
Bilik tak besar, tak kecil.
Mak suka sebab ada double bed.
Dan sofa. dan water pressure ngam.
Mak tak suka sebab takde microwave.
Dan tak boleh buka tingkap tandas.

Sebelum balik esok nya, mak melawat tower lobby.
Ada game room.
Masyallah, 5 tahun mak mengulang kesini.
Tak pernah tahu ada bilik macam ni.

Sekian.
Jumpa lagi tahun depan.

October 25, 2019

Hobi Mahal

Bismillah

Well, suami ada hobi mahal ni setiap tahun dia keluar negara.
Rezeki main kereta je, dapat jalan merata.
Jelly mak. Mak dah lama mengidam nak keluar negara.
Hahaha. Jaga diri dekat Bangkok !
#rcdrift #rccar

October 18, 2019

Starbucks Pumpkin Spice Latte

Bismillah

Menyesal beli wei. Tak kena dengan tekak langsung.
Lepas ni tanak percaya review rakyat Malaysia.

October 14, 2019

Port Dickson - Lepak

Bismillah.

Sebab anak mintak, dedy tunaikan. Haha.
HZ nak sangat tengok laut.
Nak beli sand castle toys kata nya.
One fine day, bangun awal semua nya.
Terus decide jom pegi PD.
So lets go !
#belijiwa

October 10, 2019

Im Getting a House - Initial Reimburse

Bismillah

Since pindah milik dah complete.
Bank kami kena selesaikan jumlah tunggakan pada bank seller.
Untuk tutup buku di bank seller.
Proses reimburse ini perlu selesai dalam tempoh 90 hari selepas pindah milik.
Jadi, memang lawyer kami kejar habis-habisan.
Alhamdulillah.
1st reimburse done.
Tinggal nak selesaikan baki kepada seller sahaja.

Happy 13th Birthday Boo !

Bismillah

Its your 31st birthday.
Actual plan is just to have decent diner out.
Then your friends come in pic, want to celebrate together.
So, here we are.

May Allah bless you, have all your dreams come true.
And be good child, good father and better husband.
May Allah bless you through all.
Thank you for being here with me.

Here to our 13th cake together.

September 24, 2019

Im Getting a House - Kebenaran Pindah Milik

Bismillah

Berita gembira untuk mak tahun ni adalah bila lawyer mak
maklumkan tentang kebenaran pindah milik telah diluluskan.
Alhamdulillah.

15-Aug-19
Lawyer terima surat dari SUK Selangor.

24-Sep-19
Lawyer maklumkan urusan pindah milik di Pejabat Tanah juga selesai.

Setelah makan tahun mak dalam proses membeli rumah.
Akhirnya, ada cahaya di penghujung jalan.

August 18, 2019

Hari 40 - Majlis Untuk Anak

Bismillah

Hari yang ke-40 MS, kami buat majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran.
Alhamdulillah, despite all the problems yang datang.
This baby is safe and sound.
Tema kali ni, all pink.
seketul MS dalam cradle bersama kakak.
Semoga terus membesar dengan sihat anak ku.

July 16, 2019

The Second Baby - Part 4

Bismillah

10:00 pm, bangun dari tidur.
Off to do self-cleaning.
Jalan macam penguin madagascar.
Tanya nurse,
: baby saya mana ye?
: kejap, sy check. (ask some one else) Baby katil 38 mana?
: depan. depan.
: ok puan, baby dekat depan ye.
Gembira hati, siap2 barang untuk ke toilet.
Sampai depan tengok ada 3 orang baby.
: mana satu MS ye (dalam hati)
Bersihkan diri dan tukar segala yg patut.
Datang semula ke depan dan tanya,
: Mana satu anak sy nurse?
: (checking) yang ni puan
: (woi, gemoknya budak ni) tq nurse
(tolak troli sambil tengok budak gemok tu)
Sampai katil, terus bangunkan MS dan start bf.
MS sambung tidur, mommy amek gambar.
Hantar kat daddy.
Daddy tanya,
: anak cina mana ni? lol

10-Jul-19
Morning round, Doctor kanak2 kata MS ada sikit jaundice.
But Pakar kanak2 only around at 3:00 pm.
She will have the say.
Mommy is fine.
3:30 pm, Pakar kanak2 say MS jaundice is less than 50.
Checking her thoroughly.
Then inform that baby can go home.
So, inform daddy.
Daddy datang uruskan hal keluar wad etc.
7:00 pm, we are home !

