December 31, 2017

Langkawi Lagi - Day 1

Bismillah.

Amaran! Entri panjang.

Trip kali ni is trip New Year 2018!

This time kita pergi dengan family mil.
Since my in law family tu seumur hidup belum pernah jejak kaki kat Langkawi.
Suprise? So am I.

And this is kali pertama jugak fil travel air bound.
Flight kami early morning, and almost terlepas.
Sebab, pukul 630 masih lepak mamak untuk sarapan ye kawan-kawan.
Flight nya pukul 820.
Sampai dekat kaunter AA, that lady kata dah lambat ni.
Flight reschedule tu 750 am.
Hah, tu dia. Kelam kabut semua jalan laju macam itik nak keluar pagi.
Dah la KLIA 2 yang sebesar alam tu.
Gate pulak paling hujung.

Nasib le sempat masuk kapal terbang nya.
Itu pun dah berpisah seat. Merata-rata duduknya.

After 1 hour plus, sampai juga semua nya kat Langkawi.
Sewa Innova sebuah. Sempit juga la sebab kami-kami ni bulat.
Then terus travel ke Cenang untuk check-in.
I sangat suka kawasan Cenang ni ye, semua ada dalam satu tempat.

Chalet yg kita book kali ni adalah Sandy Beach Resort.
I was like hoping dapat yg depan-depan laut.
Tapi apakan daya, family room nun jauh disana.
Diseberang jalan ye.
Ok takpe, kita jalan kaki. Dalam 100m je.
Then, masalah bilik pulak.
Sebab bilik yg dapat tu, is depan belakang.
Susah nak monitor pulak kata nya.
Aih, kena la jalan balik pegi receptionist.
Mintak tukar bilik, bagi depan-depan.
Ha, nak sangat kan monitor anak-anak dia.

Lepas setel sana, kami masuk bilik kami.
Saja tanak duduk sekali.
Sebab the rest family ada 3 lelaki dan 2 perempuan.

Then, petang sikit baru keluar jalan-jalan pantai.
Ok, hari ni semua orang jalan saje-saje cuci mata.
And sesi kenalkan the family with Pantai Cenang.

Then, dinner dekat depan Underwater World Langkawi.
Ada stall kecil-kecil. I am not sure what else is there.
Im here for laksa je.

We bought some t-shirts.
3 pair, harga boleh tahan sebab around rm20 per piece.
T-shirt gambar Jalur Gemilang.
Sellet tu pun dengan yakin nya kata, eh takpa kak.
Esok pun saya kat sini.

Lepas tu, we head back to the room.
Penat la jalan. Lepak-lepak dulu.
Try baju yg beli tadi.
And, baju my hubs x muat.

Ok, like serious la. Tadi dah minta saiz besar kot.
Dia bagi saiz XL.
Laki i x kurus ok.

Then i terus kata, jom pegi balik kedai tadi.
Hubs kata, x payah la. Esok je la.
Ah, takde. Now jugak pegi.

Maka dengan gigihnya kami keluar balik pergi jumpa seller tu.
And berjaya minta tukar.
Just right before he closes down his shop..

After 1130, we head to the beach.
Dah macam karnival here.
Fireworks everywhere dan sangat colorful.

Havoc gila kawasan pantai tu.
Sadly botol arak is everywhere.
Lepas firework show, i dah balik bilik.
Tak kuasa nak duduk luar lama-lama.
Bahaya woi.

My brother in law stays out, pukul berapa balik tak tau.
Then, kiri kanan still bising dengan noise.
People buat partay everywhere.
Cenang disiang hari

Sambungan.

December 30, 2017

Mak Mertua Turns 50

Bismillah.

My mil turns 50 tahun ni.
And lucky her to have good friends.
Ekceli, majlis ni kawan nya dah plan dari tengah tahun.
Nak buat majlis bersama-sama 50 tahun.
Tapi dia minta rahsia kan dr mil.
Dia kata, nak buat majlis birthday anak dia.
Kebetulan la anak dia lahir nya December.
So takde la yg suspicious sangat.
Aunty ni punya semangat, sampai ke anak cucu kawan-kawan dia,
semua dia belikan kain.
Termasuk la iol pun dia bagi kain.
Nampak x kesungguhan kat sana.

