November 29, 2019

Im Getting a House - Documents

Bismillah

Selepas selesai semua urusan, kami jumpa peguam untuk urusan serahan dokumen.
Lawyer pun dah terangkan satu-satu.
Salinan SNP, Salinan Loan.
Salinan Geran Tanah, Salinan bil-bil.
Jadi, proses seterusnya, mak kena tukar nama pada bil.
Bil api, Bil maintenance, IWK, Cukai Tanah dan Cukai Pintu.
And, ada tunggakan IWK yg perlu mak selesaikan.
Jadi, entry seterusnya adalah untuk proses tukar nama pada bil.
Dan deposit yang perlu.

November 23, 2019

Im Getting a House - Final Reimburse & Serahan Kunci

Bismillah

Since hutang pada bank penjual dah selesai bulan lepas.
Bank kami pun dah selesaikan baki pada penjual.
Jadi, penjual dah boleh tutup buku.
Alhamdulillah.
Even ada lambat sikit dapat info, sebab person-in-charge kami cuti.
Tapi, kami dah dapat news dari bank dulu.
Hihi.

Jadi, kami dan agent set date untuk serahan kunci.
Vacant possession ni memang kami minta rumah kosong.
Sebab nya, mudah kami nak semak defect yang ada.
Jumpa dengan seller, panjang juga borak nya.
Dia pun dah ambil masa 5 tahun untuk proses jual rumah ni.
Sebab nya, 3 tahun saja tunggu untuk dapatkan strata title.
Wow!
Yang kami tunggu 20 bulan ni pun dah macam-macam siri depression.
Inikan pula sampai 3 tahun, just untuk jual rumah.
Tambah lagi dengan syarat Selangor untuk rumah kos rendah.
Masyallah.

Ekceli, mak dah stalk seller ni dalam fb sejak dari mula nak beli rumah.
Haha.

November 17, 2019

Jalan-jalan Dengan Anak

Bismillah

Harini kita pegi tengok daddy.
Saja nak menyibuk.
Dah la kena bawa sampai dedua princess.
Kiri kanan, lenguh tangan mak.
HZ nak datang tengok daddy.
Sebab kelmarin daddy hantar gambar taman bebola.
Taman bola tu dah la kesukaan dia.
Mak belum download gambar whatsapp pun dia dah tahu.
Terus dia mintak nak datang.
Sebagai memenuhi permintaan anak,
maka mak pun bawa la anak berdua ke Wangsa Walk Mall.
Sambil tengok daddy, HZ sempat naik train.
Sempat beli jajan, makan kek coklat.
Time nak balik, hujan lebat pulak kat luar.
Nasib baby pun x cranky sampai balik rumah.
Mak dengan MS.

November 05, 2019

Our Yearly Staycation

Bismillah

Our yearly stay-cation finally here.
Actually this year langsung x plan nak datang sini.
Since ada macam-macam masalah since awal tahun.
Then bila fikir balik, this is a self-reward.
Penat setahun, mesti kena let it go.
And HZ sangat suka tempat ni.
So, mak pun carilah promo.
Harga yg tidaklah merobek dompet mak yg memang kosong ni.
Kali ni masuk Ahad, sebab rasa nya dah hujung tahun.
Ramai yg nak cash-out voucher Matta Fair.
So taknak berebut parking lagi.

Sesampai nya disana, HZ tanya mak.
Kenapa bukan bilik yg biasa.
Mak just jawap, sebab HZ dah besar.
Kita pun dah 4 orang.
Tak boleh masuk bilik yg comel tu.
Dia tanya lagi,
Mak, yg petak atas lantai tu mana?
Takde sayang, sebab yg ni atas taman.
So tak boleh tengok laut.

Kemain anak mak, kecik-kecik lg ingat detail.
Bilik tak besar, tak kecil.
Mak suka sebab ada double bed.
Dan sofa. dan water pressure ngam.
Mak tak suka sebab takde microwave.
Dan tak boleh buka tingkap tandas.

Sebelum balik esok nya, mak melawat tower lobby.
Ada game room.
Masyallah, 5 tahun mak mengulang kesini.
Tak pernah tahu ada bilik macam ni.

Sekian.
Jumpa lagi tahun depan.