Sekian, selamat berpantang.

The Second Baby - Part 3

Bismillah

: Gunting. Gunting.
: Here side, cepat !
: Teran puan, mata buka, mulut tutup.
I don't know siapa yang bagi small towel untuk I gigit.
But thank you banyak2.
After I don't recall how many contraction left, finally,
3:05 pm, Baby is out.
They put the baby on top of me.
Shes crying, Im holding her.
Then nurse buat normal procedure, ask on baby gender.
Then terus bawa untuk bersihkan.
They come in with pink tag, and ask to check if its correct.
The floor inform that baby akan straight ke NICU for at elast 4 hours.
(Neonatal Intensive Care Unit)
Since MS dah berak dalam perut, so scared dia ada telan any of it.
So, tinggal la mommy dalam labor room.
3:10 pm, Daddy is here.
Tapi dia x boleh masuk. Sebab mak dah sign utk teman labor.
So dia call dari bawah, tanya situasi semasa.
Then mommy in labor room for next 2 hours.
Jahit. Resting. And most importantly due to no bed. Haha.
Mak suapkan makan.
Perut kosong tapi langsung x rasa lapar.
4:30 pm, mak balik.
Me? Im off to sleep. In frigging labor room.
7:00 pm, baru boleh masuk wad.
Still no sign of MS around, so mommy sambung tidur.

cont

The Second Baby - Part 2

Bismillah

Cramping is at 20 minutes once.
Starting to call mom and inform mother in law.
11:00 am, ambulance at KKIA.
I can still smile and jokes around.
Dead serious i can still bare the pain.
They are all worried.
My husband cousin and aunty is here.
They wanted to hand over my baby bag but not allowed.
Ambulance is on its way to HKL.
Cramping at 10 minutes twice.
12:00 pm, checked-in HKL.
Early examine, Doctor told that baby is estimated 3.2 to 3.4kg.
Opening is at 6cm, must sent to labor immediately.
Nurses there keep asking will my husband be around.
: He won't make it, my mom will be in labor room.
1:00 pm, off to labor room 8.
Opening at 7cm, on CTG scan and bp reading still high.
Doctor in charge mention that there is feces trace.
My mom is here. Thank God.
2:00 pm, Head Doctor is in.
Giving 45 minutes to monitor, otherwise need to emergency c-section.
Mom off to solat. Mak dah risau, kalau boleh taknak c-section.
2:50 pm, Head datang lagi and monitor.
He says, patient is ok, we go for normal delivery.
Alhamdulillah CTG is ok, but mommy dah sakit gila.
3:00 pm, On gas. Tak boleh tahan.
Sakit nya rasa macam besi pun boleh lentur.
Pegang meja mesin CTG, sebab kena remain at sebelah kiri.
3:05 pm, rasa kepala baby coming out.
Contraction hilang.
Contraction datang lagi, ugh, now rasa kepala baby
is at vaginal area.
Panggil nurse,
: Baby, kepala baby (sambil tunjuk area tu)
Terus kelam kabut floor.
Bilik 8, labor!
Berlari-lari nurse midwife datang.
Contraction senyap.
Midwife tanya,
: Eh, kenapa masuk dalam. Oh, contraction takde ye.
(sempat buat lawak, ok)

cont

The Second Baby - Part 1

Bismillah

9-Jul-19
The second princess has born.
Weighing 3.6kg, normal delivery.
Given name Marissa Sofea.
Marissa - sopan santun.
Sofea - menawan.
MS born just few days away from her 40th week.
39 weeks 4 days to be exact.
To be honest, this is far easier and simple compare to HZ.
Monday, still working.
But felt terribly lazy and heavy.
No sign of labor. Mommy still walks around like normal.
Night as usual. Sharp 12, mommy went to bed.
Just at 4;00 am, I started cramping.
45 minutes once. Mommy cannot sleep again.
6:00 am, daddy ready for work asking if mommy is ok?
: Still good. I still can walk around. No worries.
7:00 am, Off to get ready.
Still thinking of going to office.
Still carry HZ down to her grandma.
Went to KKIA, for bp monitoring.
(Everyday, since bp reading is high)
9:00 am, haven't eat anything since yesterday dinner.
Cramping at 30 minutes once.
Told KKIA nurse, stomach is cramping.
Doctor on duty react immediately, already at 4cm opening.
Doctor advise to have ambulance now.
Suddenly all at KKIA are panicking.
Nurses in and out checking on me, telling don't move around.
Don't walk, don't stand.

