February 21, 2015

Jalan-jalan Tioman - Part 5

Bismillah.

Ah, sedar tak sedar. Pagi ni dah tunggu feri balik KL.
Kejap sangat cuti,

Pagi pukul 600 kat jeti. Gelap lagi woo.
Tunggu punya tunggu. Feri sampai pukul 700 pagi.
Dan in middle ada yang dah fed up tunggu, terus pegi sarapan.
Hahaha. Nasib lah.
Anyway, sebab tahu sangat dorang ikut tidal.
Jadi mungkin timing tu akan lari dan tak sama dengan dalam jadual.

Selamat dah sampai Jeti Mersing.
Selamat tinggal Tioman. We surely miss you!
Anyway, kitorang sebenarnya dah amek bas pukul 400 petang.
Tapi since dah smpai Perhentian Bas Mersing sebelum tengah hari.
Kitorang singgah makan dulu.
Masa tu buat keputusan untuk beli tiket lebih awal untuk balik KL.
Dan Alhamdulillah, dapat tiket pukul 130 petang.
Tapi ada isu sikit lah.
Sebab yang menjual tiket tu, dah overlap.
Nasiblah masih ada kosong dalam bas.
Cuma kena duduk berasingan la.
Kena pulak hari tu highway jem. Sebab orang dah beransur balik KL.
Dalam pukul 700 malam jugak sampai KL.
Ambil tren balik ke Sentul and we reach home soon after.
Habis dah trip ke Tioman. Esok ahad boleh relax.
Sebab Isnin dah kerja.

Attached here, contact kitorang ke Pulau Tioman.
Pondok Sri Salang
Pak Long
013-9805000

Entri sebelum.

February 20, 2015

Jalan-Jalan Tioman - Part 4

Bismillah.

*entri tanpa gambar

Ah, baru hari kedua kat sini.
Snorkeling! Snokeling!
Janji pukul 9, pas bangunkan budak-budak kat depan tu.
Kitorang tunggu punya awal kat jeti.
Pastu ada pulak orang yg lambat. Alihnye datang sekali dengan luggage.
Nak snorkeling ke nak balik tah. Hahaha.
First stop opkos la untuk water confident.
Tapi tak pasti pulak apa nama stop tu.
Ada dalam 15 minit kat sini, tolong ajarkan hubby ber-snorkeling.
Akhirnye beliau jadi lagi terel dari kita, Haha.
Bila ketengah sikit, teringat abang bot pesan jangan ketengah sangat.
Nanti tak reti nak balik.
Next, kita singgah kat Coral Bay then Monkey Bay.
Kat Coral Bay ni boleh nampak coral yang besar-besar, cantik tapi tak berwarna sangat.
Tapi ikan yang ada Masyallah, cantik sangat.
Nak kejar tak mampu lah kan, Tengok je,
Kat Monkey Bay, kita bagi ikan makan roti.
Abang bot bulatkan roti tu bagi sorang satu.
Suruh pegang, nanti ikan akan datang makan.
Sho sweet, rasa macam terapi je.
Terapi ikan yg tolong bersihkan kotoran tu. Hikhik.
Pastu baru pegi kat Taman Laut.
Kat sini, ramai sangat orang.
Pastu ikan sume besar2. Takat roti sekeping tu, tak sampai 5 saat hilang dah.
Tapi, kena hati-hati sangat.
Takut tersadung bot-bot punya tali sauh.
Tengok dari permukaan tu, nampak tajam je.
And, at the end, kita singgah Kampung Tekek.
Haa, kat sini ada kedai tax free.
Boleh la kalau nak borong cokelat.
Tapi, sebab kitorang pun punya eksaited dengan snorkeling.
Sampai kan cash pun tak bawak.
Bawak RM10 je pulak tu,
Beli makanan ringan je, Pastu habiskan masa ngumpat.
Lama jugak ada dekat sini.
Last-last abg bot yg perasan kitorang kat situ,
Dia panggil naik bot, tapi kena jalan agak 10 minit.
Jauhnya parking. Haish,
Masa tu la lalu kedai jual macam-macam.
Tengok je lah, Hahahaha.
Lepas tu balik ke Kampung Salang.
Baru kitorang gi makan tengahari.
Rehat kejap, sambung balik berenang-renang kat pantai.
Ombak kuat pulak masa tu, Mebi sebab air baru pasang.
Dah bosan berenang baru pergi pulangkan goggle.
Balik tido sampai petang,

Zzzzzzzzz~

Bangun-bangun perut dah lapar balik.
Bersiap-siap untuk makan malam.
Malam ni kitorang order set Western.
Dalam tu ada Ayam, Daging, Sotong, Udang.
Semua bakar punya.
Nasi putih 1 set. Air buah macam biasa,
Banyak jugak ow, penat nak habiskan.
Lepas makan, ronda-ronda kejap jeti kampung salang ni.
Ambil gmbar dengan bayang-bayang.
Pastu sambung lepak dengan budak-budak depan umah.