Then on the day, kawan-kawan dia terkejut je.
Sebab masuk dewan tengok-tengok majlis nak sambut depa.
Mil pun kata, iol dah lama suspicious ni.
Tapi suspicious je la, bukan mil tau pun.

So they all dancing, cake cutting, sesi teka-teki and bergambar.
Yang lain-lain kat sana, datang tolong makan je.
Seronok kan, ada kawan yg masih kekal kawan dari zaman sekolah.
Despite dah duduk berjauhan, family masing-masing.
Masih juga depa semua contact each other.

Ni baju baby, dress made by tailor.
Mommy tolong jahit kain net tu je.
Harapan nak nampak macam Elsa, tapi hmm.

December 17, 2017

Annual Dinner - Night of Secret Mission

Bismillah.

Its my first with them.
Tema 007 kata nya.
Last minute baru cari baju.
Nasib masih ada lagi available.
Baju sewa, tapi kena collect dari Sungai Besi.
And siap bagi timing bila je boleh datang collect.
Total sekali deposit RM230.

Dinner nya Jumaat.
Sampai pun ngam-ngam sebelum nak mula majlis.
Hampir salah masuk lorong.
Habis pulak dah nak dekat tengah malam.
Anak mak dah tido pun masa mak balik.

Secara jujurnya, iol x minat perangai melayu islam dalam ni.
Untuk instant fame, they could be worse than non-muslim pun.
Harap iol wont have to face this again.

Sorry la terkomen pulak. Hikhik.
p/s: excuse my cheeks.

October 22, 2017

Uzair x Unisa

Bismillah.

Majlis akad dan belah perempuan barusan selesai petang tadi.
Adik laki iol dah jadi suami orang.
Dan org pilihan nya pun, budak sekolah sebelah je.
Hikhik.
Didoakan muga kekal ke jannah.
Dan bahagia seumur hidupnya.

Venue: Arina Skyview Jalan Raja Muda Abdul Aziz

October 15, 2017

Zoo Negara - Bawa Anak

Bismillah.

Peringatan!
Mohon banyak bersabar kalau bawa anak kecil datang zoo ni.
Sebab zoo sangat besar dan panas.
Pastikan bekalan makanan, minuman dan entertainment mencukupi.

Anak iol ni, mak dia bawak satu beg berisi makan tengahari dan jajan.
Botol air dan sapu tangan x dilupakan.
Datang awal pagi, tapi matahari dah memacak atas kepala.
Per entry masuk Zoo Negara kali ni ada pecahan.
Boleh pilih nak tengok panda atau tak.
Jadi ofcourse iol tanak tengok, sebab tiket dia je pun dah mahal.
Masuk Zoo Negara only dah RM35 dewasa.
Nasib Hana kecik lagi belum ada charges.

Pusing-pusing sambil bertahan bawa anak.
Haha. Nak tarik perhatian dia tu, aduhai.
Yang dia minat tengok masa tu, Zebra.
Gajah dan Zirafah.
Lain-lain macam x berapa nak ambil port.

Then by pukul 3 petang, kami dah standby untuk tengok haiwan perform.
Ada Kakak Tua, Sea Lion, Monyet dll.
Sambil tengok, sambil kunyah jajan.
Rasa macam taubat nak bawa lagi.
Tapi percaya lah, tahun depan korang akn jumpa lagi entri Zoo Negara ni.

(Konpiden)

October 07, 2017

Outing - Geng Monkeys

Bismillah.

Last weekend outing dengan geng hubs.
Ni geng kenal dari zaman sekolah.
Even iol junior, tapi muka-muka ni iol dah kenal sejak sekolah rendah lagi.
Haha.

Kali ni plan trip ke Port Dickson.
One of the reason is dorang nak buat majlis tunang untuk this one friend.
Err, kisah cinta dia dapat tentangan hebat from famili.
Sebab lain darah dan keturunan.

Then, kawan-kawan ni terpanggil nak meraikan depa.
Since depa dah register marriage pun few months ago.
Yg tu letak tepi. Haha.

