Bismillah.
Tetibe je ade misi bagai. Kali ni misi mencari kain cotton. Atas nasihat-nasihat pakar yang selalu borong cotton. Kitorang pun bergeraklah ke Ho Chi Minh. Ho Chi Minh @ nama lamanya Saigon adelah terletak di Vietnam. Perjalan dari LCCT ke Ho Chi Minh mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah je. Belum sempat panas lagi tempat duduk, dah sampai Vietnam.
Perkara pertama yang buat kitorang eksaited bila dah masuk ruang udara Vietnam adalah Sungai Mekong. Dulu masa sekolah belajar kan, Sungai Mekong terpanjang di Asia. Memang panjang macam ular kena palu. Perasaan masa tu tak payah nak cerita lah, bersemangat gila.
Kitorang pegi Ho Chi Minh (HCM) ni atas tajaan sendiri. dan tak menggunakan khidmat pegawai pelancong pun. Semua pakai redah je macam HCM tu kawasan Kelantan. Antara persediaan awal kitorang sebelum pergi sana:
Pastikan ada tempat tinggal. Kalau memang hobi nak bershopping, sila booking hotel dekat kawasan Ben Thanh Market.
Buat jadual tukaran matawang asing. Macam kitorang, dah siapkan satu list kecik yang ada tukaran VND-MYR-USD. Jadi, bila ada urussan jual beli, kitorang refer pada table je.
Nak pegi Vietnam tak payah ade visa. Dalam flight pun takde borang Visa-on-Arrival. So tak payah la tanye ngan akak pramugari Air Asia tu.
Jangan lupa ambil extra luggage masa nak balik. Sebab konfem barang nak balik lebih banyak daripada yang dibawa datang.
Passport haruslah tamat tempoh lebih dari 6 bulan. Kalau rasa macam dah nak expired tu, sila renew passport. Paling mudah di UTC, kejap je dah siap.
Pakaian, bawalah baju yang biasa dipakai. Sebab HCM cuaca macam kat Malaysia je. Kalau dah panas, panas sangat. Kalau hujan, bukan main lagi sejuk.
Bawa lebih matawang MYR. Sebab kat Pasar Ben Thanh, semua pakai RM je. Akak yang jual souvenir tepi jalan pun pandai convert VND-MYR taw. Jangan terperanjat.
Kat HCM, dah macam Malaysia. Ramai sangat orang Malaysia yang berjalan kesana. Janganlah sombong sangat kalau jumpa kat mana-mana. Untung nasib boleh share-share bayar taxi.
Tepat jam 12, kitorang jejak kaki di Tan Son Nhat Airport. Baris panjang kat kaunter Imegresen. Abang kaunter memang takkan senyum pun. Siap ade yang tanye 2 3 kali apa nombor flight. Macam pelik sangat je aku naik Air Asia. Lepas dapat cop, terus keluar daripada airport.
Untuk yang tak hire pemandu pelancong macam kitorang, boleh la pilih sama ada nak naik bas atau taxi. Nak ke Ben Thanh, boleh ambil bas No 152. Tambang dalam 5000 Dong. Apa itu Dong? Dong tu nama matawang di Vietnam. Kalau convert kepada RM, adelah dalam RM0.70 gitu. Tapi kalau duit besar sangat, (almaklumlah, bawa duit pegi Vietnam sampai juta-juta lemon) sila lah pegi tukar dulu. Belilah ape-ape yang rase macam boleh beli kat airport tu. Oh, pakcik bas tu akan cas kalau tengok beg kita besar sangat. Tak la mahal mane, 7000 dong je.
Kitorang naik taxi. Sebab hotel yang kitorang tempah tu, jauh gila dari pekan Ben Thanh. Nak naik taxi ni, ingatlah nombor taxi. Macam dalam gambar, nombor taxi (dalam bulatan merah) 1071. So kalau ada masalah, nak buat aduan, bolah gunakan nombor yang ade tu.
Lepas aku rounding-rounding sekitar Airport tu, dapat lah satu abang taxi nih. Kad die tulis Syarikat Vinasun. Sebab aku baca rata-rata tulis Vinasun adelah syarikat taxi bermeter yang dipercayai oleh rakyat Malaysia. Maka aku pun tak lah berfikir dua kali. Abang tu bagi harga RM45 untuk hantar kitorang ke hotel. Tengok! Abang taxi pun pandai pakai duit Malaysia. Memula abang tu nak cas RM50.
