January 31, 2019

Happy Birthday Princess

Bismillah

Selamat ulangtahun kelahiran sayang.
Anak dah 3 tahun. Makin besar dah dia.
Harini, mommy bawa bejalan sampai Putrajaya.
Sebab hantar maksu kau jumpa kawan dia.
Kita pun melawat la Putrajaya sekali.

Masuk dekat Wetlands Park.
Antara interesting area dekat Taman Wetland adalah;
1) Flamingo Pond & Swan Lake
2) Lookout Tower
3) Nature Interpretive Centre
Ada train yg kita boleh naik untuk tour sekitar taman ni.
Overall, it is very good untuk child development.
Bawa anak tengok nature. Tapi nyamuk dia, nauzubillah.


Then balik semula ke KL, kita head to Selayang.
Sbb mommy ada cod hadiah untuk anak.
Sebuah kereta Ferrari. Hahaha.
Mak pun tak mampu pakai Ferrari.
Belikan kereta untuk anak, since dia dah tak takut nak drive.
Dari kejauhan dia tanya, kereta siapa?
Sampai rumah, dia dulu try.
Eksaited letak kereta dia on charging.
Hihi. Anak oh anak.

Malam baru kita potong kek.
As requested, kek Didi rainbow untuk HZ.
Sedap, sebab dia layer dengan cream cheese.
Jadi kek nya macam masam-masam manis gitu.
Besar dah anak iol. Tak lama lagi da nak jadi kakak.
Semoga dalam lindungan dan jagaan Allah selalu.
My love.

January 19, 2019

Makan - D'Kayangan Grill & Barbeque Steambot

Bismillah

Sempena Tahun Baru, adik ipar kami belanja makan.
Kedai ni makan murah, per head adult RM30,
kanak-kanak above 4yo RM12.50.
Boleh pilih sup ayam or tomyam.
Ada banyak pilihan makanan laut, daging dan ayam perap.
Kebetulan datang untuk makan tengah hari, so kurang customer.
Mummy drive dengan HZ, sampai 2 3x sesat lah.
Angkara maps tak boleh load, tak dapat connection.
Akhirnya mummy sampai juga dengan anak berdua.
Haha. Dedy kerja sebab gi makan hari Sabtu.
Overall makan agak untung, kalau jenis yg mengulang makan macam-macam.
Next time boleh datang dengan family mil pulak.
Location dia dekat dengan Stadium Shah Alam.

January 11, 2019

Happy New Year 2019

Bismillah


Belum tengah bulan lagi so boleh la wish Selamat tahun Baru!
Haha.
Semoga lebih banyak berita gembira di tahun baru ni.

Harini kami whole team ada lunch bersama.
Dekat KFC, since bos kami sangat suka KFC.
Tapi, bukan bos yg belanja ok.
Kami belanja diri sendiri.
Even event nama team lunch.

Bila suruh bos bagi ucapan sempena tahun baru.
Dia just reply, no news from management so I've got nothing to say.
Eh la bos ni. At least thank and congratulate la ank2 buah ni.
Tu la dia bos kami. Haih.