Ni nak cerita homestay yang depa book.
Tepi laut sungguh, tapi laut x boleh mandi ye.
Ruang porch boleh parking 4 kereta,
Depan rumah boleh tambah lagi 2 kereta.
Rumah ni dekat end lot, yakni hujung sekali.
Dia ada 2 setengah tingkat.
Boleh accomodate dekat 40+ orang rasa nya.
20 Ground Floor, 20 Tingkat Satu dan lagi 2 orang dekat atas sekali.
Yg atas sekali tu macam suite pengantin je.
Ada kemudahan BBQ, malam ada biawak besar keluar dr laut.
Ada pool kecik, sesuai untuk 2 thn kebawah je.
Kedai makan dalam 20meter, kena jalan kaki.

Besar bapak kan, luas la tu.
Kalau ada hammock, boleh la nak santai petang.

p/s: Iol teman kan aje

September 03, 2017

Birthday Pakcik Korea

Bismillah.

Its Pakcik Korea birthday celebration.
Birthday nye bulan April tapi sebab budak nya x balik cuti.
Maka mil buat lah majlis nya lambat.
This particular celebration is for anak yg dah masuk umur 21 tahun.
Simbolik of they are given freedom in life.
But it depends on how the family wants to potray la.
My mil lagi suka buat majlis.
But others, ada juga yg bagi pakej percutian etc.
As such, last year ada cousin hubs pun masuk 21st.
But parents dia bagi pakej melancong ke London 10 hari.

Baju Hana kali ni ditaja oleh pakciknya.
Sejenis Hanbok, pakaian tradisi Korea.
Tapi budak yg pakai tu muka Korea pun takda iras.
Perangai dia hari ni dok rebut belon.
Habis belon orang semua dia nak rampas buat harta.
Haih la perangai.

August 19, 2017

The New Journey

Bismillah.

Its Tuesday, a month ago Im starting my life here.
Good to have an opportunity of permanent staff.
Im left with 2 months probation.

Ok, so far, I didn't like the boss.
Hes to choosy and bossy.
And this one particular colleague, yg bajet pandai ya rabbi.
But, there's one thing here I fall in love with already.
The food.
American Breakfast, free drinks at RM6.90

Portugese Egg Tart, at RM2.90 each
Welcome to Memorie, where I make stomach memories.
Haha.

July 14, 2017

Selamat Tinggal

Bismillah.

Its quite possibly the hardest goodbye I have ever said.
But, its the time to move.
Honest speaking, I really love working here.
The environment, my colleagues, flexibility. good bosses.
Although on salary term, its a bit below par.
Finally, after 4 years.
I had to say goodbye.
Though I would wish to stay here for eternity.
It sad, and upsetting day.
I have to admit, the economy had taken tolls on IBM.
And its among the reason for downsizing.
I really wish my new workplace is just as good.
But that is something not determine by me.
Thanks for all the memories.
I will cherish every single time spent here.
And thanks for bringing me up to where I am now.

July 11, 2017

Last Raya Makan-makan

Bismillah.

Well, yg ni pun dah jadi aktiviti tahunan since ada Aini.
Tapi nampak gaya macam tahun ni yg terakhir je.
Since Dept dah nak tutup.
And ramai kena retrenched, and looking for new opportunity.
Wuu, Sedih wey.

Erm, kali ni makan meriah sikit.
Sebab ada Kak Afzan.
Dia org Kelantan kay, dan iol order laksam siap-siap.
This time, iol tambah pavlova cantik kebabum.
Di samping rendang mak, hihi.
Excuse the mess, fokus pada makanan saja ye.

July 09, 2017

Penang - Tapi Bukan Kenduri

Bismillah.

Hihi. Penang at last bukan sebab kenduri.
Ni datang teman hubs pegi competition.
Hobi mahal.

Competition nya dekat Juru Auto City.
Takde ape sangat kat sini kalau nak jalan-jalan tu.
Tapi boleh la tengok auto city.
Ada kereta mewah, kereta klasik, kereta kecil dan besar.
Ada motorbike and barang-barang spareparts.

Then dekat bahagian belakang tu macam ada funfair.
Ada love lock bridge, dan atractions yg comel-comel.
Memang penuh tempat tu, lagi-lagi hujung minggu.

Tahniah hubs sebab menang banyak trofi.
Kebetulan anak dia suka trofi.
Dia pegang je trofi tu.
Mungkin doa biar dapat kat dedi kot.
2 days past here, hari ketiga baru kita masuk pulau.
Pagi-pagi mula dekat Bukit Bendera.
Im back here since last trip masa 2012 dulu.
Now bawa anak dengan suami chuols.

