March 25, 2016

Berpantang Ke?

Bismillah.

Kisah berpantang dengan mak mertua.
Most of ud, kalau ditanya pasal berpantang ni, mesti nak duduk dengan mak,
Sebab itu mak kita kan. Kita dah biasa dengan dia.
Takde malu-malu.
Tapi, the thing is, my mommy working.
Its not school holiday jadi dia kerja.
But well, berpantang dengan MIL pun ok what.
Tapi x boleh la nak mengada macam pantang dengan mak,
My mak mertua, gigih orangnye.
Pagi2 rebus air akar kayu apa tah, buat mandi.
Siap tangas lagi. Mana nak dapat org bertangas lagi skrg.
Walaupun dia macam x cukup tangan tapi, dia amatlah gigih.
Aku pun kagum, macam ni mak laki aku.
So those days went by, paling x boleh lupa.
MIL bagi makjun. Makjun yg berbentuk sebiji bola ping pong.
Rasanya sampai ke mati boleh ingat kot.
Pahit ya rabbi.
Dr sebiji bola pingpong tu, aku pecahkan jadi 8.
Itu masa mula-mula kena telan makjun tu lah.
Lepas da 5 6 biji, 1 hari sebiji ok.
Dah pandai sikit, terus mix dengan air.
Tutup hidung, telan sekaligus.
Pastu telan air masak laju-laju.
Sebab pahit tu, memang x kan hilang dgn kadar segera.
MIL kata, dia dulu 2 biji kena telan sekali.
Tak boleh minum air. Aku 'errr' X mampu weh.

Makjun ok, bukan coklat.
Pagi lepas mandi, lepas tangas, pegi urut badan, tungku.
Masa ni la nak lelap, berkeruh tido.
Sedap badan kena urut, tungku pun suam-suam je.
Part last sekali, kena bungkus.
Bengkung sekali perut sampai ke peha.
Kenapa? Sebab nak bagi perut tu kempis cepat sikit. Hewhew.
Takde lah, pakai bengkung sebab tanak angin-angin sepui bahasa masuk perut.
Cepat sikit sihatnye.
Actually, masa pantang ni x elok makan ikan masin.
Sebab nnty miss V berbau, tapi ada sesetengah kita kan ikut je cakap org tua.
Sampai lah, klw ada peluang, terus minta mknn lain.
Pantang adalah masa yg paling banyak utk bersama baby.
Tengok keletah baby, dia nangis, dia senyum, ketawa.
Kadang-kadang rasa mcm baby ni macam rasa dia dlm perut lagi.
2 bulan pantang tu macam kelip-kelip.
Kejap sangat, dah kena prepare nak masuk opis balik.
Kalau gigih, kena simpan stok susu awal-awal lagi.
Tapi jenis main-main mcm aku, 2 minggu nak masuk kerja, baru sibuk.
Jangan macam tu ok.
Banyak pantang larang kalau betul ikut org tua punya pantang.
Walaupun zaman moden ni, jangan ambil remeh hal pantang.
Sebab, badan kita tu je satu. Takda ganti.

March 13, 2016

Baby - Majlis Akikah

Bismillah.

Majlis Akikah utk puteri kecil.
Hasil tangan dar fb: Buai Berendoi Nur Esya


This day, kami sempurna kan sekali cukur jambul utk baby Hana.
And she is officially botak harini. Atoto~

February 12, 2016

Day I Gave Birth (Part 4)

Entri sebelum

Hmm, part yg paling x best sekali is that, x boleh balik.
Sebab apa, masa lepas bersalin tadi, suhu badan naik 38c.
Terus Dr bg antibiotik, annnnd thats the reason why i cannot go home.
Walhal, demam dah kebah masa petang,
And baby no problem at all.
So, hadap la padang hospital tu selama 4 hari.
So jgn demam lepas bersalin. Haha.
Masa duduk hosp 4 hari, habiskan masa duduk dengan Hana je.
Ada sekali dua, dia lapar, nak susu, tapi bantai menangis kuat-kuat.
Nurse sampai datang tegur, takut kot mak nye takde ke.
Gelak je nurse tu, bila bagitau ' Dia x jumpa susu, dia ngamuk '
Nak pegi mana-mana, usung la budak kecik tu dlm troli.
Unless klw dah terpaksa pegi toilet, tinggalkan, pastu dia nanges.
Pengalaman ddk dlm wad 4 hari, sampai ke nurse hari-hari tanya.
' X balik lg ke? ' Siap bagi tips utk nmpak sihat dihadapan Dr.
Adui la hai, mmg bosan dah duduk dlm wad.
Sampai la hari Khamis, dari pagi dah ckp boleh keluar.
Tapi petang kol 5 baru dia nk buat surat discharge, pukul 6 baru nak cek jahitan.
Maghrib baru sampai rumah. Fuhhhh.
Lepas ni pesan kat suami, klw isteri nmpak cam ok tu.
Terus dtg mcm ahli sumo kat kaunter, mintak discharge jugak.
Alhamdulillah, baby ok. Mommy pun ok.
Takde apa nak komplen pasal hospital.
Sikit-sikit x puas hati tu, simpan sendiri je sudah.
Ok tamat, mari habiskan sisa-sisa berpantang.

Day I Gave Birth (Part 3)


I can remember how messy that room was.
Semua isi perut keluar, darah lagi.
Its a normal thing masa bersalin tu, terberak terkencing.
No need to feel shame. Semua tu memudahkan baby utk keluar.
Ada 2 3 jam dalam labor, bersalin 532 pagi.
Pukul 8 ada dalam bilik yg sama lagi.
Baru habis jahit, baru nurse dtg bawa baby.
Nurse cakap, 'lambat dah ni, bagi susu dulu'
Terkebil-kebil tengok nurse, camne nak susu baby.
Nurse tunjuk cara, si Hana susu sikit je, pastu dia tido.
Mata pun x sempat tengok. Nampak muka dia je.
Badan dah balut kain bedung.
Daddy dtg, terlelap dia kat tepi katil tu.
X tido semalaman, kelmarin pun x cukup tido.
Sempat pesan kat dia, baby kita ok, syg balik dulu.
Tidur kejap, nanti tengahari waktu melawat baru datang balik.
Sampai paksa dia balik, baru dia call MIL.
Pejam celik, 11 lebih baru turun wad balik.
Masa tu konon gigih nak pegi katil lama amik sume beg bawak pegi katil baru.
Sampai katil, abort abort, sebab rasa nak pitam.
Orang soh g rehat, dia sibuk nak ambik beg. Haha.
Lelap jap 5 10 minit, mak dah sampai.
Masa tu baru la pegi toilet, lap badan. Badan bau mcm apa tah.
Sebab dah biasa mandi 3 4x sehari.
Ni dari semalam x mandi, wuiii, rimas nye tuhan je yg tahu.
Malaysia yg panas ni, lepas keluar toilet terus berpeluh balik.
Dah sampai katil, relatives sume sampai dah.
Hana dekat depan, bilik depan kaunter.
Minta mak ambilkan. Hihi.
Ramai-ramai pegi depan tanya mana satu Hana Zulaikha.
Masa ni, lapar apa semua x rasa lagi.
Sempat lg tolak air halia. Minum seteguk dua je,
Pastu dah x lalu nak telan.
Almost 1 o'clock, baru deddy sampai.
Masa ni, memang dah betul-betul nak KO.
Ngantuk ya rabbi. Langsung tertidur.
Sapa-sapa datang tegur sume x heran dah.
Bila Hana nak susu, baru dedy gerakkan bangun. Sweet je.

Sambung sini