December 31, 2015

Seoul Garden

Bismillah.

Last day of 2015. And kitorang serius tak taw nak makan apa.
Pusing-pusing One Utama sampai New Wing.
Itu pun masih belum decide lagi.
Orang lain dah holiday.
Tinggal dengan Aini ja kat opis.
So lalu tepi Seoul Garden.
Cakap kat Aini, 'kita makan sini je la'
Aini cakap okey. Hahaha.
Maka bermula la episod makan daging panggang.
Since daging craving ni. Ape lagi.
Meja yang cantik berseri tu pun penuh dengan pinggan.
Tak padan makan dua orang. Hihihi~


Sebab last day, kitorang makan sampai pukul 3.
Mengular betul. Hahahaha~

Bye-bye 2015 (-_-)

December 19, 2015

Pavlova

Bismillah.

Hai pavlova. We never met before.
But I dont think I will have you again.
So manis. I dont like.
Hahaha. Ini Pavlova.
Order dengan adik punya mummy.
Cantik sangat. Sayang nak makan mula-mula tu.

Tapi, bila dah makan.
Allah, manis nya.
Semanis cinta. Hukhuk
Not for everyday consumption.
Tapi puas hati sebab finally dapat jugak makan. Yay!

December 04, 2015

NY Steak Shack

Bismillah.

Omaigod! Steak.
Kambing. Im so kambing crave lately.

Sepinggan kambing untuk lunch harini.
Went makan together with team from 18th.
Rindu dah. Lama x lepak2 ngan diorang ni.
Oh ye, sini kan. Pelik tau.
Mintak cappucino. Dorang bagi in a cup, tapi it looks like shot.
Macam not yet mixed something-something.
I dont know how to describe. Im not coffee craver.
Tapi its bit weird la dorang buat camni.
Panggil waiter and tanya 'apsal kopi ni separuh cup ja?'
Dia amek cup tu, and pergi tambah air,
Hahaha. So funny.
And, here'e Magnum untuk pencuci mulut.

Hujung tahun dekat One Utama ni ada macam-macam sale.
Iol tolong makan je~

November 06, 2015

Sweetree Restaurant

Bismillah.

Entry about makanan lagi.
Today, we went dining at Sweetree, Ampang.
Kedai makanan Korea, and Halal.

Gambar dari sini
We never went here.
Tapi few friends went there, and dorang suggest makanan Korea sini sedap.
My hubby pun tak pernah makan makanan Korea.
But the best part is, he want to try on.
Menu makanan tak sempat snap,
Tapi muka musykil tengok menu ada la. Hahaha.

Pura-pura candid.
Makanan hari ni ----->

Momey kannn.
I think those Koreans suka sangat makan sayur.
I can see sayur in everything.
Dont forget to try Kimchi.
Ada macam-macam jenis nya.
Gambar x snap sebab lahap.
Tapi pinjam gmbar orang jap.


And weol order satu plate ayam. Ayam goreng spicy.

Ok, perut super full.
Pas makan, boleh bergambar sambil pakai Hanbok.
Pakaian tradisional Korea. Macam dalam drama Korea tu.

Nah, muka bawak budak tapi tersembunyi dek Hanbok.
Hahaha. Sesi bergambar sampai bosan.
Then kitorang terus balik. Penat wuh.
Bye-bye makanan~

October 12, 2015

Sekeping Serendah

Bismillah,

This October, we went Sekeping Serendah.
Booking can be made here: Sekeping Serendah
And best map I found online: 

Journey to here not that susah.
Just use highway arah utara, and exit at Serendah.
From there, less than 20 minutes dah sampai Sekeping.
But, a gentle reminder, off road condition.
Salah masuk jalan, nanti balik kena tukar absorber. Hihi.

Ok, sampai gate. Tunggu caretaker datang.
Setelkan full payment, Then he will lead you to the room.
And sila curi nafas banyak-banyak kali.
Sebab our room, ya Allah, tinggi. Kena mendaki.
And paling seram, curam gila jalan.
Jangan pakai kasut tapak licin.
Konfem menangis takda lagu nanti.

Bilik kami.


.........
Best part is, tempat ni sangat secluded.
Not even gerai can be found.
We brought our food.
Will start barbeque at 6pm.
.........
Bbq view from verandah.

Kambing bakar. Nomnom~
Kitorang bawak makanan macam nak makan 3 4 orang.
Padahal duduk nye 2 orang je.
Siap bawak bekal utk sarapan lagi.
We love food. Definitely!
..........
Full view of our stay.





Santek sangat kannn.
I love this place.
Serenity. Tenang dikelilingi kehijauan,
I wish to come back.
..........
Surround the ground, ada pool.