Naik tram Bukit Bendera.
Harga tiket 2 hala:
Dewasa RM10
Kanak-kanak RM5
Boleh view disini.

Que x berapa nak panjang kali ni.
So boleh la naik guna normal rate.
Dekat atas bukit ada Sky Walk.
Boleh tengok view satu Penang dari atas ni.
Ada teropong, tapi macam terlalu tua dah.
Tarikan lain pun ada, cuma tuan tanah malas nak masuk.
1) Owl Museum
2) Toy Museum & 5D Cinema
3) Little Village
4) The Habitat
5) Love Lock
Turun dr Bukit Bendera, kita naik Feri Pulau Pinang.
Que panjang ye nak tunggu pagar bukak tu.
Dan of course la ramai yg suka potong-potong que.
Dah alang-alang atas feri tu, moh le kita bergambar.
Then kita naik highway dan balik KL.
Sampai jumpa lagi Penang.

June 28, 2017

Aidilfitri 2017

Bismillah.

Sedar x sedar dah setahun berlalu sejak raya pertama dengan anak.
This year raya, masih lagi bertiga ye.
Insyallah, kalau ada rezeki tambah adik lagi.
Biarlah Hana cukup 2 tahun dulu.
Budak manja tu, baby pun dia x suka lagi.

Tahun ni tema nya Hitam Turqoise Green ye.
Tahun lepas dah mak ko ijo, eh.

Salam Aidilfitri ye semua!

June 20, 2017

Bye-Bye Aini

Bismillah.

Bye-bye Aini.
Aini last day harini.
Sedih la, dah takde geng nak makan nasi lemak.
Ni geng mengular pegi lepak kedai makan, tapi kerja online.
Haha. Doakan moga Aini dapat peluang yg lebih baik.
Dan semuga berjodoh cepat.
Dak Aini bagi kek.
Boleh diabetes tahap kemanisan dia.

June 15, 2017

Aduhai Anak

Bismillah.

Anak iol seliuh tangan.
Sebab dia tidur tiarap, lepas tu x reti nak keluarkan tangan dulu sebelum pusing.
Dah sangkut tangannya kat belakang badan.
Lepas tu dia nangis tangan sakit.

Jap, mak nak gelak dalam hati.

May 02, 2017

Langkawi - Day 3

Bismillah.


Last day dekat sini.
Barang semua dah pack masuk beg baru, hihi.
Lepas sarapan dan check-out.
Kami move out to Langkawi Airport.

Kereta sewa tinggal je sana, kunci baling kat dalam.
Nanti orang nya datang collect sendiri.

Urusan sana mudah je, sebab dah check-in dulu.
Kali ni dapat flight MAS, and murah.
RM49 per person.

Akhirnya sampai KL dan ambil bas balik ke Jalan Ipoh.
Pengalaman yang best, dan cabaran sangat.
But, nanti akan repeat lagi hujung tahun.
Datang dengan famili mil pulak.

List untuk rujukan;

1) Ferry Kuala Perlis
http://www.langkawiferryline.com/
Adult RM18, Child RM13 (3-12 y/old)

2) Malibest Resort Langkawi
Memang best, bagi 4 bintang.
Sebab takde sarapan.
Just learnt that their website has been taken down,
But still booking can be made on other site.

3) Kereta Sewa
Iol x simpan contact number nya.
But boleh dapat dari anywhere on web.
Harga utk no peak season, Viva RM80 sehari

4) Bas dari KL ke Kuala Perlis
RM50 per pax, best try Transnasional
Depart dari Stesen Bas Jalan Duta

5) Bas dari KLIA ke Jalan Ipoh
RM10 je, tapi dia akn singgah KLIA2 sebelum terus ke KL.
Dalam 2 jam perjalanan juga ni.

6) Cable Car Langkawi
Dah cerita dalam entri sebelum ni.
Dan boleh refer web kalau nak beli in advance.
http://www.panoramalangkawi.com/buy-ticket/

Ok, tu je nak kongsi.
Bye

May 01, 2017

Langkawi - Day 2 Lagi

Bismillah.


Turun dari Gunung Machinchang.
Kami ke Dataran Lang.
Mengimbau kenangan kena jem punya lama, hihi.