*Gila mahal
Pastu kitorang pujuk-pujuk. Dapatlah RM45. Kedekut abang tu. Nasib abang tu pandai hantar kitorang sampai depan pagar hotel. Hotel yang kitorang booking, (bukan hotel, tapi apartment) HAD Apartment.
Memula sampai rasa macam kena tipu je, sebab abang taxi tu masuk lorong celah mana tah. Jalan kecik je, sempit tapi ada dua lane. Sempat lah rasa macam kena kidnap. HAD Apartment ni tersorok sikit, tapi kitorang dah jatuh cinta bila tengok interior die. Bapaklah gorgeous! Apa lagi, tunggu untuk check in lah.
Haritu booking dengan Asia Rooms, nasib baik ada print Confirmation tuh. Kalau tak mahu la menggagau aku nak jawap. Akak kaunter pada hari kejadian sangat lah tak friendly. Rasa nak lempang lelaju je muka dia. Passport kitorang disimpan oleh receptionist sepanjang staying there.
Bila kaki melangkah masuk ke Apartment, rasa macam kondo. Ada dua bilik, satu bilik single. Satu lagi ada katil Queen. Kemudahan lengkap, siap ada dapur lagi. Bajet macam nak merasa lah masak kat HCM. Tapi haram. Takde pun masak.
Tergoda kan tengok. Kemas je apartment nya. Yang kiri tu single room. Belah kanan ada tv dengan saluran Vietnam. Bahasa pun takde omputih, harap faham sendiri. Gambar luar balkoni yang kelabu sebab diorang pasang penghadang. Maybe takut kes rompak kot. Ke sebab Vietnam ada ninja yang boleh terbang masuk bilik kat tingkat 3.
Lepas solat jamak, kitorang siap-siap nak keluar ke pekan. Perut lapar tak terkata. Bunyi lagiu SM Salim sudah. Tahan taxi lagi untuk pergi ke Ben Thanh. Sepanjang perjalanan, kitorang mengumpat je, abang taxi tu sampai geleng-geleng kepala. Tak tahu lah sebab tak faham atau kitorang bising sangat.
Kat area Ben Thanh, ada Malaysia Street. Sebab sangatlah ramai rakyat Malaysia yang duduk kat kawasan ni. Sebab perut sangat lapar, kitorang mulakan dengan Restoran Serai. Tapi serius tak ingat dah ape menu hari tu. Yang pasti, kedai ni ada signboard besar-besar tulis 'Assalamualaikum'.
Hari pertma je dah mula buat tangkapan. Masuk Ben Thanh tu, kalau tak membeli langsung, memang tak sah. Aku sempat sambar blouse dua helai dan kemeja selai. Lepas tu, kitorang browse kedai-kedai kat dalam Ben Thanh Market. Banyak betul kedai dalam tu.
Kalau perasan, di kaki lima jalan, ada banyak aunty yang jual buah-buahan. Bolah jumpa macam-macam buah. Yang susah nak makan masa kat Malaysia pun ada. Buah pulak semua gebu-gebu macam ayam kepsi. Kitorang sempat beli buah jambu loceng, mangga and ciku. Ronda-ronda sikit sekeliling pasar sebab nak kenal jalan. Paling mengancam bila jumpa abang jual kopi. Kopi vietnam is soo awesome. Kitorang try beli kopi susu, (sebab ada banyak good review pasal diorang) and rasanya memang boleh lupa kat Starbuck kejap. Sedap!! Jangan lupa try taw.
Bila lapar, kitorang singgah kedai 1Malaysia. Nasi goreng kat sini sumpah sedap. My favorite of all time. Siap order tapau lagi. Masa tu still awal lagi, teringin nak singgah pasar malam
*esok je lah.
Kaki dah penat ni. Kesan berlari-lari kat LCCT tadi belum habis lagi. Nak balik tido. Esok sambung lagi berjalan. Lupa nak pesan, sila simpan gambar atau kad perniagaan hotel tempat anda tinggal. Pemandu taxi Vietnam tak fasih berbahasa omputeh. Nanti terbelit lidah nak sebut alamat hotel.