..........
Konsep minimalis.
And don't worry. Even though seat dia made of mesh wire.
You will be surprise how comfy it could be.
.........
Till we meet again Sekeping Serendah.

October 05, 2015

Lasagna

Bismillah.

Mengigau nak try buat lasagna.
Sebab kalau beli pun kena cas paling murah RM10 sebekas.
Jadi, this time nak try buat sendiri.

Actually, hari tu gugel terjumpa satu resepi mudah ni.
So, sharing dari tuan belog > sini

Bahan-bahan yang diperlukan :

(A)
Prego Sos Tomato
Cendawan butang
Daging / Ayam Kisar
Bawang
Black pepper & Oregano

(B)
Susu Segar / Full cream
Planta
Tepung gandum
Keju Cheesdale

(C)
Kepingan lasagna San Remo
Keju Mozarella / Pizza Topping Emborg

Langkah-langkah :
1) Buat Sos Tomato
~ Bawang besar hiris dadu
~ Cendawan butang hiris halus
~ Tumis bawang merah hingga layu
~ Masukkan daging / ayam kisar. Masak hingga warna berubah taw
~ Masukkan setengah botol. Kalau beli yang kecil, terus masukkan semua ya
~ Masukkan cendawan yang dihiris nipis tadi
~ Tunggu sebati. Jangan lupa masukkan sedikit serbuk oregano, garam & black pepper
~ Ketepikan

2) Buat Sos Keju
~ Panaskan planta 2 sudu dalam kuali
~ Masukkan 2 sudu tepung gandum. Pada awalnya mungkin akan
berketul tapi terus je kacau hingga sebati
~ Masukkan susu segar 200ml
~ Bila bahan sebati, masukkan 2 keping keju cheesedale
~ Jangan lupa masukkan sedikit garam

3) Susun-susun
~ Rebus kepingan lasagna hingga lembut dan tos
~ Lapiskan dalam loyang pembakar
~ Letakkan Sos Tomato, Kemudian Sos Keju & Pizza Topping / Keju Mozarella
~ Lapiskan lagi dengan kepingan lasagna dan seterusnya hingga memenuhi loyang tadi
~ Lapisan paling atas sekali mestilah Keju Mozarella / Pizza Topping

4) Bakar !
~ Bakar pada suhu 180 celcius, selama 40 minit
~ Biarkan sejuk seketika dan makan !

Tuan tanah tak sempat snap gambar sebelum
Bila dah separuh makan baru tersedar. Hahaha

Secara overallnye, resepi ni paling mudah nak ikut.
Dan hasilnya memang tak mengecewakan.
Sedapnya makan.

September 21, 2015

My Thumb

Bismillah.

*graphic content warning

Bila ada kat dapur, macam-macam insiden boleh jadi.
And this one is unexpected.
Tapi solely my fault.
Orang nak belah buah letak dulu atas papan landai.
Ini letak kat jari. Kesudahannya, memang jari kena luka.
Luka dalam pulak tu. Huhuhu.
*Nanges sesorang
Pastu kena pegi klinik. Doktor cakap senang je.
"Ni kena jahit."
Lagi la nak nanges. Hidup lama dah, tak pernah kena bius.
Tak pernah kena jahit.
Tapi bila fikirkan balik. Pengalaman tu.
Bukan selalu akan dapat. Hahaha.
Ni gambar sepanjang ibu jari berjahit.
Sampai lah dah bukak jahitan.
Duration : 9 to 21 Sep 2015

Fresh wound.


Masa nak buka stitches.

Final dresing.
And now, recovering stage
Insyallah.

July 17, 2015

Salam Aidilfitri 1436

Bismillah.

Selamat Hari Raya!


This year tema we oll Biru.
Hahaha. Dan kena bagi angpau jugak.
Boelh tak kalau dah tua pun dapat angpau lagi. Huuhu.

July 05, 2015

Asmara Pencahala

Bismillah.

Today berbuka at here~~
I found out this place while browsing online.
Tetiba jumpa Felda D'Saji, at Penchala.
Eh eh, macam dekat je ni.
So try out la macam mana sistem dorang.
And its great time.
Makanan dorang susun cantik je.
And varies. Sampai tak sempat nak rasa dessert apa.
Sume habis (-_-)
Masuk ja depa dah siap reserve table.
Ta kisah la duduk mana sebab dating dua orang je. Hihihi.


Ni view pintu masuk.
Ala Bali.


Romantik gitew.
Tempat ni orang biasa book untuk wedding reception.
Tapi bulan Ramadhan, they are open for iftar.

July 01, 2015

Baby - 08 Weeks

Bismillah.