Jalan-jalan tengok burung helang.
Mercu tanda Langkawi sejak azali.

Then berangkat balik ke penginapan.
Petang tu kami mandi laut.
Bawa budak kecik.
Pantai pun dah lengang, takda orang sangat.
Seronok la nak mandi.

Oh, area Cenang ni paling mudah.
Paling banyak convenience stor.
Ada Underwater World Langkawi.
Ada mall dan banyak kedai souvenir.
Dan juga kedai makan.

Malam tu kami jalan-jalan mall.
Beli coklat dan beli luggage baru.
Sebab masa datang tu sampai 3 beg kami bawa.
Banyak sangat.

Murah je harga beg nya, dalam RM130.
Borong coklat lagi dari Coco Valley & The Zon Duty Free.
Dekat sini pun ada Cenang Mall.
Semua walking distance je.

Langkawi - Day 2 Sambung

Bismillah.


Turun je SkyCab, kami pusing-pusing Oriental Village.
Nak masuk SkyDome dengan SkyRex x boleh sebab ada anak kecik ni.
Sempat masuk taman arnab.
Suka betul Hana dapat bagi rabbit makan.
Habis dia kejar arnab tu, paksa makan.

SkyDome
~ Dome separuh bulat macam planeterium
~ Tayang dokumentari pendek tentang alam sekitar atau angkasa lepas

SkyRex
~ Macam masuk Jurassic Park
~ Tengok dinosor dan seat kita pun move sekali macam naik jip

Tapi since dedua ni x boleh masuk, we ol terus ke 3D Art Museum.
Nak masuk ni kena buka kasut, dan masuk dlm plastik.
Dapat tag untuk claim masa keluar nanti.

Ruang dia sangat la besar.
Dan ada lukisan yg seolah-olah hidup dalam ni.
Tapi, kena lah follow tanda atas lantai.
Baru dapat ambil gambar se-real yg boleh.

Dah penat pusing, kami pun berangkat keluar.
Cari makan tengah hari dulu.

Langkawi - Day 2

Bismillah.


Hari ni hari kedua dekat Langkawi.
Anak bangun pagi duduk depan pintu balkoni.
Dia jerit, "Good morning big water!"

Lepas sarapan, weol gerak ke Gunung Machinchang.
Apa ada sini?
Ada cable car!
Cable car yang pegang rekod untuk longest free span mono-cable car.
Kalau gayat harap jangan naik.
Sebab antara tiang ke tiang tu memang jauh gils.

Sampai sini, cari parking yg biasa je.
Ada parking RM10 per entry, dekat sikit kot dengan entrance.
Sesuai la kalau yg bawa orang tua atau ramai anak kecil tu.

Then menapak kejap lalu oriental village.
Ada macam-macam kedai and attractions dalam ni.
First kami ke kaunter tiket dan beli pakej asas.
Tambah dengan express lane RM50 sorang.
Hana belum kena bayar lagi sebab dia baru setahun, hihi.
Jadi total per pax itu jadi RM90, RM40 untuk base fare + RM50 express.
Kalau nak lagi laju, boleh book direct dari webpage SkyCab, sini

Dalam pakej ni ada include ticket utk SkyDome, SkyRex, dan 3D Art Langkawi.
Tapi naik Cable Car dulu.
Cable Car kat sini macam akuarium sikit bentuk nya.
Sepanjang nak naik tu kita boleh tengok Selat Melaka dan Laut Andaman.
Anak iol takut tinggi, so dia memang peluk je dedi sampai atas.

Ada dua station dekat sini, middle dan top station.
Sampai middle station, semua kena turun.
Sebab on the way down cable car x kan berhenti lagi.

Dekat sini ada musician, main seruling.
Rasa macam cerita kungfu cina dah.
Ada love lock, dan jalan untuk ke SkyBridge.
Sadly masa ni dia dah tutup utk selenggara.
Dan tertera dekat sana kena bayar extra dalam RM15.

Then terus je naik atas, top station.
Dia punya tinggi boleh nampak Thailand kot. Haha.
So kami pusing-pusing amek gmbr dekat atas je.
Anak iol pulak seronok tengok laut dari kejauhan.

Dekat atas ada jalan denai, turun tangga semula ke middle station.
Ada lif juga (SkyGlider) tapi macam rugi pulak, sebab kena tambah duit lagi.

