October 29, 2014

Pengalaman Latihan Industri di Honda Malaysia

Bismillah.

Tetiba rasa macam nak berkongsi pengalaman latihan industri dengan Honda.
Walaupun sebenarnya, dah berkarat.
Alright.
Details I am about to share might be outdated, but masih boleh
digunakan sebagai guideline.
Dan mungkin terpakai untuk syarikat-syarikat lain sekali.
Step by step to LI di Honda;

1) Submit Resume
~ Perkara penting dalam Resume :-
Gambar passport > Attach kan sekali gambar passport kita yang cantik tu
Mini Transcript > Salinan keputusan exam by Semester, kalau boleh
dapatkan yang bercop dari Hal Ehwal Akdemik
Cover Letter > Untuk beritahu apa sebab kita apply LI dengan Honda,
lagi mengancam ayatnya lagi bagus. Tapi kena lah stay humble.
~ Masa sesuai untuk hantar resume?
Minimum 3 bulan sebelum tarikh LI (kecuali kalau kes istimewa, minimum 1 bulan)

2) Follow-Up
~ Sangat lah penting, sebabnya, ramai yang apply untuk LI di Honda.
Jadi, kemungkinan besar untuk terlepas pandang tu sangat lah tinggi.
(Jangan risau, rekod anda akan sentiasa disimpan oleh Honda)
*Kalau tak percaya, listing yang apply LI sangat lah panjang (-_-)
~ Cara paling cepat untuk dapatkan status ialah dengan menelefon.
Tips:
Greetings (wajib ada!)
Nyatakan sebab menelefon
Tanyakan status
Waktu menunggu (Berapa lama boleh dapat jawapan)
~ Follow-Up tu sebolehnya sebulan sekali. Janganlah setiap minggu ye adik-adik.

3) Hadir untuk temuduga (Jika terpilih)
~ Temuduga akan dijalankan selepas proses pemilihan.
~ Panel akan terdiri dari:
> Manager
> Senior Executive
> HR Executive
~ Jangan datang lambat. kalau terlambat juga,
please inform pegawai Honda lebih awal.
(Manalah tahu tetiba je jem teruk kat Lebuh AMJ tu)
~ Mulut mesti manis.
Kalau tugas adik nanti kena sapu lantai, cakap "ya, saya akan sapu"
Bukan sebab mengampu, tapi rata-rata nya, kita perlu bersihkan
workstation kita sendiri.
~ Hafal semua berkaitan Honda :-
> Sejarah ringkas - tak perlu lah tahu sampai berapa lama masa
diambil untuk buat kilang
Konsep 5S : seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke
Konsep Kaizen
Bidang tugas yang dipohon
*tips untuk Procurement:
- to procure parts related to manufacturing of a Honda car
- ensure that parts are available at lowest cost possible but with highest quality
- at the same time, to maintain good relation with suppliers & vendors
> Sediakan 5 years plan
- pastikan adik-adik include both personal & professional stand.
- cth:
Professional > akan menjawat jawatan Senior Executive in Procurement
Personal > Will have a house.

4) Preparation : Mental & Fizikal
Kenapa bunyi macam kejam je, hihi
~ Working Hour for Honda is 12 hours
~ 5 days working
~ 15 minutes for Breakfast, 40 minutes for Lunch & 15 minutes for tea break
~ Be in uniform all the time
~ Sesi Taiso every morning

Kalau dah prepare untuk semuanya, baru boleh mulakan LI di Honda.
Cara untuk memohon:
1) Hantar Resume melalui email
2) Hantar terus ke Pondok Pengawal Honda / by pos
3) Melalui Faks