Our first time seeing you.
We really thought we found out about you too late.
Rupanya, baby baru 8 minggu now.
Dr yang scan tu pun terkejut.
'Eh, kecik lagi dia ni.'
But then she did mention, its due to inconsistency of menstruation.
'So jangan risau sebab baby sihat.'
Alhamdulillah.
To know that you are there, is something I didnt expect.

So, the EDD is changed to 8-Feb-16.
Instead of December 2015.
I guess you will be January baby.
Will see~


June 09, 2015

Baby - We found You !

Bismillah.

Whether, you hide what is in your hearts or reveal it, Allah knows it all:
He knows what is in the heavens, and what is on earth. 
[3: Al-Imran-29]

Allah knows best.
Siapa nak jangka tahun ni dapat rezeki anak.
Alhamdulillah. Terima Kasih ya Allah untuk rezeki yg tak terduga.

This weekend, the whole family went to Port Dickson.
Outing bersama, lepak and makan-makan.
The hot day, soaking under the sun.
Then, when arrives home. I notice something weird.
My feet swollen.
Pegi tunjuk kat suami.
'Sayang, see my feet. I cannot see my ankle redy'
'Aik, why is this? What happen?'
'Em, pregnen kot. Dulu masa makcik pregnen pun kaki dia bengkak'
Walhal orang tu kaki bengkak masa dah sarat. Hihi.
'Macam ni, kita g klinik la check'
Dalam hati dok kata, baby ni. Konfem baby.
..........
We went to klinik today, Klinik Kesihatan.
Buat urine test. And tunggu Dr panggil.
Tanya lagi kat suami,
'Kalau betul baby camne?'
'Kita jaga la dia.'
'Tapi tak macam awal sangat ke ni?'
'Sayang, Allah dah bagi rezeki kan. Kan Dia lebih tahu'
Sambung bermonolog sesorang.
..........
Nombor dah dipanggil, masuk bilik Dr.
Dr cakap, 'Tahniah! Ujian air kencing ni positif'
'Positif means memang ada baby la kan Dr?'
'Ye, Bila tarikh kahwin ni. Boleh mintak tarikh last menstruasi'
Dr mula kira-kira.
'Ni kalau ikut, baby dah 11 weeks ni. EDD 29-Dec-15.
Pegi Klinik Ibu Anak, buat buku pink ye. Sebab lambat dah ni'
Muka masing-masing macam blur lagi.
'Baby? Seriously. Baby?'

..........
Dalam terkesima tu, sempat pergi Klinik Kesihatan Jinjang.
Dorang kata luar kawasan, pegi klinik yg paling hampir dgn kediaman.
Gugel-gugel. Ada satu Klinik Ibu Anak dekat area Segambut.
Esok terus cuti sebab nak buat buku pink.
..........
Alhamdulillah.
After a year being married.
Akhirnya sampai rezeki anak.
Betul-betul tak sangka.
Sebab nya, baby niy, bila buat UPT, semua pun negatif.
(-_-!)

June 04, 2015

Misi Kampung Halaman (Part 4)

Bismillah.

On our way to Teladan Square.
We went shopping here. Sambil jalan cuci mata.
Baju. Telekung. Kain macam-macam jenis.
Tapi sebab dah beli t-shirt, takde mood dah nak membeli.
Nanti kena beli luggage pulak. Haha.
Bought my hubby sehelai baju utk solat.
Biasa dlm sinetron selalu tengok baju solat lelaki niy.
Bersulam bagai. Cantik.

..................

Then we move on to Istana Maimon.
Istana lama dekat Kota Medan.
Berangan jadi anak raja jap. Siap sewa kostum.





..................

Thats the closure for Medan Tour.
Terus ke airport.
Balik Malaysia.
Overall, travelling terlalu banyak and tired by shifting hotels.
Enjoyable, banyak tempat menarik.
Tak sesuai utk yg berumur dan anak kecil.
Anyway, next year belum tentu lagi dapat jalan-jalan.
Best part is, dapat bawak adik 2 orang niy berjalan.
Ada adik lagi 2 orang pulak nak bawak lepas ni.

Balik dulu ! Bye!

June 03, 2015

Misi Kampung Halaman (Part 3)

Bismillah.

Today we went to Gunung Sibayak.
Gunung berapi yang dah lama tidur tapi a bit aktif lately.

Tengok asap kepul-kepul naik.
Woo. Kalau gunung berapi meletup ni.
Pengalaman paling ngeri kot. Huhuhu.
Pastu pergi singgah kebun strawberry.
Tapi strawberry nya takda, sebab baru habis petik semua.
Ada customer buat majlis dan order banyak strawberry.
Oh well, I don't exactly care. Sebab bukan jenis makan buah masam tu.