April 30, 2017

Langkawi - Masih Day 1

Bismillah.


Finally, Alhamdulillah!
Lepas check-in settle, kami terus ke bilik.
Ok, bukan chalet ye, dapat bilik hotel.
Takde expectation tinggi sebab banyak dah kecewa dr malam semalam.

Sampai depan bangunan, ada lif.
Alhamdulillah, bilik tingkat 2.
Then siar kaki tu, err, macam tempat jemur baju.
Jalan smpai hujung, baru dapat bilik nya.

Then, yg paling x sangka.
Bilik tu direct view ke laut.
Dan sangat lah luas.
Boleh letak lg satu double bed kalau ikut kan.
Alhamdulillah lagi.
Ada dah nampak sinar-sinar kegembiraan.

Hana tengok laut, melompat-lompat nak pegi mandi.
Tengok ada pool lagi kat bawah, lagi dia melompat.
Mak dia kata, dok sini makan dulu.
Nanti petang baru pegi tengok air.

Gigih mak dia pegi masak nasik anak.
Dah bawak periuk nasi tercomel dan barang-barang masak utk anak.

Pukul 3 baru dapat settle down.
Lepas makan, terus lelap balik.
Tu pun dah lebih 12 jam x jumpa katil.

Tidur la kami anak beranak sampai pukul 530.
Sedap dapat luruskan badan.
Petang tu jugak jalan tepi pantai.
Bawa anak jumpa laut, main ombak.
X berani nak mandi masa tu, ramai orang nya.

Santai-santai tu nampak lah flight Air-Asia.
Sambil fikir, ni mesti kita kan kalau naik flight.
Landed time patut pukul 6.
Gelak je dalam hati.

Alhamdulillah, sampai jugak sini bawa anak.
Walaupun tetiba tukar plan.

Langkawi - Day 1 Lagi

Bismillah.


Kereta lambat !
Ok, yg ni terkilan sikit sebab dah la kena tunggu utk org tu.
Boleh pulak dia gerak lambat.
Dari sebelum naik feri lg dah inform.
Sekali dia sangkut on the way nak ke jetty tu.
Dah la tu, dia datang satu kereta tp ada 3 customer.
Dia angkut 3 org kepala ni pegi dekat kedai.
Luar dr kawasan jeti Kuah.

Dah tinggal iol dengan anak lg berdua tepi jalan tu.
Nasib la anak kecik lagi, belum reti nak lari sana-sini.

Then hubs pulak sangkut dalam jem nak masuk jeti tu.
Masyallah, dugaan sungguh la masuk Langkawi kali ni.

Bila hubs sampai je, x banyak cerita terus punggah beg masuk bonet.
Dan move out dr jem jeti tu.
Hubs bagitau nasib kita dah book awal.
Sebab kereta kecik ni takda stok.
Yang ikut dia td lg 3 org, ada sorang masih sangkut dekat kedai tu.
Sebab dia mintak myvi, myvi takda.

Then we are moving out to Cenang.
Jalan x susah, drive able.
Since bukan first time mai Langkawi pun.

Dalam less than 20 mins dah masuk Cenang.
Tapi cam pelik sikit sebab dah ada highway.
Dan jalan pantai pun dah sehala.

Dua kali pusing baru dapat parking betul-betul depan pintu masuk.
Then, terus setel hal check-in.
Takde masalah kat sana sebab dah book awal dan direct dr resort sendiri.
Org sebelah pakai Booking, tp dah overbook chalet nya.

Langkawi - Day 1

Bismillah.


Maka bermula la episod kena tunggu feri.
Hana dah meragam sebab perut lapar.
Dekat dengan jeti ada KFC, anak iol x makan KFC lagi masa tu.
Mak pak dia puas fikir nak bagi makan apa.
Kesian dia.

Last2 dia nampak fries budak sebelah, dia pegi mintak.
Haih, tepuk dahi mak.
Dedi dia pegi belikan fries.
Mak dia pun xtau pasal pa kalut.
Biasa nak bawa anak jalan, dah siap jajan semua.
Kali ni betul x plan.
Kita merancang je kan.

Dah mengantuk teruk ni tunggu feri.
Dalam bas x boleh nak tidur sebab jem kejap-kejap berhenti.

