February 12, 2016

Day I Gave Birth (Part 4)

Entri sebelum

Hmm, part yg paling x best sekali is that, x boleh balik.
Sebab apa, masa lepas bersalin tadi, suhu badan naik 38c.
Terus Dr bg antibiotik, annnnd thats the reason why i cannot go home.
Walhal, demam dah kebah masa petang,
And baby no problem at all.
So, hadap la padang hospital tu selama 4 hari.
So jgn demam lepas bersalin. Haha.
Masa duduk hosp 4 hari, habiskan masa duduk dengan Hana je.
Ada sekali dua, dia lapar, nak susu, tapi bantai menangis kuat-kuat.
Nurse sampai datang tegur, takut kot mak nye takde ke.
Gelak je nurse tu, bila bagitau ' Dia x jumpa susu, dia ngamuk '
Nak pegi mana-mana, usung la budak kecik tu dlm troli.
Unless klw dah terpaksa pegi toilet, tinggalkan, pastu dia nanges.
Pengalaman ddk dlm wad 4 hari, sampai ke nurse hari-hari tanya.
' X balik lg ke? ' Siap bagi tips utk nmpak sihat dihadapan Dr.
Adui la hai, mmg bosan dah duduk dlm wad.
Sampai la hari Khamis, dari pagi dah ckp boleh keluar.
Tapi petang kol 5 baru dia nk buat surat discharge, pukul 6 baru nak cek jahitan.
Maghrib baru sampai rumah. Fuhhhh.
Lepas ni pesan kat suami, klw isteri nmpak cam ok tu.
Terus dtg mcm ahli sumo kat kaunter, mintak discharge jugak.
Alhamdulillah, baby ok. Mommy pun ok.
Takde apa nak komplen pasal hospital.
Sikit-sikit x puas hati tu, simpan sendiri je sudah.
Ok tamat, mari habiskan sisa-sisa berpantang.

Day I Gave Birth (Part 3)


I can remember how messy that room was.
Semua isi perut keluar, darah lagi.
Its a normal thing masa bersalin tu, terberak terkencing.
No need to feel shame. Semua tu memudahkan baby utk keluar.
Ada 2 3 jam dalam labor, bersalin 532 pagi.
Pukul 8 ada dalam bilik yg sama lagi.
Baru habis jahit, baru nurse dtg bawa baby.
Nurse cakap, 'lambat dah ni, bagi susu dulu'
Terkebil-kebil tengok nurse, camne nak susu baby.
Nurse tunjuk cara, si Hana susu sikit je, pastu dia tido.
Mata pun x sempat tengok. Nampak muka dia je.
Badan dah balut kain bedung.
Daddy dtg, terlelap dia kat tepi katil tu.
X tido semalaman, kelmarin pun x cukup tido.
Sempat pesan kat dia, baby kita ok, syg balik dulu.
Tidur kejap, nanti tengahari waktu melawat baru datang balik.
Sampai paksa dia balik, baru dia call MIL.
Pejam celik, 11 lebih baru turun wad balik.
Masa tu konon gigih nak pegi katil lama amik sume beg bawak pegi katil baru.
Sampai katil, abort abort, sebab rasa nak pitam.
Orang soh g rehat, dia sibuk nak ambik beg. Haha.
Lelap jap 5 10 minit, mak dah sampai.
Masa tu baru la pegi toilet, lap badan. Badan bau mcm apa tah.
Sebab dah biasa mandi 3 4x sehari.
Ni dari semalam x mandi, wuiii, rimas nye tuhan je yg tahu.
Malaysia yg panas ni, lepas keluar toilet terus berpeluh balik.
Dah sampai katil, relatives sume sampai dah.
Hana dekat depan, bilik depan kaunter.
Minta mak ambilkan. Hihi.
Ramai-ramai pegi depan tanya mana satu Hana Zulaikha.
Masa ni, lapar apa semua x rasa lagi.
Sempat lg tolak air halia. Minum seteguk dua je,
Pastu dah x lalu nak telan.
Almost 1 o'clock, baru deddy sampai.
Masa ni, memang dah betul-betul nak KO.
Ngantuk ya rabbi. Langsung tertidur.
Sapa-sapa datang tegur sume x heran dah.
Bila Hana nak susu, baru dedy gerakkan bangun. Sweet je.

