March 28, 2015

Taman Rama-rama

Bismillah.

Weekend @ Taman Rama-rama Melaka.
Hah. Jangan ingat budak-budak je suka rama-rama.
Orang tua pun suka jugak. Hihihi.
Sabtu yang indah ni tetiba teringin nak pegi tengok rama-rama.
Dan macam kat KL takde je kan.
Nak pegi sampai Melaka.
But then, I wanna go Melaka pun sebab nak tengok ikan besar.
Takde lah nak tengok rama-rama sangat.
Jalan-jalan dalam taman ni buat orang rasa macam kat fairy land.
Dengan rama-rama terbang. Terasa pari-pari sangat.
Dah lah mood romantik semacam je. Haish.













Bukan rama-rama je ade dalam ni.
Ular pun ada macam-macam jenis.
Besar pulak tu.
Ada buaya. Buaya malas nak gerak.
And yang penting ada ikan febret.
Ikan gemok.
Kunjungan kali niy ditamatkan dengan sebungkus Pisang Cheese.
Lols~


March 15, 2015

Wedding Susan & Pulau Perhentian (Part 5)

Bismillah.

Sementara nak tunggu abg bot datang amek kol 4, ni la aktiviti kitorg.
Island Hopping !

Tapi sebelum tu gi makan dulu dengan spek besa. Hahaha.

Orait. Its time to jalan-jalan.
!st stop kita gi Pulau Perhentian Kecil.
Well, ekceli dah kompius mana besar mana kecik.
Cause all the time i believe the big island is Perhentian Kecil.


Kana-kanak riang main buaian. Hihi.



Ni, Kincir Angin kt Pulau Perhentian.
The only access yg ada is melalui jungle trekking, which i recently knew.
Kalau tak, awal pagi lagi dah nak naik atas ni taw.
Teringin sangat. Huhuhu.
Jeti yang ada tu dah runtuh dipukul ombak. And serius ombak kat kawasan ni kuat sangat.
And below is few stops after that.



Until around 330 petang which our designated driver, perasan kami ada kat kawasan tu,
Terus dia cakap nak bawak kitorang balik.
Hahaha. Its like, they have some license issue.
Im not sure. Tapi lepas setel payment dengan abg yg 1st tu.
Kitorang balik ke chalet dengan designated driver.
Terus collect our baggages & gerak ke Jeti.
Thats the end of Pulau Perhentian journey for now.

................

By 700 we reached Kuala Terengganu, dan sempat borong keropok lekor.
Hahaha. At around 830 sampai Dungun and dinner dengan budak yang belajar jauh tu.
And start our journey back to KL.
Dan memang sangat letih, tak mampu cakap dengan perkataan dah,
Berapa kali stop sepanjang LPT pun tak sempat kira.
Alhamdulillah, sampai KL safely and memang tido sampai ke Subuh.

The End.
Previous Entry.

Wedding Susan & Pulau Perhentian (Part 4)

Bismillah.

Ah, baru sempat nak strolling and amek gmbr kat Chalet.
Kitorang ddk tingkat 1, kena naik tangga la sikit.




 Sekitar kawasan chalet Flora Bay.
Ada chaelt tinggi rendah, kecik besar. Pilih je.
Then kitorg jalan-jalan sekitar kawasan.
Terjumpa chalet cantik ni.
Ekslusif sangat, kalau ada rezeki nak datang duduk sini pulak.




Sempat singgah minum air kelapa, makan pisang goreng panas.
Hui, bersaksikan pemandangan laut yang membiru.
Serius its a pengalaman yang takkan dapt kat KL.

..................

The next morning, bangun awal semata-mata nak tengok sunrise.
Tapi apakan daya, kita duduk kawasan yang tak nmpak matahari.
Apa-apa pun, pemandangan pagi kat sini tak mengecewakan.




Bersambung.

March 14, 2015

Wedding Susan & Pulau Perhentian (Part 3)

Bismillah.

Snorkeling tengah-tengah hari.
Tengah-tengah pulau. Hahaha.
Nah gambar sepanjang snorkeling.
Kita guna action camera yg beli hari tu.

Ni gambar paling mahal. Penyu.
Tapi dia duduk dasar laut ja. Sampai hati.
Taknak pun tunjuk muka kat kami.

Kena serang dengan ikan sebab kat tangan ada roti.
Jadi pengembala ikan untuk sementara. Hihihi.