Info:
Elaun LI adalah RM500 sebulan
~ Boleh dapatkan duit lebih dengan cara submit Kaizen
~ Ada macam-macam makanan dekat Kantin
*Makanan Jepun pun ada. Paling febret, laksa.
*Sarapan masih boleh dapat dengan RM2.
~ Ada locker & changing room
*tak semua boleh dapat Locker. Nasib-nasib je.
~ Datang dengan baju biasa, NO uniform.
Kasut bertutup saje, sandal tak boleh!
Parking biasa nya pukul 8:15 dah penuh.
*Kalau datang lambat, alamatnye jauh la parking. Kalau hari hujan,
lagi susah nak cari parking (-_-)
Uniform Honda kaler Putih.
*Masa daftar LI, akan dapat 2 pasang. Dobi Honda biasanya privilege untuk
pekerja Honda. Tapi boleh je kalau nak hantar jugak.
~ Boleh makan kat luar hanya hari Jumaat.
*sebab rehat 2 jam \(^-^)/
~ Suasana Office
*Toleh kiri kanan selalu sebab bos-bos akan memerhati, hewhew
~ Penting! Susah nak minta perlepasan keluar dari Honda!
*Lagi-lagi kalau kes kena ke kampus untuk siapkan thesis, No way.
Kalau dapat pun, susah hati je nak keluar. Hahaha.
>>Pengalaman ni. Kalau nak jumpa pensyarah, baik jumpa hujung minggu.
Atau kalau ada plan untuk bercuti, kena inform sebulan lebih awal
dengan bukti nyata (tiket kapal terbang), tak layan kalau surat ibu bapa ni. Hihi.
Report! Report! Report!
*Kena sediakan Laporan Harian. Jumaat kena minta pengesahan bos
(ada yang kena minta hari-hari)
~ Intern meeting
*Perjumpaan dengan intern yang lain. Sharing knowledge dan prepare
untuk final presentation for Honda.
*Well, kalau ada department meeting pun kena join tau.
Final Presentation!
*Kena present depan bos, haha. Part ni la ketaq lutut. Dah tahu dah bos
macam mana rupa dan gaya.
Kalau kena tanya pape, pepandai la jawap.
*Diorang sangat suka kalau kita selalu refer kat diorang
untuk betulkan apa-apa yang tak sempurna.
*Pensyarah kita pun akan join sekali. Atas jemputan by Honda uolls.

Person in-charge untuk LI:
Nor Idayu Sakhari
Honda Capital Development
Honda Malaysia Sdn. Bhd.
Hicom Industrial Park Pegoh, P.O. Box 70,
78000 Alor Gajah, Melaka
E-mail: noridayu.sakhari@honda.net.my
Tel: 06-5591810
Fax: 06-5591462
H/P: 012-6438797

Info sampingan:
~ Rumah sewa
> Boleh dapat kat area Simpang Empat
> Rate sewa - RM400 - RM450 sebulan
~ Bas balik KL, boleh dapat kat pekan Alor Gajah.
> Bas Metro tiket harga RM9

Rasanya dah share segala knowledge yang ada.
Kalau ada nak tanya, jangan segan.
Drop a question & i'll help answer.

*Boleh percayakan blog ni sebab penulis pun pernah LI kat Honda.*

#Just for sharing.

October 28, 2014

Si Geboo

Bismillah.

Ah, tak sedar dah masuk 24 umur orang tu.
Walaupun dia masih perasan muda.
Apa-apa pun, Selamat Hari Lahir!
Jadi anak solehah dan semoga dimurahkan rezeki selalu.
Hadiah tahun ni?
Biasa-biasa je.

Jelajah dunia with oversize teddy.
#Comelgila

October 26, 2014

Time for Skytrex-Adventure

Bismillah.

Pernah try tak Skyrex Adventure?
Memang menguji ketahanan upper body.
Lebih lagi pada yang tak nak bersenam macam tuan belog nih.
Bacaan lanjut pasal Skytrex, bole dapat dari sini.
Dan pastinya, silalah book masa anda untuk aktiviti ni.
Best!

Hokey, step-step camna nak join?

~ Kena Booking Online kat website Skytrex-Adventure.
Amaran :

"There is a weight and height restriction for the activities. Please make sure that all participants are not more than 100 kg and are not less than 140 cm tall."