Sambung sini

Day I Gave Birth (Part 2)


Awal gila masuk labor, sakit apa pun x.
Dekat sini, CTG lagi, tapi dah masuk zone bahaya.
Sebab, everytime mommy contraction, heartbeat baby drop.
Terus kena drip, bagi jalan bukak cepat sikit.
Lepas tu, contraction makin laju.
Tengah-tengah mamai tu pun boleh cakar habis tgn suami.
Dia dok senyap je, redho.
Masa-masa ok, sempat borak lagi dengan dia.
Ok, contraction xde masalah, tapi ada niy ha, MA ke Dr ke apa tah.
Datang-datang terus tepuk-tepuk cari urat tangan.
Dah cucuk tapi x kena, dia cucuk hat lain pulak.
Nasib x ingat muka, kalau x lama kena dah.
Bila contraction dah 2 - 3 minit sekali.
Dr datang cek bukaan, lambat sangat.
Dia tlg pecahkan air ketuban, mengalir panas je.
Sampai bukaan 10 cm, dah mula ramai dalam bilik.
Kiri kanan orang, satu pun x cam.
Dorang bagi 2 pole ada tali, utk pegang dan letak kaki.
Dia siap pesan, jgn lepaskan, nanti takda sapa nak tlg angkat.
And memang masa push tu, pegang tarik tali tu.
Push 2 3 kali baby taknak keluar, Dr cakap dia tergantung lagi taknak masuk.
Terus dia mintak vacum. Yg kelakarnya, boleh pulak dia mintak tukar vacum.
Sebab vacum yg dapat ni x cukup power.
Masa ni, husben dah kena tunggu kat luar.
Dia xboleh tunggu sebab ada bantuan alat.
Sebelum vacum, Dr bagitahu yg baby mungkin akan ada lekuk sikit dekat kepala.
Masa tu, ye kan je, sebab harap dia selamat keluar sudah.
Annd, dia sekali pop, terus keluar rasa lega ya amat.
Dr letak atas peha kiri, menangis si Hana, suara comel sangat alahai.
Bidan cakap, 'Kecik je budaknye. Tapi mak dia, satu hospital boleh dengar suara'
Haha. Dah sakit, x kan nak ketawa pulak kan kan,
Nurse bawak baby datang dekat, dia bagitahu, 'Puan, anak perempuan ye'
X sempat nk skin to skin, nurse dah bawak baby keluar.
Daddy tah mana hilang.
Dr continue jahit luka, eh tetiba orang sebelah panggil.
Org sebelah bersalin kembar. Dah hilang Dr.
Pas dah setel ngan org sebelah dia datang balik sambung jahit.
Boleh pulak dia macam tu. Ni manusia oke.
Masa tu mamai x ingat, lagi mintak gas, sebab rasa ngilu masa jahit tu.

Day I Gave Birth (Part 1)

Bismillah.

31-Januari, lahirlah seorang puteri dengan berat 2.5kg.
Kurus sangat masa lahir, sampai kan
gelang kaki hospital tu dah berapa kali hilang.
Nasib sempat simpan, kalau tak mau kena cas culik anak org.
Nama Hana Zulaikha ni memang dah lama confirm.
Maksud nya ada pelbagai.
Hana means kebahagiaan, otherwise is nama ibu Maryam.
Zulaikha means cantik gojes, or known as isteri kpd Nabi Yusof.
Hana Zulaikha lahir masa 36 weeks, awal 2 minggu dari tarikh due.
Dan lahirnya cukup sifat, cukup cantik.
Kisahnya, Jumaat malam tu baru mula contraction.
Itu pun sebab mama bantai cuci toilet.
Terkejut kot baby.
Nangis guling-guling sesorang sebab daddy keluar.
Tapi tidur masih lena. Hihi.
Then esoknya, ada spotting.
And contraction agak kerap, dalam sejam sekali.
Actually x berapa sakit pun. Macam boleh tahan,
Tapi MIL dah risau, Terus dia bawak pegi GH,
GH > mula haritu nak pegi Hospital Al-Islam dekat Kampung Baru.
Tapi, last month pregnancy, berat naik 2kg setiap minggu.
Sampai suspect darah tinggi. Jadi, taknak ambil risiko. Terus tukar ke GH.
Mungkin yg kedua nanti kot baru kita pergi private ye,
Pukul 4 petang dekat GH, tengah buat CTG scan.
2x, masih x cantik. 3x pun masih x cantik.
Terus Dr muda dua org tu risau. Panggil Dr lain datang,
Senior dorang kot. Buat VE, baru 1cm.
Tapi dia suruh masuk wad. So tukar la baju pink.
Kena usung masuk wad, dapat katil, lepak-lepak ngn husben.
Makan roti, minum air puas-puas.
Sebab last makan masa tengahari, itu pun bantai nasi goreng sepinggan,
Lepas tu bawak ke pukul 8, x makan apa.
Lepas makan buat CTG lagi. Dann lagi sekali x cantik.
MA dtg VE lg sekali, baru 3cm.
Tapi dia suruh usung masuk labor. Whaaaatttt?