Bersambung.
Part 1
Part 2
Part 3
Part 5

February 19, 2015

Jalan-Jalan Tioman - Part 3

Bismillah.

Bangun je tido, baru mula unpacking. Best sangat cover tido semalam.
Orang tak selalu travelling macam ni la. Hahaha.
So perkara pertama di Tioman is menjelajah kawasan.
We walk from end to end. Nak tengok ada apa dekat Kampung Salang.
Rupanya untuk ke kampung yang lain, selain dari naik water taxi, kita boleh jungle trekking.
Walaupun Tioman ni besar pulaunya, tapi takda jalan bertar yang menghubungkan antara kampung.
For me, this is the best.
Kurang pencemaran, dan secluded.
Which gives you the utmost of the kampung you stayed.

Peta Kampung Salang.
Ok, kat sini boleh kata lengkap jugak basic ammenities.
Ada kedai runcit, kedai makan, booth jual tiket feri, tiket bas (in case kalau tak beli lagi).
Kitorang hunting for snorkeling trip untuk esok.
Dan dapat 1 pakej RM75 seorang, 5 stop including jacket & goggle rental.
Untuk aku, cukup murah la tu. Walaupun sebenarnya tak pasti sangat rate kat sini.
Bila dah confirm utk snorkeling, boleh terus ambil life jacket dan goggle.
Mana lah tahu nak kuak lentang kat pantai Salang ke kan petang nanti.
Hahahaha. Akak kaunter tu siap bagi resit lagi untuk bawa esok pegi snorkeling.

Perjalanan diteruskan lagi. Dan gambar ni paling femes sekali dalam google search.
Cuba check, pernah jumpa tak?


Tengoklah keindahan pasir pantai Kampung Salang ni.
Its beautiful dan sangat memukau.


Balai Polis pun ada. Comel je pondok nye.
Jaga-jaga. Ada yang memerhati, Hohoho.
Kualiti see-through pantai Tioman ni, aku bagi 4.5 over 5.
Sebab, walaupun air sangat biru dan boleh nampak dasar laut.
Mungkin waktu aku pegi tu, baru lepas musim tengkujuh kot.
Laut Johor pun effect sekali ke eh? Entah. Fail geografi. Lol~


Jeti Kg. Salang yang macam panjang tapi sebenarnya pendek je.
Anyways, orang cakap Kg. Salang ni yang tercantik di Tioman.
Tapi ada orang jugak cakap Kg. Panuba lagi cantik kalau nak diving.
Pendapat aku, sama je kot. Hahaha.
Motip datang sini nak lari dari rumah je.
Sesekali hirup udara tengah laut ni, macam-macam memori masuk dalam kepala.
How time past.
Petang tu, kitorang lepak tengok sunset.
Dan alangkah kecewa nya sebab tak nampak sunset pun.
Nampak cahaya kuning kemerahan je, sebab matahari tenggelam dekat sebelah yang lain.
Haih, kecewa.
Untuk makan malam, hari ni singgah dekat area Salang Beach Resort.
Menu makan dua orang:
2 Nasi Putih + Tomyam Campur + Daging Kunyit + Kailan Ikan Masin + 2 Air Buah =
Total RM38.00
Ada lah mahal jugak dari makan kat KL,tapi rasa nya masih affordable ni.
Menu yang sama boleh makan 3 4 orang, lebih lagi yang ladies.
Jom balik chalet!
Budak-budak depan chalet kitorang buat BBQ, so Maklong pun duduk lepak berborak dengan kitorang sementara nak tunggu ayam masak.
Hahaha. Duduk depan pintu punya pasal aku pun dapat ayam.
Kenyang weyy ~

Bersambung.

Jalan-Jalan Tioman - Part 2

Bismillah.

Pagi pukul 5:00, kkkrrrrrrrriiiinnnnnnng

Awal gila bangun bukak mata, jam loceng dah bunyi.
Terus pegi mandi, kemas apa yang patut. Terus siap-siap.
Feri pukul 6 pagi. Hah! 6 pagi? Biar betul ni.
Memang betul sangat. Tepat jam 6 je, uncle Lokman dah call tanya kat mana.
Hahaha. Kitorang pun cepat-cepat lah gerak.

Dari hotel kitorang stay tu, ada 5 6 minit jalan kaki untuk sampai ke jeti.
Dari jauh lagi dah dengar bunyi enjin feri.
Sampai jeti, terus ambil tiket then ke Kaunter Blue Water untuk dapatkan Bording Pass.
Ada beza taw boarding pass Hijau dengan Merah. Dan kalau takde Pass, tak boleh naik feri.
Harga tiket feri adalah RM35 sehala. Return ticket RM70.
Settle kat sana, terus beratur dekat kaunter Jabatan Laut.
Kena bayar conservation fee untuk marine park, RM10 seorang.
Orait, setel!

