February 19, 2015

Jalan-Jalan Tioman - Part 3

Bismillah.

Bangun je tido, baru mula unpacking. Best sangat cover tido semalam.
Orang tak selalu travelling macam ni la. Hahaha.
So perkara pertama di Tioman is menjelajah kawasan.
We walk from end to end. Nak tengok ada apa dekat Kampung Salang.
Rupanya untuk ke kampung yang lain, selain dari naik water taxi, kita boleh jungle trekking.
Walaupun Tioman ni besar pulaunya, tapi takda jalan bertar yang menghubungkan antara kampung.
For me, this is the best.
Kurang pencemaran, dan secluded.
Which gives you the utmost of the kampung you stayed.

Peta Kampung Salang.
Ok, kat sini boleh kata lengkap jugak basic ammenities.
Ada kedai runcit, kedai makan, booth jual tiket feri, tiket bas (in case kalau tak beli lagi).
Kitorang hunting for snorkeling trip untuk esok.
Dan dapat 1 pakej RM75 seorang, 5 stop including jacket & goggle rental.
Untuk aku, cukup murah la tu. Walaupun sebenarnya tak pasti sangat rate kat sini.
Bila dah confirm utk snorkeling, boleh terus ambil life jacket dan goggle.
Mana lah tahu nak kuak lentang kat pantai Salang ke kan petang nanti.
Hahahaha. Akak kaunter tu siap bagi resit lagi untuk bawa esok pegi snorkeling.

Perjalanan diteruskan lagi. Dan gambar ni paling femes sekali dalam google search.
Cuba check, pernah jumpa tak?


Tengoklah keindahan pasir pantai Kampung Salang ni.
Its beautiful dan sangat memukau.


Balai Polis pun ada. Comel je pondok nye.
Jaga-jaga. Ada yang memerhati, Hohoho.
Kualiti see-through pantai Tioman ni, aku bagi 4.5 over 5.
Sebab, walaupun air sangat biru dan boleh nampak dasar laut.
Mungkin waktu aku pegi tu, baru lepas musim tengkujuh kot.
Laut Johor pun effect sekali ke eh? Entah. Fail geografi. Lol~


Jeti Kg. Salang yang macam panjang tapi sebenarnya pendek je.
Anyways, orang cakap Kg. Salang ni yang tercantik di Tioman.
Tapi ada orang jugak cakap Kg. Panuba lagi cantik kalau nak diving.
Pendapat aku, sama je kot. Hahaha.
Motip datang sini nak lari dari rumah je.
Sesekali hirup udara tengah laut ni, macam-macam memori masuk dalam kepala.
How time past.
Petang tu, kitorang lepak tengok sunset.
Dan alangkah kecewa nya sebab tak nampak sunset pun.
Nampak cahaya kuning kemerahan je, sebab matahari tenggelam dekat sebelah yang lain.
Haih, kecewa.
Untuk makan malam, hari ni singgah dekat area Salang Beach Resort.
Menu makan dua orang:
2 Nasi Putih + Tomyam Campur + Daging Kunyit + Kailan Ikan Masin + 2 Air Buah =
Total RM38.00
Ada lah mahal jugak dari makan kat KL,tapi rasa nya masih affordable ni.
Menu yang sama boleh makan 3 4 orang, lebih lagi yang ladies.
Jom balik chalet!
Budak-budak depan chalet kitorang buat BBQ, so Maklong pun duduk lepak berborak dengan kitorang sementara nak tunggu ayam masak.
Hahaha. Duduk depan pintu punya pasal aku pun dapat ayam.
Kenyang weyy ~

Bersambung.