Then bila feri sampai, nak berebut kerusi lagi.
Wih, seram mak.
Dapat seat, terus duduk.
Simpan beg elok-elok.
Tu pun dah tukar-tukar nombor kerusinya, lantak lah.
Nasib jiran sebelah tu ok je dah tertukar kerusi.
Dia pun ada anak kecik masa tu.

Terus susukan hana, then mak ngan anak dah lelap.
Dedi pun sempat lelap kejap.
Dah malas nak tengok kiri kanan.

Sampai ke Kuah, satu lagi pening.
Kereta lambat !

Sambung sini

April 29, 2017

Langkawi - Pre Day 1

Bismillah.

On this labor day, kami sefamili pegi Langkawi.
Ada banyak kisah menarik kat sini.

We suppose to board flight on Sun, 30 Apr.
Flight ticket dah booking siap check-in ye tuan-tuan.
Murah je masa dapat ni, sorang RM50 all inclusive.
Then come to think, my hubs da finish working Friday.
And, tengok timing flight tu pukul 6 baru akan reach Langkawi.
So dengan happy nye kami buat keputusan.
That night jugak nak naik Langkawi, by bus.
Nasib wey ada tiket bas lagi.
Tu pun dah pukul 11 punya bas.
Dan dah siap-siap book tiket ferry sekali utk pagi esok nya.
Then, tunggu punya tunggu.
Bas sampai pukul 12, duh.
Delay sejam, kami dah macam mak hilang anak.
Kejap-kejap tengok bas dah smpai ke belum.
Ok, lawak.
Naik bas double deck, dapat seat depan sekali.
Sepanjang perjalanan, jem ya rabbi.
Jangka sampai pukul 630 pagi tapi ni dah pukul 740 pagi belum jua tiba.
Ngam-ngam pukul 8 sampai dekat Kuala Perlis.
Memang rushing terus pergi Jetty.
Then sampai tengok gate dah tutup, tambah stres.
Tapi kerana kelurusan nya, bila dah tengok jam lebih 8.
Terus berhenti depan pintu.
Kalau lah teruskan je masa tu, masih sempat naik ferry pukul 8, wuu.

Bila tanya kaunter, ada tiket lagi tak.
Depa kata pukul 12 je ada.
Wey, sekarang bru pukul 8 lebih.
Nak melangut kat sana sampai tengahari pulak lagi.

Haha, stres kan.

April 20, 2017

Here Comes the Bad News

Bismillah.

Lepas bertapak disini since 2013.
And after set of rumors.
Its official, the team is closing down.

Yang paling terkesan is my colleague Yusof, since his contract end April.
And manager dah confirm no renewal.
With nothing else can be done.
Then the rest will end in June, August and October.
Including me.

Aini dah mula cari new opportunity.
Im still looking for it.
Wish me luck.

March 12, 2017

Melaka Trip

Bismillah.

Melaka Trip again.
Sebab iol nak tengok ikan,
And sempena setiap tahun pegi Melaka.

Wajib ok.
This year ambil gmbr dengan budak yg dah setahun.
Last year pegi dia dok dalam perut lagi.
Hihi.

February 19, 2017

Penang dan Perak

Bismillah.

Asal Penang je mesti kenduri.
My mil family memang originated from Penang.
So everytime to Penang means kenduri.
And still i cannot manage to memorize anyone there.
Just few families though.

Roughly spent whole day there then next day we are out to KL.
On the way kami singgah ke Batu Gajah.
Sebab nak tengok Kellie's Castle.

Apa sejarah castle tu?
~ Istana tu inspirasi William Kellie Smith dapat dr rumah asalnya dekat Scotland
~ Dia pengusaha getah dan timah di Lembah Kinta in 1890s
~ Said to have 14 rooms, lift, dungeon, terowong rahsia and in-house tennis court
~ Istana tu x siap sampai kesudah lepas William meninggal

Once you are here, seni bina tu memang mngagumkan.
Kalau siap agaknya, memang serupa istana.
But, i really dont like arrangement bilik dalam istana tu.
Its suffocating enough.
My personal comment ye, jangan kecam sis.
Then that time pun mungkin musim lalat.
So lalat is everywhere.

Nah share gambar.
Kalau ada kesempatan singgah la tengok tinggalan sejarah ni.