~ Harga package as per follow:

Ok. Ada 3 stage berbeza bergantung pada kemampuan kita.
Untuk kanak-kanak, preferably ambillah Little Adventure.
Bukan yang paling senang ye, boleh tahan mencabar jugak.

~ Boleh check masa dan slot available dalam website Skytrex-Adventure.

Untuk tahu slot mana yang masih available, boleh cek dari nombor dalam kurungan.
Contohnya:

Maksudnya, ada 4 slot yang masih kosong untuk pukul 12:00 pm.
Jadi, boleh lah selit-selit.
No worries, payment can be made direct from Online Banking.
No Credit card necessary.

~ Early prep:
1) Sports attire (complete dengan kasut sukan)
2) Drinking water
3) Towel comel untuk lap peluh
4) Kalau risau tapak tangan calar, beli lah glove advance daripada Skytrex

Ah, cerita punya panjang.
Skytrex-Adventure Shah Alam
Taman Botani Negara Shah Alam,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55106922

Info: Taman Botani @ Bukit Cerakah, sama je

Dan, once you at Taman Botani.
Boleh beli Entrance Ticket di kaunter, RM3 je.
(p/s: Boleh cuba masuk Rumah Empat Musim, paling glemer di Taman Botani)
Then, boleh cari bas bewarna Kuning Kehijauan.
Khas untuk Skytrex sahaja.
Sementara menunggu bas bergerak, boleh la berborak dengan orang kiri-kanan.
Jangan terkejut, mat saleh pun ramai join aktiviti macam ni.

~ On-site prep:
1) Terus ke kaunter Skytrek.
Things to alert:
- Penerangan ringkas
- Check-in (tandatangan jer)
- Isi borang (untuk info waris)
- Tuntut glove (kalau dah beli online)
- Beli air (kalau lupa bawa botol)
- Beg untuk botol (tak perlu pegang-pegang nanti)
2) Ke kaunter Harness.
- Serah borang yang isi tadi
- Urusetia akan bagi harness sesuai untuk berat anda
- Terus minta bantuan dari Urusetia yang bersedia diluar kaunter untuk pakaikan harness.
3) Prep-Station
- Perhatian penuh macam mana nak kendalikan harness.
- C is open and U is close.
4) Ke station anda!!
Finally! Boleh apply apa yang baru belajar tadi.
Paling penting adalah, sabar menanti giliran.
Amaran:
Pastikan sekurang-kurangnya 1 hook masih attached to cable.
(sayangi nyawa anda)
5) Always remember to keep an eye on;
- how many people are on each platform
- what tools to use at each obstacle

Jika mengalami masalah, jangan malu bertanya pada urusetia.
They will surely help.
Jadi, all the best!
Should try. Memang terbaik!!

October 20, 2014

Aisha Umaira

Bismillah.

My niece @ the first granddaughter.
Nama retis : Ecah
Umur da masuk dua tahun.
Maklong dye? Em, rahsia (^.^)
Ni gambar masa baru-baru melihat dunia.

Gambar tahun ni.
Dah mengembara dengan basikal.

Comel je dengan fountain kiri kanan.
Happy Birthday!!

Membesar jadi anak yang solehah taw <3 p="">

October 09, 2014

October Baby

Bismillah.

Happy Birthday!
May Allah bless you.
Dimurahkan rezeki & Panjang Umur.

Your first birthday as a husband.
\(^-^)/

October 03, 2014

Rindu Lagi!

Bismillah.

Eh, boleh pulak tetiba teringat ngan makhluk protozoa ni.
Rindu sangat dengan makhluk kecik tu.
Tapi dah tak boleh nak bela, sebab rumah baru ni panas sangat.
Ingat lagi tak, hamster yang terkahir tu meninggal sebab kepansan.
(-_-')
Jadi, rasanya tak sanggup nak rasa bersalah macam tu lagi.
Tapi, seriously, I miss them.