Ikan apa taktau nama.
Tapi badan dia, bila kena biasan cahaya, ada macam-macam warna.


Gambar kaki orang. Hahaha.
Sebab nak pijak kawasan tu kaki tak sampai.
So ambil gmbar kaki orang aje mampu.



Gambar coral dengan ikan.
Tapi kan, serius coral yang niy dah tak macam masa 1st time dulu.
Dulu coral nya cantik lagi.
Warna ungu hijau. Kali ni, warna lumut je nampak.
Kenapa agaknya eh?
Last point untuk hari ni singgah kat Lata Air Berani.
Rupanya sini ada air bukit. Ke air apa ni.
Tapi memang sejuk, chilly and macam air terjun pun ada.
Abg bot bagi kitorg makan tembikai. Bahagia je.

Bersambung.

Wedding Susan & Pulau Perhentian (Part 2)

Bismillah.

Its time for Island again this year.
This time dah alang-alang ke Kelantan.
Terus dorang buat plan untuk pegi Pulau Perhentian.
Pengantin baru dah keluar awal pagi nak hantar kan kitorang ke Jeti.
Perjalanan ke Jeti Kuala Besut dalam 1 jam.
Kitorang pegi dengan agent tempat Choon kerja.

Beg dah macam nak duduk seminggu kat pulau. Hahaha.

Kalau bawa kereta, boleh terus park dekat sini.
Betul-betul sebelah dengan perhentian bas.

Upacara bagi angpau oleh pengantin.
Sebab raya cina, pengantin kena bagi angpau.
Gerak ke Pulau Perhentian. Ayuh!


................

Sampai je, lepas check in kat Flora Bay.
Terus tukar uniform. Sapu sun block siap-siap.
Sebab petang ni jugak kitorg gi snorkeling.
Hahaha. Nampak x kebusyan tu.
Sementara tunggu abg bot, kitorang lepak bawah pokok besar ni,
Ada buaian taw. Dengan pemandangan menghadap laut.
Boleh terlelap camni.
Tengoklah laut Pulau Perhentian yang biru ni. Subhanallah.


Tetiba abg bot lalu depan tempat kitorang duduk dulu,
Eh eh, dah lain sikit tempat ni. Dulu macam rumah tumpangan je gaya nya.
Sekarang dah naik batu semua. Oh mai.

Bersambung.

March 13, 2015

Wedding Susan & Pulau Perhentian (Part 1)

Bismillah.

Date 12-Mar-15. Jam 8:00 PM.
Bertolak dari KL to Tanah Merah.
We went to attend Susan Goo wedding.
Orang lain semua sampai awal dah. Kitorang lambat sikit sebab cuti lambat approve.
Reaching Tanah Merah pukul 1:30 pagi.
Terus cuci badan and tidur.
Event akan start Jumaat morning.

..................

Pagi yang sejuk. Rasa nak tergolek lagi.
Tanak bangun tidur. Taknak !
Tapi kena bangun jugak. Sedih sedih.
Awal pagi dah terpacak kat rumah pengantin sebab deco belum siap lagi.
Pengantin? Belum bangun lagi pun. Hahaha.
Lepas sarapan, kitorang sambung balik deco rumah pengantin.
Sampai lah tetamu dah mula datang.
Tak pernah lagi attend wedding kawan Cina.
Ni first time. Dan yang paling terharunya.
Lauk makan tengah hari guna catering Melayu Kelantan.
Sebab tetamu nya, ramai orang-orang kampung dekat Tanah Merah.
Dan yang jiran Chinese nye akan bawa pot luck.
Sho sweet of you Susan.

Ni separuh geng lagi. Ada dua orang hilang gi mana tah.
Hahaha.
Baru perasan dalam ni takda gmbar dengan pengantin.
Gambar snap sendiri tak cantik langsung.
Nah, gambar pengantin curi dari fb beliau.

Ekceli ada je gambar kitorang dengan Susan, tapi sebab nampak cam tak cantik.
Malas pulak nak letak, Hihihi.
Petang tu tolong angkat hadiah pengantin.
Ada upacara minum teh pulak dekat rumah Choon.
Dah nampak macam bodyguard pulak kitorang ni,

................

Malam tu kitorang gi makan Maggi Ketam.
Menyempat lagi makan mi ketam bagai.

Boleh tahan jugak rasanya.
Sila la try ye :)

Bersambung.