February 19, 2015

Jalan-Jalan Tioman - Part 2

Bismillah.

Pagi pukul 5:00, kkkrrrrrrrriiiinnnnnnng

Awal gila bangun bukak mata, jam loceng dah bunyi.
Terus pegi mandi, kemas apa yang patut. Terus siap-siap.
Feri pukul 6 pagi. Hah! 6 pagi? Biar betul ni.
Memang betul sangat. Tepat jam 6 je, uncle Lokman dah call tanya kat mana.
Hahaha. Kitorang pun cepat-cepat lah gerak.

Dari hotel kitorang stay tu, ada 5 6 minit jalan kaki untuk sampai ke jeti.
Dari jauh lagi dah dengar bunyi enjin feri.
Sampai jeti, terus ambil tiket then ke Kaunter Blue Water untuk dapatkan Bording Pass.
Ada beza taw boarding pass Hijau dengan Merah. Dan kalau takde Pass, tak boleh naik feri.
Harga tiket feri adalah RM35 sehala. Return ticket RM70.
Settle kat sana, terus beratur dekat kaunter Jabatan Laut.
Kena bayar conservation fee untuk marine park, RM10 seorang.
Orait, setel!

Tiket feri ke Tioman! Gambar : google
Alhamdulillah, time tu dah memang ada feri waiting. Terus boarding la.
Jeti Mersing ada sistem feri yang unik. Sebab apa?
Sebab, diorang tunggu air pasang. Kalau air surut, feri tak boleh nak lalu.
Dan sebab tu jugak, feri niy tak ikut masa dalam tiket.
Sampai ada yang kena tunggu berjam-jam untuk naik feri.
Pastu kena beratur berebut-rebut nak dapat seat.

Lepas dah dapat seat dan simpan bagpack, Pegawai Jabatan Laut
akan datang buat inspection. So make sure duduk dekat tempat sendiri.
Actually pegawai tu check pun sebab tak nak feri overboard.
Cuba bayangkan kalau air pasang pagi dan petang, jadi ada beberapa buah feri je yang boleh lepas.
Dan peluang niy la yang digunakan untuk memaksima penumpang. Bahaya bahaya.

Perjalanan dari Mersing ke Tioman akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Kalau mabuk, boleh keluar ke belakang. Tengok laut sepanjang perjalanan.
Ok, feri akan berhenti di 4 jeti. Whcih are, Genting, Paya, Tekek, Salang.
Jangan salah turun sudah.
pulau_tioman_map
Peta Pulau Tioman. Gambar : google
Sampai kat jeti Salang, sila ambil masa untuk melihat keindahan alam.
Subhanallah, cantik sangat. Its like a bay, dan terlindung.
Sambil jalan sampai hujung jeti, terus di sambut by PakLong.
Hahaha. On the spot, PakLong dah kenal muka aku.
Lepas dapat bilik, terus sambung membuta.