December 02, 2019

Melaka - Ladies Day Out

Bismillah

Trip Melaka dengan mak dan adik-adik.
All ladies, lelaki tinggal rumah jaga anak.
Rancangan nya nak ke macam-macam tempat.
Eh, boleh pulak banyak yg tutup hari Ahad.
Kesimpulannya, lepas ni mak mesti datang lagi.
Semata-mata kerana keria dan coconut shake.
Melaka tak panas the whole day.
Sejuk, berangin saja.
Cuma, yg menyakitkan hati adalah.
Lebuhraya PLUS yg jem dari Melaka bawa ke Seremban.
Bertabahlah mak.
Sampai rumah pukul 2 pagi.
Walaupun keluar dari Melaka pukul 6 petang.
Masyalllah.
Ini Encore, Impression City.
New development dekat Klebang.
Angin kuat sangat, dan nice spot untuk bergambar.
Walaupun kedai asam pedas viral banyak nya masih belum buka.
Mak still makan asam pedas yg sedap dekat Kota Laksamana.
Sekian dari mak.
aka Driver for the day.

Oh, boleh pulak nak keluar sepanjang hari tapi mak lupa charge penuh.
Nasib lah pam susu mak mampu bertahan sampai pukul 9 malam.

November 29, 2019

Im Getting a House - Documents

Bismillah

Selepas selesai semua urusan, kami jumpa peguam untuk urusan serahan dokumen.
Lawyer pun dah terangkan satu-satu.
Salinan SNP, Salinan Loan.
Salinan Geran Tanah, Salinan bil-bil.
Jadi, proses seterusnya, mak kena tukar nama pada bil.
Bil api, Bil maintenance, IWK, Cukai Tanah dan Cukai Pintu.
And, ada tunggakan IWK yg perlu mak selesaikan.
Jadi, entry seterusnya adalah untuk proses tukar nama pada bil.
Dan deposit yang perlu.

November 23, 2019

Im Getting a House - Final Reimburse & Serahan Kunci

Bismillah

Since hutang pada bank penjual dah selesai bulan lepas.
Bank kami pun dah selesaikan baki pada penjual.
Jadi, penjual dah boleh tutup buku.
Alhamdulillah.
Even ada lambat sikit dapat info, sebab person-in-charge kami cuti.
Tapi, kami dah dapat news dari bank dulu.
Hihi.

Jadi, kami dan agent set date untuk serahan kunci.
Vacant possession ni memang kami minta rumah kosong.
Sebab nya, mudah kami nak semak defect yang ada.
Jumpa dengan seller, panjang juga borak nya.
Dia pun dah ambil masa 5 tahun untuk proses jual rumah ni.
Sebab nya, 3 tahun saja tunggu untuk dapatkan strata title.
Wow!
Yang kami tunggu 20 bulan ni pun dah macam-macam siri depression.
Inikan pula sampai 3 tahun, just untuk jual rumah.
Tambah lagi dengan syarat Selangor untuk rumah kos rendah.
Masyallah.

Ekceli, mak dah stalk seller ni dalam fb sejak dari mula nak beli rumah.
Haha.

November 17, 2019

Jalan-jalan Dengan Anak

Bismillah

Harini kita pegi tengok daddy.
Saja nak menyibuk.
Dah la kena bawa sampai dedua princess.
Kiri kanan, lenguh tangan mak.
HZ nak datang tengok daddy.
Sebab kelmarin daddy hantar gambar taman bebola.
Taman bola tu dah la kesukaan dia.
Mak belum download gambar whatsapp pun dia dah tahu.
Terus dia mintak nak datang.
Sebagai memenuhi permintaan anak,
maka mak pun bawa la anak berdua ke Wangsa Walk Mall.
Sambil tengok daddy, HZ sempat naik train.
Sempat beli jajan, makan kek coklat.
Time nak balik, hujan lebat pulak kat luar.
Nasib baby pun x cranky sampai balik rumah.
Mak dengan MS.