Tiket feri ke Tioman! Gambar : google
Alhamdulillah, time tu dah memang ada feri waiting. Terus boarding la.
Jeti Mersing ada sistem feri yang unik. Sebab apa?
Sebab, diorang tunggu air pasang. Kalau air surut, feri tak boleh nak lalu.
Dan sebab tu jugak, feri niy tak ikut masa dalam tiket.
Sampai ada yang kena tunggu berjam-jam untuk naik feri.
Pastu kena beratur berebut-rebut nak dapat seat.

Lepas dah dapat seat dan simpan bagpack, Pegawai Jabatan Laut
akan datang buat inspection. So make sure duduk dekat tempat sendiri.
Actually pegawai tu check pun sebab tak nak feri overboard.
Cuba bayangkan kalau air pasang pagi dan petang, jadi ada beberapa buah feri je yang boleh lepas.
Dan peluang niy la yang digunakan untuk memaksima penumpang. Bahaya bahaya.

Perjalanan dari Mersing ke Tioman akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Kalau mabuk, boleh keluar ke belakang. Tengok laut sepanjang perjalanan.
Ok, feri akan berhenti di 4 jeti. Whcih are, Genting, Paya, Tekek, Salang.
Jangan salah turun sudah.
pulau_tioman_map
Peta Pulau Tioman. Gambar : google
Sampai kat jeti Salang, sila ambil masa untuk melihat keindahan alam.
Subhanallah, cantik sangat. Its like a bay, dan terlindung.
Sambil jalan sampai hujung jeti, terus di sambut by PakLong.
Hahaha. On the spot, PakLong dah kenal muka aku.
Lepas dapat bilik, terus sambung membuta.

February 18, 2015

Jalan-Jalan Tioman - Part 1

Bismillah.

This long holiday, we went off to Tioman Island.
Sepanjang hidup tak pernah sampai ke Tioman.
Dan at last this year, we are here.
Pergi Tioman honeymoon ker? Hahaha. Takde maknenye.
We start of dengan train to Terminal Bersepadu (TBS), dengan bagpack yang besar tu.
Dah la bas awal gila pukul 6 petang. Haish.
Sebab cuti Tahun Baru Cina, ramai yang dah beli tiket bas lagi awal kot.
Maka kitorang pun terkedek-kedek lah naik bas.
Siap beli bekal mknn takut lapar dlm bas. Pastu tak dan sejam dalam bas,
dah mula rasa mual. Hahahaha. Mabuk bas.
Terus amek bantal, tutup muka, tido.
Takmau termuntah punya pasal, paksa jugak mata tido.
Yang husben layan movie. Hamboi, mentang-mentang Transnasional pun dah ada personal skrin.
Habis satu-satu movie dibukak nye.

Movie dalam bas. Gambar : google
Stesen Bas Mersing. Gambar : google
The best part dlm traveling kali ni is that, jam baru je pukul 12:00 tengah malam
masa kitorang jejak kaki Kat Mersing.
Lapar punya pasal, singgah makan dulu sambil-sambil tanya direction nak ke jeti.
Tak jauh pun, jalan kaki dalam lebih kurang 10 minit je.
Tapi dah tengah malam tu takut la jugak nak jalan.
Gagahkan jugak je jalan, walaupun beg berat.
Tah apa lah yang aku simpan dalam beg tu. Hahaha.
Kalau nak naik teksi pun boleh je, tapi macam tak berbaloi la.
Arah mana nak jalan kaki? Haaa.
Dari stesen bas Mersing tu, boleh nampak KFC.
Lintas jalan dan lalu ikut susur KFC sampai hujung.
Then terus jalan kedepan, akan nampak parking lot,
Terus je sampai hujung.

Sepanjang jalan ke jeti ada few hotels.
Sebenarnya tak plan pun nak tido.
Tapi dah sampai awal punya pasal, apa nak buat tunggu 5 jam.
Terus cari tempat baring kejap.
Apa lagi, mandi, tido terus la.

Pagi pukul 5:00, kkkrrrrrrrriiiinnnnnnng

February 12, 2015

Happy Chinese New Year

Bismillah.

This year CNY fall on 19th February.
On which I supposed not to be in KL.
Hahaha. Anyway, we had an early celebration.
Lunch treat @ Rakuzen.
Ah, serius tak biasa dengan makanan Jepun.
But yeah, I can try, I supposed.
Most important, yee sang. Untuk celebrate this new year.
And macam-macam la wish yg keluar.
Paling tak boleh tahan, Wish orang pregnent.
Hahahaha.





February 01, 2015

Happy Anniversary! Setahun Dahh

Bismillah.

Happy Anniversary!
Dah setahun berumah tangga. Thanks for everything.
Harap kita utuh sampai hujung hayat.

#insyallah