Cont

June 05, 2019

Aidilfitri 2019

Bismillah.

Salam Aidilfitri untuk semua !
Kalini, mak betul takde mood nak raya.
Cari baju raya pun last minit,
Kalau boleh, taknak balik kampung pun.
Apa2 pun semoga aidilfitri akan datang lebih meriah.
Nah gambar tak ikhlas dari mak.

May 18, 2019

Balik Rumah Mak dan Steambot

Bismillah

Ini memang aktiviti biasa family kami, which is makan-makan.
Stimbot is menu biasa.
Sebab boleh makan banyak dan kenyang.
Kuah nya kali ni buat macam oden.
Mix antara paket perencah tomyam dan asam pedas.
Confirm tak menyesal.
Jangan lupa udang fresh, manis nya terasa sampai sekarang.

April 29, 2019

Family Day Makwan

Bismillah

Weekend lepas kami sekeluarga bercuti ke Port Dickson.
Family Day yang pertama bersama.
Total bajet bawah RM1000.
Stay dan makan all in.
Stay dekat Batu Pahat PD Beach Villa.
Janji nak sampai awal tapi almost pukul 1pm baru sampai.
Kesian orang nya tunggu dari pukul 11am.
Kawasan rumah ni sangat lapang.
Ada 4 bilik diatas, 1 bilik sebelah dapur.
Bilik 2 dan 3 share bathroom. Semua bilik ada air-cond.
Ada canvas pool, sesuai untuk anak2 aje.

Kalau datang dengan famili besar pun sesuai,
sebab tuan rumah ada sediakan extra mattress di setiap bilik.
Although ada sesat sikit sebelum sampai,
terus hilang penat lepas dah kumpul ramai2.

Till next trip !

March 15, 2019

Im Getting a House - SUK Gagal !?

Bismillah

Dukacita dimaklumkan permohonan anda gagal.
The most painful part dalam journey membeli rumah subsale.
At one point aku dah sangat stress.
Rumah aku yg nak beli la, bukan suami aku.
Syarat rumah kos rendah Selangor is bound to
terms and condition yg kami dah share dalam previous entry.
And happens to be, tak lepas sebab suami ada rumah.

Nak jadi cerita, suami memang ada nama dalam SPA rumah mertua.
Masa mertua beli rumah, she is 50.
Jadi loan seorang memang tak lepas.
And that time ada skim rumah pertama etc etc.
Easy to say, nama dia ada di sana even though
we never spent a night dalam rumah tu.

Aku dah kemurungan.
Membawa budak lagi. Adoi, stress.

March 01, 2019

Cerita Interview Dengan Tan Chong

Bismillah

Point paling besar pilih nak kerja dengan TCM sebab dekat dengan rumah.
Career advancement of course, dan peluang kenal orang baru.
So semalam ada iv dengan TCM untuk jawatan IT Account.
Obviously tak lepas lah sebab bukan orang account kan.
But I learn few things, area yg perlukan improvement.
Actually, bagus juga kalau ada iv macam ni.
We still on market demand if ada sekian2 expertise.

Kena teruskan touch-up diri dan resume.
Gambateh!

February 07, 2019

Zoo Negara - Bawa Anak Jalan

Bismillah

Hujung minggu kita ke Zoo Negara.
Actually setiap tahun jugak datang zoo.
Kenalkan anak dengan haiwan yg ada.
Almaklumlah duduk tengah bandar ni, cengkerik pun tak kenal.
Yang kenal tu lipas, cicak, tikus. Hahaha.