Anyway, bunga sangat cantik kat area ni.




Sempat singgah beli souvenir. Beli baju t-shirt Medan.
Pandai orang jual tu nak kelentong.
Cakap sehelai Rm30, tapi bila beli 10 helai boleh diskaun.
But then dia bagi harga dlm Rp.
Nasib tergerak hati nak kira balik ikut currency.
Kalau tak, ade dekat Rm20 dia makan free.
Sila hati-hati ye.

...............

On our way back to Kualanamu, singgah kejap makan jagung bakar.
Funny part is that, jurujual tu bakar jagung dekat luar kawasan kedai.
Then, ada monyet turun senyap-senyap dari atas bumbung.
And bawa lari jagung dari tempat bakar tu. Hahaha.
Omaigod, tak sangka monyet pun bijak sampai macam ni.

Ni jagung, makan sambil tengok gunung-ganang.

.................

And on the way down, semua pun dah berapa kali bangun tidur.
The road here, agak creepy for those yg baru belajar kereta.
Memotong macam takda kereta kat depan.
Sesuka hati. And God knows berapa kali Pak Supir ni tekan break.

..................

Sampai je Medan, Lunch last dekat Cindelaras.
Serius makan bertambah. Haha.
Then check-in our last hotel stay.
Hotel Madani Medan.
Best nya kat sini, depan ada masjid besar, Masjid Raya.

And next to hotel ada mall.
Hahaha. Petang tu jugak pegi jelajah mall tengok kalau ada benda best.
Mall Yuki Simpang Raya.
Takde apa yang menarik pun dalam ni. 

..................

Then malam tu tidur kaki rasa sakit je.
Banyak sangat jalan. Hahaha.

*Mama sempat pegi spa, urut badan.

June 02, 2015

Misi Kampung Halaman (Part 2)

Bismillah.

Our second day in Medan.
Ok, first thing is that you wake up feeling breezy.
Cold morning here at Toba Lake.
Buka pintu bilik, you can see tasik terbentang luas,
You almost believe it was the sea.
Oh hey, we are at Danau Toba International Cottage.


The room. Siap tingkap lagi.

Pool, Overlooking Lake Toba.

Sambil tunggu feri ke Pulau Tomok. Lepak dulu bergambar,
Medan is known for orang Batak.
Kaum Batak ni, kalau ikut kata nenek moyang.
They are man eater. But then I never dared to ask whether its true.

Anak orang Batak berenang dalam Tasik.
Trend is, orang suka baling duit dalam air.
I don't know why. But yes, money attract kids.
Maybe there are some other reason, for luck. Maybe.

Off the boar. Into Pulau Tomok.
Apa yang uniknya is that, this is lake, tapi ada pulau.
Biasa laut yang ada pulau.
Some fact to digest. Hahaha.

"Horas !"
It means Selamat. More of a greeting.
Then, we are introduced to the history.
The only I can remember is, story about the prettiest girl in town.
She was so pretty that everyone wants her.
That's the legend say.
Habis here, we went watching si Gale-Gale.
Kisahnya, dia ni anak raja dulu tapi mangkat sebab sakit.
Jadi, utk ubat kerinduan, his father request for a doll that dance,
Annnd, Pak Supir cakap. Patung tu boleh bergerak sendiri. Woooo~

At the end, waktu membeli belah.
I bought a fabric, turquoise blue tapi tak tahu lah bila nak jadi baju nya.
Hahaha. We are off the island by noon.
View on the way back, the lake is hugeee !

.................

Lunch time !
First time makan gaya macam ni.
The rule is, kalau taknak, jangan even sentuh lauk tu.
Sebab bila dah sentuh, automatik you must pay for it.
So, kitorang awal-awal lagi buat pemilihan.
Yang takmau, semua letak tepi.
And well opkos la benda yg sedap je tinggal depan mata.
Makan-makan then pegi solat.
Kreatifnya, ruang solat dia letak kat bawah kedai.
Which means, tengok dari mata kasar memang tak nampak.

..................

Next stop is at Air Terjun Sipiso-Piso.
Tengok dari jauh ja mampu. Nak turun sampai bawah memang tidak la.
Very tall. I couldn't recall the history.
But I remember having cup noodle there. Hahaha.

...................

Leaving for Brastagi. Check-in to Green Garden Hotel.
Bunga dekat sini so nice. I bet sebab tanah tinggi.
So cuaca sejuk je.


Shantek kann.
Makan malam hari ni macam biasa. So nothing interesting.
But kangkung dia gila besar. Lol~

..................