Harga entry ke zoo as per 2019 is RM95 (package 2 adult + 1 child).
Include panda.
Kalau beli separate, per adult is RM45.00, per child is RM18.00.
Kalau x silap, child above 3 dah kena bayar.

Kali ni dapat tengok panda 3 ekor.
Tengah tidur. Sedap la dia bilik ada air-cond.
Mak dia pula motif datang zoo semata nak tengok arapaima.
Ni kalau mak ada tanah, memang mak bela sekor dua.
Apa tah comel sangat arapaima tu.
Dari membawa anak tahun 2015, bawa sampai sekarang.
Suka sangat tengok arapaima.
Dak rambut kiting kesayangan mak.

February 02, 2019

Balik Kampung

Bismillah

Balik kampung sebab makyong mintak. Hihi.
Teringin nak balik kampung tengok sawah.
Maka mak pun bawak perut.
Jalan x jem, almaklumlah bukan musim cuti dan bukan hari raya.
Anak paling hepi sebab jumpa kampung.
Luas sangat tanah, hulu hilir dia lari.
Kejar ayam itik makwan.

Seronok nya tengok hijau kiri kanan.
Takde asap rokok, takde bangunan tinggi.

January 31, 2019

Happy Birthday Princess

Bismillah

Selamat ulangtahun kelahiran sayang.
Anak dah 3 tahun. Makin besar dah dia.
Harini, mommy bawa bejalan sampai Putrajaya.
Sebab hantar maksu kau jumpa kawan dia.
Kita pun melawat la Putrajaya sekali.

Masuk dekat Wetlands Park.
Antara interesting area dekat Taman Wetland adalah;
1) Flamingo Pond & Swan Lake
2) Lookout Tower
3) Nature Interpretive Centre
Ada train yg kita boleh naik untuk tour sekitar taman ni.
Overall, it is very good untuk child development.
Bawa anak tengok nature. Tapi nyamuk dia, nauzubillah.


Then balik semula ke KL, kita head to Selayang.
Sbb mommy ada cod hadiah untuk anak.
Sebuah kereta Ferrari. Hahaha.
Mak pun tak mampu pakai Ferrari.
Belikan kereta untuk anak, since dia dah tak takut nak drive.
Dari kejauhan dia tanya, kereta siapa?
Sampai rumah, dia dulu try.
Eksaited letak kereta dia on charging.
Hihi. Anak oh anak.

Malam baru kita potong kek.
As requested, kek Didi rainbow untuk HZ.
Sedap, sebab dia layer dengan cream cheese.
Jadi kek nya macam masam-masam manis gitu.
Besar dah anak iol. Tak lama lagi da nak jadi kakak.
Semoga dalam lindungan dan jagaan Allah selalu.
My love.

January 19, 2019

Makan - D'Kayangan Grill & Barbeque Steambot

Bismillah

Sempena Tahun Baru, adik ipar kami belanja makan.
Kedai ni makan murah, per head adult RM30,
kanak-kanak above 4yo RM12.50.
Boleh pilih sup ayam or tomyam.
Ada banyak pilihan makanan laut, daging dan ayam perap.
Kebetulan datang untuk makan tengah hari, so kurang customer.
Mummy drive dengan HZ, sampai 2 3x sesat lah.
Angkara maps tak boleh load, tak dapat connection.
Akhirnya mummy sampai juga dengan anak berdua.
Haha. Dedy kerja sebab gi makan hari Sabtu.
Overall makan agak untung, kalau jenis yg mengulang makan macam-macam.
Next time boleh datang dengan family mil pulak.
Location dia dekat dengan Stadium Shah Alam.

January 11, 2019

Happy New Year 2019

Bismillah


Belum tengah bulan lagi so boleh la wish Selamat tahun Baru!
Haha.
Semoga lebih banyak berita gembira di tahun baru ni.

Harini kami whole team ada lunch bersama.
Dekat KFC, since bos kami sangat suka KFC.
Tapi, bukan bos yg belanja ok.
Kami belanja diri sendiri.
Even event nama team lunch.

Bila suruh bos bagi ucapan sempena tahun baru.
Dia just reply, no news from management so I've got nothing to say.
Eh la bos ni. At least thank and congratulate la ank2 buah ni.
Tu la dia bos kami. Haih.